FOLLOWERS

Isnin, Disember 19, 2011

PABILA RASA SEDIH DAN KETIKDAKPUASAN HATI BERLAKU..


Dikala hati resah..
melalui saat-saat sedih..
saat-saat sukar..
putus cinta..putus kasih..
pergaduhan sesama insan..
pelbagai monolog dalaman akan berlaku..
monolog antara hati dan akal..


Hati sakit!!

Akal :  sabar~

Hati :  kau tak rasa apa yang aku rasa..

Akal :  tapi aku tahu apa yang kau rasa, dan sabar adalah perkara terbaik..

Hati :  cakap senang laa!!

Akal :  jika kau tak ingin bersabar, apa yang ingin kau lakukan?

Hati :  entah..marah,menangis?

Akal :  maka sabarlah perkara terbaik untukmu..marah hanya mengeruhkan keadaan, menangis       
          menunjukkan kau lemah..

Hati : rasa yang dipendam akan makin parah..

Akal : hilangkan sakitmu dengan melupakan perkara itu..

Hati :  mana mungkin,nak melupakan sesuatu bukan senang,apatah lagi perkara yang menyakitkan

Akal : alihkan tumpu mu,sandarkan apa yang kau rasa pada Tuhanmu.dunia tempat persinggahan  
         semata-mata,tiada guna kau bersedih akan perkara didalamnya..

Hati : bagaimana jika sakit ku ini kerana sahabat..

Akal : maafkanlah..dalam hidup ini kau akan berjumpa bermacam jenis manusia,manusia tak 
         sempurna,begitu juga dirimu.terimalah kelemahan orang lain sepertimana orang lain 
         menerimamu..

Hati : jika orang lain tak menerimaku?

Akal : biarkan..biarlah hina dimata manusia asalkan mulia dalam pandanganNya.


semoga kita sentiasa dalam kewarasan akal..
dalam membuat pertimbangan dalam semua soal..
setiap yang berlangsung ada hikmahnya..
berusahalah kita mencari hikmah tersebut samada secara nyata atau tersembunyi..


sumber : sini

-tamat-


* kadang-kadang seseorang harus membuat kita menangis, hanya untuk membuat kita sedar bahawa kita berhak mendapatkan seseorang yang mampu membuat kita tersenyum ♥
* semasa entry ni di taip..saya menangis..sapela agaknya yang mampu buatkan saya tersenyum??emmm..


Rabu, Disember 14, 2011

BILA DENGAR LAGU NI..BOLEH INGAT SATU-SATU PERJALANAN CERITA TU..

tajuk entry paling panjang semenjak berblog..haha..
terbuai-buai dengar lagu ni..


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku







dah agak lama saya guna caller rington lagu ni..
hari tu DIA tanya lagi lagu apa masa dia call..
sebab tu saya buat entry ni..haha


-tamat-



* lagu ini dituju khas buat DIA yang jauh..huhuhu
*takde idea nak berentry..sori ye all..huhu

Jumaat, Disember 09, 2011

INDAHNYA CINTAKU..KERNA KAMU..

amaran ni!!
ini adalah entry skema,tulus lagi mulus..hihi..
skali skala tacing-tacing..ye dak? hehe..
eh..sebelum tu..
cer tengok jap daisypath usia blog ni kat belah kanan bawah tu..
apa yang anda nampak??..huhuhuhuhu

ok..balik kepada tajuk..
bait-bait di bawah ini saya tujukan khas buat seseorang..
buat DIA..
insan yang bertakhta..
insan yang memberikan bahagia..
yang sentiasa bersama waktu susah dan senang..
yang memberikan kekuatan saat sukar saat derita..
yang mengajar erti menjadi kuat..
yang membimbing cara menjadi yang terhormat..
indahnya cintaku..kerna kamu..


"ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu..
dekat denganku setiap hariku..
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku..
ku ingin hanya satu tuk selamanya..

ku tak melihat dari sisi sempurnamu..

tak peduli kelemahanmu..
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu..

cintaku tak pernah memandang siapa kamu..
tak pernah menginginkan kamu lebih..
dari apa adanya dirimu selalu..

cintaku terasa sempurna kerna hatimu..
selalu menerima kekuranganku..
sungguh indah cintaku.."


jiwangggnyer wehh *blushing..cepat2 nyorok balik langsir..hakhak

-tamat-


* dah setahun usia blog ni hari ni rupanya..huhuhu...tapi macam dah malas dah nak berblog..ntah2 ni adalah entry terakhir..cukup a setahun kot..huhuhu
* happy birthday to my blog!!..boleh ke?..boleh je la..hehehe

Sabtu, Disember 03, 2011

BERTOLAK ANSUR ITU PENTING..MENGALAH TAK SALAH..



setiap kali berlakunya konflik antara kita dan pasangan kita..
walau apa jua masalahnya..
berbincanglah secara baik..
ucapkan permohonan maaf walau kita rasa kita tak salah..
tak kena bayar pun nak ucap maaf..
tak perlu nak tegakkan benang yang basah..
tak perlu nak panjangkan perbalahan..

positifkan situasi..
fikir....
segala ketidakpuasan hati yang timbul di hati pasangan kita..
sebab dia sedang menjaga kita..
mengambil berat tentang diri kita..
sebab..dia sayangkan kita..
dia mahukan yang terbaik buat kita..

tak perlu kita nak tunjukkan ego yang menggunung..
tak ke mana pun ego tersebut..
sebab lelaki itu kuasanya lebih besar..
egonya itu lebih tinggi...
dia sebenarnya pembimbing kita..
pembentuk diri kita yang terbaik..
dialah masa depan kita..

ingatlah..
kalau dia tak sayang..takkan dia ambik peduli hal kita..
takkan dia sibuk-sibuk peningkan kepala melayan segala kerenah kita..
tiada istilah mengongkong..
tiada istilah cemburu buta..
kerna sikap kita sendiri yang mendorong dia untuk bersikap sedemikian..

bertolak ansur tu penting..mengalah tak salah..
kerna kemaafan itu dendam yang terindah..





-tamat-


* untuk DIA..saya mohon maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan semalam, hari ini , esok..sepanjang kita kenal..samada secara sedar atau tidak sedar..kekadang kita alpa..kekadang kita lupa..mustahil untuk setiap tersentuhnya hati tersebut berlaku kerna sebab yang disengajakan..tetapi ingatlah, satu yang saya pasti dan yakin..awaklah masa depan saya..

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan