FOLLOWERS

Khamis, September 06, 2012

SEKSANYA MESEJ GUNA HENPON TOUCH SKRIN

Saya pernah buat status kat fb pasal ni..
pasal seksa guna henpon touch skrin ni..haha

Sebelum saya guna henpon Samsung sekarang
saya guna henpon Norkiah button biasa E71 tu..
guna henpon tu saya boleh mesej dengan selamba sambil garu ketiak you..hakhak

Tapi sejak 3 bulan lepas saya 'ter' tukar kepada samsung ni..har har 'ter' tuuu..
ok bukan 'ter'..'ter' tu maksudnya tak sengaja tukar..
yang ni memang gegedik rasa nak nukor henpon..
maka bertukarlah saya kepada Galaxy Note..


Henpon kesayanganku..

Maka bermulalah kesusahan guna henpon touch skrin ini..
maksud saya semasa MESEJ..

PERTAMA
dengan tangan saya yang kecik ni..
saya tak boleh pegang henpon ni sebelah tangan untuk mesej
kalau nak mesej..sebelah tangan pegang..sebelah lagi tekan..hadusss

KEDUA
Saya akan sentiasa silap bermesej..
contoh bila tekan 'sayang'..yang keluarnya 'ssysng'..
nak eja 'mak' keluarnya 'msk'..har har..jauh maksud tuuuuuuu...kah kah

KETIGA
Saya tak boleh mesej masa mandu..huhu..
kalau dulu saya lah segala raja sms..hahaha *sambil tepuk2 dada..hakhak
sekarang tidak lagi..
henpon ni memang lebar..
memang kena guna dua tangan untuk bermesej..
jadi buleh baca je..nak reply tunggu kat tepic lite..haha
ok jugak tu..maka fokuslah daku semasa memandu..
jadi takla ehem ehem saya itu isau sangat kannnn..hihik


ok itu je lah ceritanya..
lebih-lebih kang marah pulok orang samsung..
ntah-ntah ada yang jual henpon kat sini..mati haku..larikkk cepat2..
tapi secara keseluruhannya..henpon ni memang hebat..hahaha..



* Jika mengeluh tentang sesuatu..jangan sampai tak bersyukur dengan kurniaan-Nya.. :-)


Khamis, Ogos 09, 2012

KEGILAAN SUKA BELI BARANG CUTE BABY

saya ada satu tabiat..
suka membeli barang baby
sebab cuteeeee..comelll.

kasut baby ni dah agak lama saya beli
display je la kat umah..cute!..hehe

head band ni pun beli dah agak lama
hanya menjadi pameran..comelllll sangat.. 


baju ni beli 2 minggu lepas
comell gambar eskrem kat baju tu..hehe


tu belum lagi gila tengok gaun2 budak perempuan..
itu la pasal agaknya kenapa ramai orang geram nak dapat baby perempuan ek..

comel kan?..


*tu baru cerita yang baby girl..belum lagi cerita kegilaan barang baby boy..hahaha..kronik dah den ni..huhu

AKU DAN SUPPLIMENT

perlukah suppliment eh?
saya ada beberapa jenis suppliment yang dimakan


primerose oil brand blackmores dengan primerose oil brand cosway tu dah lama saya makan
dah berbotol la jugak..
tapi lately jak2 banyak godaan dengan produk catalyst ni
tak tahan godaan la juga saya pun
sana sini orang cakap tentang khasiat virgin coconut oil ni
maka bertambahla lagi satu suppliment saya

tapi bukan saya makan tiap2 ari tiga2 tu skali ponn..
makan satu je besenye
kena elok tak makan langsung sebab lupa..huhuhu

harap-harap semua suppliment ini dapat menguatkan fizikal saya..haha
tiada la lenguh2 badan hendaknya..huhuhu..


*hidup sendirian jauh dari keluarga buatkan kita perlu kuat dari segala segi untuk memasikan segala rutin dan tanggungjawab harian dapat dijalankan dengan baik..huhuhuhuh..semoga segala urusan saya dipermudahkan oleh-Nya sentiasa..aminn

Selasa, Ogos 07, 2012

PERSOALAN HARGA TUDUNG FAREEDA

Ada yang request tanya harga tudung Fareeda dalam entry tadi..huhu
saya sebenarnya segan nak cerita tentang harganya tu..
lain orang lain minatnya..lain la pendapatnya..huhu

harga 5 helai tudung yang dibeli tu..


2helai rozanna (3layer) dan 3helai sofiya (3layer)..
total RM710..gullppp..
ikat perut sebulan..hehe


*sebenarnya semalam pergi lagi..nak cari kot ada hitam putih..tapi takde..dalam butik pun kosong..huhu..sesiapa ada yang nak let go yang kaler putih hitam bolehla bgtau saya..huhu



TUDUNG RAYA~!!

bebaru ni pergi Butik Fareeda
cari tudung raya..

masa pergi tu..dalam butik tak banyak tudung
jurujual tu cakap, stok akan sampai 2 jam lagi..on the way katanya
terdengar customer2 dalam tu cakap sanggup tunggu..hoho
boleh tahan gak tahap kegilaan dorang kat tudung fareeda ni..haha
yang tu nanti saya cerita kat entry lain la ye..

jadi aritu..cari punya cari tudung
maka terbeli la saya 5 helai ni..hehe
terbeli eh..haha

2 helai rozanna (3layer) dan 3 helai sofiya (3layer)

warna yang ni paling saya suka..meriah betul..hehe


tudung untuk raya..apa salahnya meriah sikit kalernyer kan?hehe
sebelum ni dah ada koleksi 6helai..
memang giler kalau gi butik ni..memang wajib ambik walau sehelai pun..huhu
misi selepas ni nak cari yang putih hitam plak..ada ke eh..
macam xpernah nampak fareeda kluar kaler tu..huhu


* kalau kepala terganggu ckit mesti tahap kegilaan shopping menghabiskan duit tu datang dengan menjadi2..huhuhuhuhuh....


Isnin, Ogos 06, 2012

CANTIKNYA KURMA PUASAKU KALI INI

saya memang suka makan kurma walaupun bukan bulan puasa
tambah-tambah kurma jenis kering
saya boleh makan tanpa peduli orang sekitar..kahkahkah
untuk puasa kali ni saya makan kurma ini



kurma ni produk dari Elken..


bekasnya pun bukan main cantik lagi
bukak dari atas macam bunga gitu..hehe


ni kurma kat dalamnya
diletakkan dalam bungkusan plastik setiap satu
cute kan?nak makan pun sayang..har har..

u oll pula makan kurma jenis apa?


*psst..pssst..sy snap sdri gambar guna DSLR tu tau..1st time bokeh tu..cantik juga hasilnya rupanya ek...kahkahkah..angkat bakul sdri..hehe



KEPUTUSAN AKHIR BADMINTON OLIMPIK 2012 | KITA BANGGA DENGAN DATO' LEE CHONG WEI

1st time semalam..
saya tengok badminton dengan penuh emosi
rasa sedih sangat..bila Chong Wei kalah
tambah2 bila tengok dato' menangis..huhuhuhuhu..
tersentuh tauuuuu...sedeyyy...



Chog Weii kalah dengan Lin Dan semalam..
banyak yang buat status kat fb lebih kepada frust kita tak dapat makan aiskrim baskin robbins free..kahkah..jaat tau korang..
tapi kita tak tahu apa dalam hati beliau..
habuan 4 juta yang dijanjikan tak sama dengan menggalas harapan berjuta rakyat
wah patriotiknyer entry daku kali ni..hehe

apa-apa pun saya percaya semua rakyat Malaysia bangga dengan Dato' semalam
beliau dah main dengan bersungguh-sungguh..
we proud of you dato'..



*tetiba teringat bf bila tengok badminton semalam..sebab dia sangat suka main badminton..saya pernah nak hadiahkan dia raket dulu..merata gi survey termasuk nak online dari luar negara..tapi tak kesampaian nak membelinya..mungkin lepas2 ni saya boleh belikan untuk dia?jika masih ada jodoh itu..huhuhuhuhu...

Ahad, Ogos 05, 2012

ESKALATOR TERPENDEK DI DUNIA!!

di manakah??


hanya berketinggian 834mm, iaitu 5 anak tangga sahaja..
eskalator ini di sebuah Mall di Jepun
tak nampak lagi apa significan pembinaannya tu
sebab kat sebelah tu ada tangga..
dan ianya hanya hala turun sahaja, bukan untuk ke atas..kihkih

anda fikir untuk apa?


* kalau gini dalam rumah pun boleh buat eskalator ni..anak tangga dalam rumah lagi banyak dari ni..haha


Sabtu, Ogos 04, 2012

TEMPAT KEGILAAN WANITA-WANITA

hahahaha...tajuk tu dah buatkan kegilaan tu datang..haha
mana tempatnya???
jeng..jeng..jeng..




wanita-wanita jelita panggilnya JPO...hehe




mustahil kalau wanita2 jelita di luar sana cakap tak nak pergi tempat ni..ayat bako tuh..kihkihkih
macam-macam butik ada weiii..
macam-macam brand!!..
gilerrrrr ko tak pergi!!..hahaha..
cantek2 handbag dengan kasut kat sana!! ayat bako lagi tu..haha











ada pondok polis..



kalau lapar..food court ada..hehe
tapi bulan puasa tak leh makan..
nanti kena tangkap..haha



jadi sempena nak dapat bonus 9hb ni
maka dibuatla entry ni untuk mengosongkan poket-poket korang semua..hahahaha

terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor Baharu
dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam..
jangan lupa terjah..=)


* duit hilang macam air kalau ikut hati berbelanja..maka pesanan penaja 'berjimat cermat amalan mulia'..hehehehehe..

NANTI RAKYAT MALAYSIA BOLEH MAKAN AIS-KRIM BASKIN ROBBIN FREE

Baskin Robbin nak kasik smua orang Malaysia ais-krim free
kalau atlet kita dapat pingat emas kat olympic
tapi pada tarikh 8hb aje..
baca sini kalau tak caye..hehe



waaaa...tetiba den ghaso nak sokong mana2 atlet nih..
Dato' Chong Wei mungkin yang akan merealisasikan ni..hehe
nanti boleh ler kita makan ais-krim secara berjemaah..hahahaha..


* masa kecik saya suka makan ais-krim bubur kacang buatan sendiri yang dalam plastik panjang tu..hihihi..kalah robbin hood ni kot..hehe


Jumaat, Ogos 03, 2012

VIOS TERBANG | MOVING FOWARD KE MOVING UPWARD

macam tak boleh nak terima akal
cmna agaknya boleh terbang ke situ eh..huhu..
langkah longkang lagi tuuuu...hehehe



yang terbaru..terbang lagi..hehe


hadoo...memang moving upward nih..hehe
"toyota..moving upward" motto baru..hihi

takleh cakap lebih2
member satu skolah baru pakai vios ni seminggu
plastik pun tak bukak lagi..
kang ngamuk kang..kihkihkih...


* apa-apa jua jenis keretanya..semoga kita semua selamat ke mana2 jua destinasinya..huhu



ENDING DEEJAVU YANG TETIBA DIUBAH..


ending deejavu semalam agak kelam kabut..
maybe sebab baru shooting sebab berdasarkan voting..
cerita tu tetiba jadi perhatian semua orang
duk berteka-teki siapa dapat kat siapa..
maka bisnes pun datang la dalam itu kepala..
buat sistem sms voting la..apa lagi..
ye ke dakwaan baru diubah tu..kena la tanya pengarahnya sendirik..hihi

menurut twiter erma fatimah..pengarah drama tu
beliau kecewa dengan ending drama semalam
ending sebenar cerita tu nadira akan kahwin dengan ammar
bila voting sms menang kat bazli..maka endingnya diubah..
ngarut betul..
siap si ammar tu boleh tengok...tolong bagi cincin la plakk
masa bazli nak sarungkan kat nadira
sungguh lucu..

tapi tak paham yang paling last..
nadira operate semula jantung..
tukar jantung lain..
selepas 3 tahun bertembung dengan ammar kat airport
tapi jantung masih bergetar..
maksudnya apa ntah..
maksudnya dia kawen ngan bazli tapi hati kat ammar gitu eh?..
hadoooo..nampaknya erma fatima kena sambung lagi cerita tu..
kasik itu bazli meninggal dunia..huhuhu
pastu kawen dengan nadira..huwaaaaaaa!!
ish..tak baik doakan gitu pulak..
sambungla cmna pun tapi bagi ending yang asal..huhu

takpe amar..nadira taknak awak..qasehraihan ada..kahkahkah..
ensem woooo ammar tu..rambut dia cantek..suara dia best..terer main gitar..waaaaa..beh beh



* ketika waktu mendatangkan cinta..aku putuskan memilih dirimu..setitik rasa itu menitis dan semakin parah..bisaku rasa getar jantungmu..mencintaiku apa lagi aku..jadikanlah diriku..pilihan terakhir hatimu..
*kehidupan drama takkan sama dengan kehidupan sebenar..mungkin ada persamaan tapi tidak serupa aturannya..huhuhuhu...saya sangat2 rindukan dia..dia?dah tentu tak rindukan saya..hurmm..


Khamis, Ogos 02, 2012

SURAT SIARAN KEMENTERIAN | CUTI BERGANTI HARI RAYA AIDILFITRI 2012

ni sayang lebih kat kerajaan ni..kahkah
kalau bagi cuti start hari Khamis lagi sayang..hahaha..
kerajaan lulus bagi cuti raya bermula Jumaat, 17 Ogos 2012
kena ganti pada 22 September 2012 (Sabtu)..huwaaaa...tarikh besday den tuuuu..huhuhu



kalau raya hari Ahad..takkan Sabtu baru nak balik
nak balik Jumaat mesti jem teramat tu..
penatnyer fikir nak drive sorang2 balik kampung..
kreta pun x g servis lagi ni..
sedeyyy...macam2 dalam kepala..huhuhuhu...



*sedih bila fikir orang hepi-hepi..kita merana,sedih..tapi bila kita fikir positif ada orang lagi sedih hidupnya kita akan menjadi lebih tenang..sabarla duhai hati..duit raya kan dah ditukar??..haha..bergembiralah..huhuhu

BAKAL MENJADI ISTERI KEDUA...??


Selepas hampir 4 tahun bergaduh dengan Memey Suhaiza..
semalam Abby telah menjemput Memey dan Norman untuk berbuka puasa di rumahnya.

memey dan abby berbaik

memey dan abby berbaik

tambah mengharukan..Abby dan Memey telah sembahyang maghrib bersama-sama diimamkan oleh Norman Hakim sendiri..huhuhu..saya rasa nak menangis tengok gambar tu..


menerusi twitternya..Abby menyatakan yang semua ini adalah kuasa Allah..tahniah dan lahir rasa respek kepada Abby kerana penghijrahannya bukan hanya sekadar luaran semata-mata.

memey dan abby berbaik

kepada Abby..tahniah diucapkan atas inisiatif yang dilakukan..Ini mungkin boleh jadi teladan yg baik...sama-sama doakan agar hubungan mereka dan anak-anak mereka terus harmoni..4 tahun nak berbaik..lamanya..huhu



* kuasa Allah mengatasi segalanya..sekelip mata Allah mampu lembutkan hatinya untuk menerima orang yang dibenci sebelum ini...
*saya pun tak nak gaduh ngan sesapa..nak berbaik2..huhu..tetiba tacing..hahahaha..


BILA SEDARA ULTRAMAN DATANG SEKOLAH SAYA

apa nama benda ni ek?

ini orang panggil serunai (ye ke ntah ni..hihi)
yang dibuat dengan daun kelapa tu..

Isnin baru ni..
cikgu dari Sekolah Antarabangsa Jepun,Kuala Lumpur datang sekolah saya
ramaila jugak datang...dalam 10 orang kot..
untuk program jaringan jalinan pekebenda ntah..
dorang ni pun cikgu jugak..bukan sedara ultraman tau..hihi
pagi2 sapi'e apdal dah sampai dah dorang ni
efisien betul..nyusahkan pun ye jugak..hakhak
ye la..sebab pagi Isnin kan ada perhimpunan rasmi..hoho..
nyusahkanla tu nak kena layan dorang..haip haip haip (sambil tunduk tak henti2)..haha

apa kaitan dengan gambar kat atas tu?
takdela mende sangat pon....cuma..

 lucu tengok gelagat orang jepon ni
cium daun kelapa macam cium ketiak yang wangi je..haha
yang sorang lagi tu terpengun..nasib baik ensem..hakhak


 sukanya dia meniup..haha
tapi tak bunyik pun tu benarnya
usus je lebih yang nak terkeluar kot..hakhak


ni prinsiple sekolah jepon ngan GB sekolah saya..
dua2 mata sepet..hehe
yang tak pakai kot tu GB saya..

tak lekang dari mulut dorang ni "very nice!"..apa yang nice ntah..haha
kali ni dorang datang tengok stail cikgu sekolah saya ngajar je
nanti bulan 10 dorang akan bawa 5 bas murid jepon datang blaja cni..
blaja sehari je..ambik pengalaman..huhuhu..

ok itu je la ceritanya
nanti bila pasukan mereka datang bulan 10 nanti saya cerita lagi..
bye..mksih sudi baca..


* lama dah tak buat entry stail bercerita gini..kepada yang sudi baca..mksih bebanyak..kepada yang tak suka sila lah klik x kat atas belah kanan tu ye..hehe.. 



Rabu, Ogos 01, 2012

DUIT RAYA! DUIT RAYA! DUIT RAYA!

alhamdulillah..dah selamat tukar duit untuk raya..


tak tukar kat bank pun..
tukar dengan parent anak murid yang saya ajar ni..
mak dia kerja bank..
tiap-tiap tahun tukar dengan parent tu..
kena tukar awal-awal katanya nanti kehabisan..huhu
duit 20 hengget masih tak dapat tadi..
saya order duit 20 hengget baru tu 10 keping je
sebab kaler cantek..hehe
petang ni dia akan ambik katanya..
esok dapatla insyaAllah..

yeayyyy!! dah boleh masukkan dalam sampul raya..suker!


* teringat zaman kanak-kanak kumpul duit raya bertanding adik-bradik sape dapat paling banyak..huhuhu..rindu zaman budak..tak ada masalah..huhu

TABAHKAN HATIMU..

senario biasa berlaku di mana-mana...


menyedihkan kan kalau jadi camni kat kita kan??
huhuhuhuhu....

* perlu sabar dan tabah dengan semua ujian, yakin dengan ketentuan, pasti yang terbaik akan diberikan kepada kita pada masa depan..



Selasa, Julai 31, 2012

PERUT DAH KEMPIS...

terjumpa gambar ni kat fb..


har har..perut dah kempis sebab puasa tu..huhu

dah lama tak ngadap blog..
maafla kepada kawan-kawan yang bertanya
entry saya ni jap ada, jap tak ada..huhu
jiwa agak kacau sekarang..
terlalu sedih..rasa hidup kosong sangat..huhu
nanti a kot-kot lepas ni rajin nak publish entry ye fren..huhu



* Allah mendugamu kerana Dia tahu engkau mampu.. Allah memberikan ribut taufan, menjengah sebuah kehidupan, kerana DIA ingin hadirkan sebuah pengharapan..Berharaplah hanya kepada tuhan - jiji Yu



Isnin, Jun 11, 2012

DEDIKASI ISTIMEWA UNTUKMU

Ehem..ehemmm..
indunyerrrr kat blog..
dah lama sangat rasa tak menaip ni..
macam kekok pun ye juga..huhu
tapi nak jugak menaip..

Saya muncul hari ini untuk menaip entry khas ini..
entry ini saya tujukan khas untuk orang yang saya sayang..
yang sentiasa bersama saya ketika saya perlukan dia..
yang sentiasa menegur tika saya buat kesilapan
yang ketawa bersama ketika saya gembira
yang sentiasa cuba membentuk saya menjadi yang terhormat..

SELAMAT HARI LAHIR..awak..
semoga dengan pertambahan usia bertambah kematangan..
diberikan kesihatan yang baik
dan dilimpahkan rezeki..

SELAMAT BEKERJA DI TEMPAT BARU DI USIA BARU..
semoga bertambah sukses..
semoga terus hebat dalam setiap yang dilakukan..

Saya bangga denga awak..
moga kekal dengan jati diri awak sekarang..
mis u.luv u..much!




* Semoga apa yang kita tangiskan hari ini menjadi perkara yang membahagiakan pada masa depan & tak selalunya perkara yang menggembirakan akan sentiasa menyenangkan...

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan