FOLLOWERS

Ahad, September 18, 2011

KALAU MAHU KATAKAN MAHU..

Dalam hidup..
pastinya tak lari dari situasi kita akan berasa 'risau'
risau pun ada banyak maksud..
adakala kita risaukan keluarga kita..
adakala kita risaukan pasangan kita..
adakala kita risaukan pelajaran kita..


tetapi yang nak diperkatakan di sini ialah risau 'cinta tidak berbalas'..
rasanya perkara ini selalau terjadi kepada lelaki..
perasaan risau, takut dan kurang yakin..
risau kalau-kalau dah luahkan perasaan, wanita tersebut rijek..
risau wanita tersebut hanya anggapnya sebagai teman..
risau wanita tersebut memandangnya sebelah mata walaupun dia ada 2 mata..hehe..


tapi rasanya..
sebagai lelaki sejati..
buang lah rasa risau, takut dan kurang keyakinan itu..
wanita akan lebih menghargai lelaki yang nampak bersungguh-sungguh..
yang berani meluah rasa..
yang berhemah bertutur semasa melamar..ahakss


apa yang setiap perempuan mahukan sebenarnya??
tidak perlu menjadi mat romeo yang hantar bunga satu kontena..
wanita hanya damba
disayangi seikhlasnya..
dikasihi sejujurnya..
dihargai..
buat dirinya rasa bernilai..

jika semua ini tidak diperoleh..
maka..memang patut untuk lelaki rasa takut untuk mendekati wanita tersebut..


-end-


*tidak hanya wanita..lelaki juga perlu dihargai agar dirinya berasa sangat bernilai kewujudannya pada diri kita..apa yang penting perasaan hormat kita padanya sebagai seorang lelaki yang akan meneraju segalanya walaupun dalam susah dan senang...

Sabtu, September 17, 2011

SELALU BURUK SANGKA..APA PERLU KITA BUAT??

sebagai manusia biasa rasanya kita tak lari dari sikap selalu buruk sangka..
walaupun tentang sesuatu yang remeh..
selalu sangat nak bersangka tak baik pada orang..


contoh 1
kita hantar mesej kepada kawan di fb..
kita tengok kawan kita ada mesej kat wall kawan kita yang lain pada masa tu..
tapi dia takde reply pun mesej kita tadi..
tunggu punya tunggu tak jugak reply..
tak semena kita buruk sangka yang dia memang sengaja tak nak balas mesej kita..
kita dah jauh hati dengan dia..

apa yang kita sepatutnya kita kena buat??
kita perlu berfikir positif..
kena fikir mungkin masa tu, dia nak cepat..
dia ada urusan..
dia perlu offline segera..


contoh 2
kita mesej pasangan kita kat handfon..
punyala panjang mesej kita hantar...
macam-macam soalan kita tulis kat dia..
tup-tup bila dia reply..satu je dia jawab apa yang kita tanya..
sedangkan soalan lain yang dah kita hantar tu rasanya sangatla penting bagi kita untuk dia jawab..
tak semena kita dah buruk sangka kat pasangan kita..
kita dah fikir dia tak ambik berat pasal diri kita..

apa yang sepatutnya kita kena buat??
kita perlu positif..
fikir mungkin masa tu dia tengah sibuk..
banyak kerja kat ofis..
terlepas pandang pada soalan-soalan kita kat fon tadi..


semua di atas adalah contoh paling remeh..
tapi banyak perkara yang mudah kita jadi buruk sangka..
samada perkara remeh atau perkara serius..




apa-apa jua yang kita lakukan seharian..
kita memang perlu sentiasa positif..
cuba bertenang dalam segala permasalahan yang timbul..

-end-


*tapi kalau asyik kita je positif, tapi orang takde nak hargai kita camna ek??huhuhuhu..
redha je la..masing-masing punya alasan tersendiri dalam setiap yang berlaku..

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan