FOLLOWERS

Ahad, Mei 08, 2016

DAPAT MESEJ DARI ZALORA LAAAA....

Buka-buka bahagian komen..
ada komen bawah ni..
dah agak lama 26 April..
den baru bukak.hihi..





alamak terkecik sangatla pulak...
Anyone pernah dapat mesej camni?
Tentang apa ye?

Selasa, Februari 16, 2016

ALMOST 2 YEARS..


See..
almost 2 years tak update..
teruknyaa...
ermmm...

HAHA

Berkurun tak jenguk blog ni..
sebabnya..password lupa..
akhirnya dapat bukak..
hentah yang ke berapa kali try..
apa yang di taip pun tak tau tadi..aduhhh

ok itu je yang rasa nak taip
bai..

Selasa, Julai 09, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

selamat berpuasa kepada umat Islam..
semoga ramadhan tahun ini mendapat lebih kerahmatan dari Ilahi..aminn









jangan lupa terawikh dan sahur malam ni.hehe..

-end-

Jumaat, Jun 28, 2013

MOTIVASI PAGI...

Dalam hidup seharian..
kadng-kadang ada yang buat kita ketawa.. 
ada pkara yang telah mengguris perasaan kita...

kan?    
sekadar motivasi untuk renungan pagi..





kena btenang bebanyak..
bayangkan pagi2 sampai sekolah dah dengar 'orang yang negatif' itu bersuara..
hih bingit tau...
sebagai pentadbir beliau tak supportive langsung..huh..

-end-




Khamis, Jun 27, 2013

TERUJANYER SAYA!!!!

haha..tajuk menunjukkan over xcited..
saya mmg agak teruja dan hepi..
sebabnya selepas ini saya lebih mudah nak update blog..
sebabnya lagi saya dah jumpa caranya..hahaha...
jakunnya hakuuuu..


dulu2 malas nak update sebab malas nak bukak lappy..
bila sy tra guna google kat henpon..tengokkk!!



huhuhu...
dah tu camna saya nak menaip..memang tak dapat..hohoho
gambo banyak dalam henpon..kalau boleh update dengan fon sambil baring pun boleh update...kann


soooooo...tadi tetiba rasa nak tra download yg lain..
saya download mozilla..huuu


dan...tadaaaaaa...
saya boleh update guna fon sekarang.hihi...jakunnnnn..

ok itu aje nak citer
dulu bila baca blog orang..jeles giler rasa bila dorang cakap update guna fon...walhal fon sama dengan saya..
sekarang tidak lagiiiiii.hihi..

ok terima kasih sudi membaca
-end-



Rabu, Jun 26, 2013

LAGU LAGU LAGU..HAHA

saya tak tahu blog ni ada orang baca tak..
kalau tak ada pun xapa..
kalau ada alhamdulillah..

tapi nak kasik taula..
sebelum ni saya tak letak lagu..
tapi kali ni feelin2 nak layan lagu la plak
so jangan marah ye readers..
layan ye..best woo lagu ni..hihi...

satu lagi..
punyala lama tak bukak blog dengan nuffnang
sampai saya dah lupa pasword..kahkah
gila gak haku nih..

pas dah godek2 lappy cari mana haku simpan pasword
last2 jumpa jugak..

oh ada iklan tengah jalan laaaaaa..haha


harap2 dapatla beribu tuh..kihkih..

ok itu aje kali ni
terima kasih sudi membaca readers..

-end-


CUTI-JEREBU

salam..
lama betul tak menaip kat sini..
dalam kepala macam-macam nak menaip..
tapi tak berkesempatan..

tengokla kot lepas ni rajin.huhu
btw..arini cuti lagi..
jerebu nyer pasal smua skolah PPD petaling diarah cuti arini
berganti ler tu..

semalam sekolah..
murid yang datang sangatla sedikit
dalam kul 11 kot diarah tutup..
berduyun2 parents datang jemput anak..
cikgu macam biasa balik kul1
tahan la nafas dalam jerebu..

petang semalam dah hujan..alhamdulillah
so harini nampaknya dah cerah..
esok pastinya ke sekolah seperti biasa
yeayyy!!
ok itu je lah cerita untuk hari ini

mksih kepada yang sudi baca..
-end-


Khamis, Jun 06, 2013

PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

kopipes..


 Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri 

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.



ilmu yg baik bolehla sesiapa nak praktikkan..hihi
cuti dh nak abisss..huhu..

Ahad, Januari 20, 2013

WANITA YANG DIDAMBAKAN LELAKI UNTUK CALON ISTERINYA


"WANITA YANG DIDAMBAKAN LELAKI UNTUK CALON ISTERINYA"

✔ Bukanlah wanita yang memakai berpakaian bagus dan mahal..
Akan tetapi wanita yang selalu menutupi serta membaluti auratnya dengan sebaik-baiknya.

✔ Bukanlah wanita yang memiliki bentuk bibir yang indah..
Akan tetapi wanita yang tak lupa membasahi bibirnya untuk berdzikir di setiap kesempatan.

✔ Bukanlah wanita yang suka merias wajahnya..
Akan tetapi wanita yang tidak lupa menggenangi wajahnya dengan tetesan air wudhu' menjelang Shalatnya.

✔ Bukanlah wanita yang pandai merangkai kata-kata cinta..
Akan tetapi wanita yang bisa menjaga kesopanan dan kelembutan dalam setiap bertutur kata.

✔ Bukanlah wanita yang memiliki wajah dan tubuh yang menarik hati.. Akan tetapi wanita yang senantiasa menjaga pribadinya dengan pakaian akhlak yang santun serta mulia.

✔ Dan bukanlah wanita yang tampak cantik di depan mata saat dipandang.. Akan tetapi wanita yang cantik hatinya. Karena kesucian hatinya senantiasa memancarkan aura yang bercahaya.

→ Wanita yang didambakan setiap laki-laki itu terlahir dari hati yang bersih nan suci. Yang tak lupa memuji Asma Allah yang terangkai dalam setiap untaian kata dari lisannya.

→ Dan Wanita yang didambakan setiap laki-laki itu senantiasa menjaga kefitrahan dan kehormatan serta kesucian dirinya dengan sebaik-baiknya.

Ia selalu pandai membawa diri. Dan pandai menempatkan diri.
Tak terbatas bersama siapapun ia bergaul dan dimanapun ia bergaul.

Maka berusahalah untuk menjadi calon isteri yang demikian.
Yang akan mampu menjadi seorang makmum yang baik jika sudah menikah nanti.



InsyaAllah..


huhuhu...


Khamis, September 06, 2012

SEKSANYA MESEJ GUNA HENPON TOUCH SKRIN

Saya pernah buat status kat fb pasal ni..
pasal seksa guna henpon touch skrin ni..haha

Sebelum saya guna henpon Samsung sekarang
saya guna henpon Norkiah button biasa E71 tu..
guna henpon tu saya boleh mesej dengan selamba sambil garu ketiak you..hakhak

Tapi sejak 3 bulan lepas saya 'ter' tukar kepada samsung ni..har har 'ter' tuuu..
ok bukan 'ter'..'ter' tu maksudnya tak sengaja tukar..
yang ni memang gegedik rasa nak nukor henpon..
maka bertukarlah saya kepada Galaxy Note..


Henpon kesayanganku..

Maka bermulalah kesusahan guna henpon touch skrin ini..
maksud saya semasa MESEJ..

PERTAMA
dengan tangan saya yang kecik ni..
saya tak boleh pegang henpon ni sebelah tangan untuk mesej
kalau nak mesej..sebelah tangan pegang..sebelah lagi tekan..hadusss

KEDUA
Saya akan sentiasa silap bermesej..
contoh bila tekan 'sayang'..yang keluarnya 'ssysng'..
nak eja 'mak' keluarnya 'msk'..har har..jauh maksud tuuuuuuu...kah kah

KETIGA
Saya tak boleh mesej masa mandu..huhu..
kalau dulu saya lah segala raja sms..hahaha *sambil tepuk2 dada..hakhak
sekarang tidak lagi..
henpon ni memang lebar..
memang kena guna dua tangan untuk bermesej..
jadi buleh baca je..nak reply tunggu kat tepic lite..haha
ok jugak tu..maka fokuslah daku semasa memandu..
jadi takla ehem ehem saya itu isau sangat kannnn..hihik


ok itu je lah ceritanya..
lebih-lebih kang marah pulok orang samsung..
ntah-ntah ada yang jual henpon kat sini..mati haku..larikkk cepat2..
tapi secara keseluruhannya..henpon ni memang hebat..hahaha..



* Jika mengeluh tentang sesuatu..jangan sampai tak bersyukur dengan kurniaan-Nya.. :-)


Khamis, Ogos 09, 2012

KEGILAAN SUKA BELI BARANG CUTE BABY

saya ada satu tabiat..
suka membeli barang baby
sebab cuteeeee..comelll.

kasut baby ni dah agak lama saya beli
display je la kat umah..cute!..hehe

head band ni pun beli dah agak lama
hanya menjadi pameran..comelllll sangat.. 


baju ni beli 2 minggu lepas
comell gambar eskrem kat baju tu..hehe


tu belum lagi gila tengok gaun2 budak perempuan..
itu la pasal agaknya kenapa ramai orang geram nak dapat baby perempuan ek..

comel kan?..


*tu baru cerita yang baby girl..belum lagi cerita kegilaan barang baby boy..hahaha..kronik dah den ni..huhu

AKU DAN SUPPLIMENT

perlukah suppliment eh?
saya ada beberapa jenis suppliment yang dimakan


primerose oil brand blackmores dengan primerose oil brand cosway tu dah lama saya makan
dah berbotol la jugak..
tapi lately jak2 banyak godaan dengan produk catalyst ni
tak tahan godaan la juga saya pun
sana sini orang cakap tentang khasiat virgin coconut oil ni
maka bertambahla lagi satu suppliment saya

tapi bukan saya makan tiap2 ari tiga2 tu skali ponn..
makan satu je besenye
kena elok tak makan langsung sebab lupa..huhuhu

harap-harap semua suppliment ini dapat menguatkan fizikal saya..haha
tiada la lenguh2 badan hendaknya..huhuhu..


*hidup sendirian jauh dari keluarga buatkan kita perlu kuat dari segala segi untuk memasikan segala rutin dan tanggungjawab harian dapat dijalankan dengan baik..huhuhuhuh..semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh-Nya sentiasa..aminn

Selasa, Ogos 07, 2012

PERSOALAN HARGA TUDUNG FAREEDA

Ada yang request tanya harga tudung Fareeda dalam entry tadi..huhu
saya sebenarnya segan nak cerita tentang harganya tu..
lain orang lain minatnya..lain la pendapatnya..huhu

harga 5 helai tudung yang dibeli tu..


2helai rozanna (3layer) dan 3helai sofiya (3layer)..
total RM710..gullppp..
ikat perut sebulan..hehe


*sebenarnya semalam pergi lagi..nak cari kot ada hitam putih..tapi takde..dalam butik pun kosong..huhu..sesiapa ada yang nak let go yang kaler putih hitam bolehla bgtau saya..huhu



TUDUNG RAYA~!!

bebaru ni pergi Butik Fareeda
cari tudung raya..

masa pergi tu..dalam butik tak banyak tudung
jurujual tu cakap, stok akan sampai 2 jam lagi..on the way katanya
terdengar customer2 dalam tu cakap sanggup tunggu..hoho
boleh tahan gak tahap kegilaan dorang kat tudung fareeda ni..haha
yang tu nanti saya cerita kat entry lain la ye..

jadi aritu..cari punya cari tudung
maka terbeli la saya 5 helai ni..hehe
terbeli eh..haha

2 helai rozanna (3layer) dan 3 helai sofiya (3layer)

warna yang ni paling saya suka..meriah betul..hehe


tudung untuk raya..apa salahnya meriah sikit kalernyer kan?hehe
sebelum ni dah ada koleksi 6helai..
memang giler kalau gi butik ni..memang wajib ambik walau sehelai pun..huhu
misi selepas ni nak cari yang putih hitam plak..ada ke eh..
macam xpernah nampak fareeda kluar kaler tu..huhu


* kalau kepala terganggu ckit mesti tahap kegilaan shopping menghabiskan duit tu datang dengan menjadi2..huhuhuhuhuh....


Isnin, Ogos 06, 2012

CANTIKNYA KURMA PUASAKU KALI INI

saya memang suka makan kurma walaupun bukan bulan puasa
tambah-tambah kurma jenis kering
saya boleh makan tanpa peduli orang sekitar..kahkahkah
untuk puasa kali ni saya makan kurma ini



kurma ni produk dari Elken..


bekasnya pun bukan main cantik lagi
bukak dari atas macam bunga gitu..hehe


ni kurma kat dalamnya
diletakkan dalam bungkusan plastik setiap satu
cute kan?nak makan pun sayang..har har..

u oll pula makan kurma jenis apa?


*psst..pssst..sy snap sdri gambar guna DSLR tu tau..1st time bokeh tu..cantik juga hasilnya rupanya ek...kahkahkah..angkat bakul sdri..hehe



KEPUTUSAN AKHIR BADMINTON OLIMPIK 2012 | KITA BANGGA DENGAN DATO' LEE CHONG WEI

1st time semalam..
saya tengok badminton dengan penuh emosi
rasa sedih sangat..bila Chong Wei kalah
tambah2 bila tengok dato' menangis..huhuhuhuhu..
tersentuh tauuuuu...sedeyyy...



Chog Weii kalah dengan Lin Dan semalam..
banyak yang buat status kat fb lebih kepada frust kita tak dapat makan aiskrim baskin robbins free..kahkah..jaat tau korang..
tapi kita tak tahu apa dalam hati beliau..
habuan 4 juta yang dijanjikan tak sama dengan menggalas harapan berjuta rakyat
wah patriotiknyer entry daku kali ni..hehe

apa-apa pun saya percaya semua rakyat Malaysia bangga dengan Dato' semalam
beliau dah main dengan bersungguh-sungguh..
we proud of you dato'..



*tetiba teringat bf bila tengok badminton semalam..sebab dia sangat suka main badminton..saya pernah nak hadiahkan dia raket dulu..merata gi survey termasuk nak online dari luar negara..tapi tak kesampaian nak membelinya..mungkin lepas2 ni saya boleh belikan untuk dia?jika masih ada jodoh itu..huhuhuhuhu...

Ahad, Ogos 05, 2012

ESKALATOR TERPENDEK DI DUNIA!!

di manakah??


hanya berketinggian 834mm, iaitu 5 anak tangga sahaja..
eskalator ini di sebuah Mall di Jepun
tak nampak lagi apa significan pembinaannya tu
sebab kat sebelah tu ada tangga..
dan ianya hanya hala turun sahaja, bukan untuk ke atas..kihkih

anda fikir untuk apa?


* kalau gini dalam rumah pun boleh buat eskalator ni..anak tangga dalam rumah lagi banyak dari ni..haha


Sabtu, Ogos 04, 2012

TEMPAT KEGILAAN WANITA-WANITA

hahahaha...tajuk tu dah buatkan kegilaan tu datang..haha
mana tempatnya???
jeng..jeng..jeng..




wanita-wanita jelita panggilnya JPO...hehe




mustahil kalau wanita2 jelita di luar sana cakap tak nak pergi tempat ni..ayat bako tuh..kihkihkih
macam-macam butik ada weiii..
macam-macam brand!!..
gilerrrrr ko tak pergi!!..hahaha..
cantek2 handbag dengan kasut kat sana!! ayat bako lagi tu..haha











ada pondok polis..



kalau lapar..food court ada..hehe
tapi bulan puasa tak leh makan..
nanti kena tangkap..haha



jadi sempena nak dapat bonus 9hb ni
maka dibuatla entry ni untuk mengosongkan poket-poket korang semua..hahahaha

terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor Baharu
dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam..
jangan lupa terjah..=)


* duit hilang macam air kalau ikut hati berbelanja..maka pesanan penaja 'berjimat cermat amalan mulia'..hehehehehe..

NANTI RAKYAT MALAYSIA BOLEH MAKAN AIS-KRIM BASKIN ROBBIN FREE

Baskin Robbin nak kasik smua orang Malaysia ais-krim free
kalau atlet kita dapat pingat emas kat olympic
tapi pada tarikh 8hb aje..
baca sini kalau tak caye..hehe



waaaa...tetiba den ghaso nak sokong mana2 atlet nih..
Dato' Chong Wei mungkin yang akan merealisasikan ni..hehe
nanti boleh ler kita makan ais-krim secara berjemaah..hahahaha..


* masa kecik saya suka makan ais-krim bubur kacang buatan sendiri yang dalam plastik panjang tu..hihihi..kalah robbin hood ni kot..hehe


KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan