semalam bila saya post entry pasal gemuk tu..
ramai yang bertanya..saya ni gemuk ke???hahahaha..
kalau nak tahu saya ni gemuk ke tak tengok sini dan gambar terbaru saya ada di sini tengokla sendiri gemuk ke idak..hahahaha
sekarang berbalik pada tajuk..
bahasa melambangkan bangsa..
ni cikgu bahasa nak menegur..
sebabnya agak kecewa dengan sesetengah daripada kita..
(biasanya yang muda2 remajala ni)
menggunakan bahasa yang agak 'tidak sesuai'..
entry anda-anda mungkin akan dibaca oleh beribu orang di luar sana..
maka dengan itu..haruslah sekalian anda berbahasa dengan lebih sopan..
banyak perkataan yang kurang sopan di dalam entry2 telah digunakan..
termasuk 'kependekan bahasa' yang agak pelik dan semakin pelik..
contohnya:
sumpah..siot..sengal..babi..celaka
aq (aku)....itew(itu)....dye(dia)
wow..sangat dasyat!!
mengapa perlu wujudnya perkataan sebegini??
sebenarnya saya nak tulis tu pun agak segan..huhu
memang akan ada yang menjawab..
itu trend muda mudi kini..
boleh ke di terima jawapan tersebut??
ini bukan trend...
ini sudah menjadi kebiasaan kepada diri anda..
ianya sudah melekat di jiwa anda..
teringat dulu mak saya pernah cakap..
setiap perbuatan mahupun percakapan..
cukup 3 kali anda menyebut atau menggunakannya..
maka..semua itu akan melekat di dada sekalian anda..
mahukah kita melihat bangsa kita berterusan hidup dalam bahasa sedmikian??
tentu sekali tidak kan??..kesian anak2 kita nanti..
jika kita tahu perkataan itu agak kasar..kependekan bahasa itu agak pelik
tidak perlulah kita gunakannya..
sebab pasti ianya akan menjadi ikutan kepada yang lain..
kesian kan..akan berterusan bahasa tersebut bermaharajalela dalam hidup anak bangsa kita..
identiti sebenar bahasa malaysia dan bangsa melayu hilang!!
ingat satu sahaja..
MUSNAH BAHASA..PUNAHLAH BANGSA
lecterur saya pernah menyebut..
bahasa mempunyai sistem ekologinya yang tersendiri..
jika sistem ekologi tersebut di ganggu gugat..
maka tunggu sahajala kemusnahannya..
-end-
*sekadar berkongsi..BENDA YANG BAIK KITA IKUT..YANG TAK BAIK JAUHKAN..ok? (^_^)
*tentu sekali kita mahukan bangsa kita akan datang cemerlang dalam bahasa kita sendiri kan??...jangan sampai bahasa kita dikuasai oleh bangsa lain..