FOLLOWERS

Isnin, Jun 11, 2012

DEDIKASI ISTIMEWA UNTUKMU

Ehem..ehemmm..
indunyerrrr kat blog..
dah lama sangat rasa tak menaip ni..
macam kekok pun ye juga..huhu
tapi nak jugak menaip..

Saya muncul hari ini untuk menaip entry khas ini..
entry ini saya tujukan khas untuk orang yang saya sayang..
yang sentiasa bersama saya ketika saya perlukan dia..
yang sentiasa menegur tika saya buat kesilapan
yang ketawa bersama ketika saya gembira
yang sentiasa cuba membentuk saya menjadi yang terhormat..

SELAMAT HARI LAHIR..awak..
semoga dengan pertambahan usia bertambah kematangan..
diberikan kesihatan yang baik
dan dilimpahkan rezeki..

SELAMAT BEKERJA DI TEMPAT BARU DI USIA BARU..
semoga bertambah sukses..
semoga terus hebat dalam setiap yang dilakukan..

Saya bangga denga awak..
moga kekal dengan jati diri awak sekarang..
mis u.luv u..much!




* Semoga apa yang kita tangiskan hari ini menjadi perkara yang membahagiakan pada masa depan & tak selalunya perkara yang menggembirakan akan sentiasa menyenangkan...

Isnin, Disember 19, 2011

PABILA RASA SEDIH DAN KETIKDAKPUASAN HATI BERLAKU..


Dikala hati resah..
melalui saat-saat sedih..
saat-saat sukar..
putus cinta..putus kasih..
pergaduhan sesama insan..
pelbagai monolog dalaman akan berlaku..
monolog antara hati dan akal..


Hati sakit!!

Akal :  sabar~

Hati :  kau tak rasa apa yang aku rasa..

Akal :  tapi aku tahu apa yang kau rasa, dan sabar adalah perkara terbaik..

Hati :  cakap senang laa!!

Akal :  jika kau tak ingin bersabar, apa yang ingin kau lakukan?

Hati :  entah..marah,menangis?

Akal :  maka sabarlah perkara terbaik untukmu..marah hanya mengeruhkan keadaan, menangis       
          menunjukkan kau lemah..

Hati : rasa yang dipendam akan makin parah..

Akal : hilangkan sakitmu dengan melupakan perkara itu..

Hati :  mana mungkin,nak melupakan sesuatu bukan senang,apatah lagi perkara yang menyakitkan

Akal : alihkan tumpu mu,sandarkan apa yang kau rasa pada Tuhanmu.dunia tempat persinggahan  
         semata-mata,tiada guna kau bersedih akan perkara didalamnya..

Hati : bagaimana jika sakit ku ini kerana sahabat..

Akal : maafkanlah..dalam hidup ini kau akan berjumpa bermacam jenis manusia,manusia tak 
         sempurna,begitu juga dirimu.terimalah kelemahan orang lain sepertimana orang lain 
         menerimamu..

Hati : jika orang lain tak menerimaku?

Akal : biarkan..biarlah hina dimata manusia asalkan mulia dalam pandanganNya.


semoga kita sentiasa dalam kewarasan akal..
dalam membuat pertimbangan dalam semua soal..
setiap yang berlangsung ada hikmahnya..
berusahalah kita mencari hikmah tersebut samada secara nyata atau tersembunyi..


sumber : sini

-tamat-


* kadang-kadang seseorang harus membuat kita menangis, hanya untuk membuat kita sedar bahawa kita berhak mendapatkan seseorang yang mampu membuat kita tersenyum ♥
* semasa entry ni di taip..saya menangis..sapela agaknya yang mampu buatkan saya tersenyum??emmm..


KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan