lewat petang semalam..pasti ramai yang terbaca satu isu baru keluar..kahkah
kelakar kan...banyak betul reaksi..pro dan kontra
perlu ke den pun buat entry ni juga~?? ntahla..
daripada duk send komen kat setiap entry berkaitan ni..
baik jadikan satu entry sendiri.. hua hua..
entry den ni hanya pendapat peribadi..
bukan bermaksud menafikan entry-entry orang lain yer..
----------------------------------------------
bila den baca entry lensa rosak (LR) tu..
dari segi isi penulisan tidak ada yang tempang di mana-mana pun..
dalam entry tersebut si LR menyatakan
BLOG BUKAN INDUSTRI
MODEFIKASI MENJADIKANNYA SEOLAH INDUSTRI
TIDAK SAMA DENGAN IMPROVASI
KERANA IMPROVASI TIDAK MENGUBAH JUSTIFIKASI BLOG
JUSTIFIKASI BLOG NORMAL >> mencatat tentang kehidupan dan menulis pandangan
JUSTIFIKASI BLOG TIDAK NORMAL >> mengejar wang dan populariti
dan apabila LR bercakap tentang JUSTIFIKASI TIDAK NORMAL..
LR telah membuat perbandingan dengan 'pelacur blogger'
ciri pelacur blogger yang diberi..
1) menjadikan blog sebagai tempat perniagaan secara membabi buta
dengan berebut dan menindas para blogger yang lain.
2) menulis penulisan entri di dalam blog tanpa melalui 3 perkara penting dalam penulisan iaitu pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian (3P).
3) menghasilkan video blog atau Vlog (sebut Ve-log) yang memalukan diri sendiri.
4) memberikan komen yang tidak masuk akal atau memberi komen pandangan yang offensif dan tanpa kena-mengena di sebabkan tidak memahami isi, situasi dan tujuan penulisan (tak baca overall).
5) menjadikan dunia blog sebagai dunia mengejar trafik, hits, wang iklan dan rating populariti 'semata-mata' (fahamkan maksud semata-mata).
-------------------------------------------
pada saya si LR ini membuat analisis
dan beliau telah membuat perbandingan ciri2 'BLOGGER TIDAK NORMAL' atau
'blogger yang tak diperlukan' atau 'blogger tah hape-hape' sebagai 'PELACUR BLOGGER'
DAN
ianya terus menjadi hangat dan ternafi semua point yang lain apabila
LR guna nama orang pada point ke-3...
LR guna nama orang pada point ke-3...
kawan/sahabat kepada ramai blogger di sini...
-----------------------------------
ULASAN DEN
1) isi penulisannya sangat bagus.. tiada cacatnya..
pada den LR bukan bermaksud si gadis blogger tersebut sebagai 'pelacur'....
beliau menganalisis tetapi membuat perbandingan atau MAJJAZ (dalam bahasa arab) dengan perkataan pelacur (memang agak kasar..tapi yang kasar itu yang akan orang amik tahu)..
sama juga bila orang cakap..
'wei suka hati ko mentelanjang dan membogelkan bahasa ye'
bunyi kasar...tapi benar..
dari sudut halusnya ia bermaksud..kita memasukkan unsur bahasa yang tidak elok..termasuk mencampur adukkan bahasa malaysia dengan bahasa inggeris dalam perbualan..
dan menjadikan ianya suatu perkara yang biasa..
sedangkan dari sudut seni dan budaya ianya sangat 'telanjang'..
(dato' seri rais yatim juga sangat menentang hal mentelanjangkan bahasa ini)
2) penggunaan gambar...yang ini sangat tidak patut..
mungkin dengan gambar inilah yang buatkan ramai berfikir si LR samakan yuyu sebegitu..
kepada encek lensa..yuyu zulaikha seorang gadis bertudung~!
(walau apa jua jenis tudungnya..dia still menutup aurat dia)
penggunaan perkataan anda tak ada salahnya..
tetapi perbandingan dari sudut gambar tersangat-sangat salah (kesilapan besar di situ..haha)
-------------------------------------------------------
tapi apa jua ulasan den sekalipun..
ia bergantungla pada niat sebenar encek LR ini..apa niat anda sebenarnya..
adakah anda secara tidak sengaja menggunakan nama gadis tersebut atau anda memang sengaja dengan motif inginkannya menjadi hot..hanya anda yang tahu..
tetapi ingat..jika anda orang Islam, satu hadis ada menyebut..
'JANGANLAH SESUATU KAUM MENGHINA KAUM YANG LAIN,
KERANA MUNGKIN YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI YANG MENGHINA...
DAN JANGANLAH PULA SESEORANG WANITA MENGHINA WANITA YANG LAIN..
KERANA MUNGKIN WANITA YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI WANITA YANG MENGHINA....'
-end-
*entri paling panjang setakat ini..rela ku korbankan trafik masuk hanya untuk ulasan-ulasan ini kerana orang memang tak gemar baca entri panjang2 gini..kahkah..ada haku kesah~??ahakksss...