FOLLOWERS

Isnin, April 25, 2011

BILA RINDU..KU JENGUK BLOGMU..

'bila ku rindu...ai sebut nama u'..
tu lagu zaman dulu..fairuz hussein versi dh lupa liriknya..hakhak


rasanya lama benar dah tak buat entry ni..hoho
last entry saya 18 april..hoho..7 ari lepas..
sori ye geng..lama tak jenguk kamu kamu..
benarnya baru balik kusus kat london (uii..ye benar..tipu semata..hehe)
ada je ni..baca je entry u all..
tp tak sempatla nak buat entry..koya sibuk..hakhak

mksih banyak kepada kawan-kawan yang bertanya ke mana menghilangnya saya..
dan bertanya mengapa saya tak buat entry..


tq so much to kak mimi
(benarnya xtau nak panggil akak ni apa..namanya panjang giler..hakhak)


kak mimi salu masuk tanya ke mana org satu negeri dengannya ni menghilang..ngehehe



semalam kembarku pun masuk tanya..
yang kamu cakap vote tu..vote untuk apa..
kamu lawan parti mana neh??!! tinggal ketapi gua nampaknya..



si ehem kepada ady budika (opppsssttsss..hehe) ni pun tanya ai mana..
eh u letak nama dlm k/p i tuuuu tau..hakhak



terharu sangat dengan kengkawan yang sudi bertanya khabar..
mksih banyak ye sume...

mksih juga kepada 'silent readers' blog saya ni..
awak indu entry kita ek..toce toce..kita sukerr!!hehe
nanti saya tra tak koya sibuk ye..haha


-end-

* mesti ada yang tak paham apa tu 'koya'..hihi

Isnin, April 18, 2011

MENGAPA WANITA MENANGIS..

ketika wanita menangis..
bukan bererti dia mengeluarkan senjata terapuhnya..
melainkan senjata terakhirnya..


ketika wanita menangis..
bukan beerti dia tidak berusaha menahannya..
melainkan dia sudah tidak lagi mampu membendungnya..

ketika wanita menangis..
bukan kerana dia ingin dilihat lemah..
melainkan dia sudah tidak mampu berpura-pura kuat..

ketika wanita menangis..
bukan beerti dia ingin mencari perhatian..
melainkan apa yang dia perhatikan telah menafikan dirinya..


ketika wanita menangis..
bukan beerti dia mengharapkan kasihan..
melainkan dia sedang mengasihani dirinya sendiri..

ketika wanita menangis..
bukan beerti inginkan penyebabnya rasa bersalah..
melainkan kerana dia tidak tahu mengapa keadaan terjadi sedemikian..

ketika wanita menangis..
jangan dianggapnya lemah dan ingin mencari perhatian..
melainkan anda sendiri yang membuat air mata mengalir di pipinya..



pernahkah anda menangis??hoho..

-end-

* sori geng..dah lama menyepi..ada urusan yang perlu dibereskan..hoho..
* tergiang-ngiang, mcm dengar lagu anuar zain kat corong telinga..huhu

Selasa, April 12, 2011

APA BESTNYA JADI CIKGU BERBANDING KERJA LAIN??

kalau soalan ini di tanya kepada saya..
nak jawapan tak serius ke serius??hakhak


kalau nak yang gila..


1) boleh tengok budak kencing dalam kelas
- sebab kena marah tak siap kerja..
- sebab cikgu tak bagi keluar ke toilet..hakhak..derm jaat..
*mesti ada blogger2 ni pernah kecing dalam kelas kan??hakhak

2) boleh dengar berita murid kelas sebelah 'membuang' dalam seluar
penat2 kontraktor buat tandas..
sluar jugak yang kamu pilih..
pastu malu gi nyorok bawah tangga..
letih cikgu cari mana budak ni..kahkah



3) boleh tengok budak berkembang dari tak ensem jadi ensem
- masa kecik kita tengok dia hingus melopong..
- bila dah pandai berdandan..mak aih..artis ke ni??muahaha


4) boleh tengok budak terkebil2 pandang kita
time ni best..
bila kita rilek..murid pun rilek nak bergurau dengan kita..
skali kita sergah mengamuk sebab homework tak siap..hambekk terkebil2 tak berkelip..
comel je wajah-wajah terkebil tu...kihkih


5) boleh tengok kasut skolah jadi warna kuning
hari isnin..kasut skolah yang putih tu dah jadi warna kuning..tak ke pelik?
u all rasa sebab apa??? sila teka..






-end-

* indahnya jadi cikgu ni tiada tandingan...tak dapat kat tempat lain...
* kalau nak jawapan baik sikit (serius)..kemudianla ek..nanti panjang2 orang malas baca..haha









Sabtu, April 09, 2011

IQBALHAKIMI DAN FAIZAL FREDLY TOLAK IZAMIR RIZWAN KAT PADANG

Pada suatu hari, di dalam sebuah kelas..


 Iqbal, sambung ayat ini menjadi satu...
" Faizal pening kepala"    dan   "kakinya berasa sakit"


Iqbal    : 
 " Faizal sakit kaki, dia berjalan dengan  kepala", jawab Iqbal bangga dan riak 


 derm! bengap anak murid gua ni..getus hati cikgu sambil berkata..
 "manada orang berjalan dengan kepala??!!!!!"


 Iqbal: 
Ada cikgu!! ni ha..sambil menunjukkan gambar sahabatnya Izamir Rizwan



*



*



*




moral of the story :
jangan berjalan dengan kepala..buruk..kihkihkihkih!!!

cerita dibuat untuk kepuasan hati sendiri...
jangan marah yer penyokong MU..ngeh ngeh ngeh..


peace no war (^_^)

-end-



* den skolah arini...adoyaii..skolah ganti deepavali~!!
* manada cikgu cakap bengap kat anak murid..murid sekarang besar kepala..nanti xpasal cikgu kena ngan murid..hohoho..menakutkan budak2 zaman sekarang~!

Jumaat, April 08, 2011

GAMBAR KERETA POLIS MALAYSIA DAN LUAR NEGARA..

ni kereta peronda polis Malaysia sekarang..
dah tau kan...


Mitsubishi Lancer Evolution


Mitsubishi Lancer Evolution



Naza Kia Forte


Naza Kia Forte


Naza Kia Forte

Naza Kia Forte



Toyota camry


Toyota camry



ni kereta polis Malaysia akan datang...
ok tipu...



ni kereta polis Italy
 Lamborghini  Gallardo  LP-560
fuyyoo!!..hehe

 Lamborghini  Gallardo  LP-560



bawah ni kereta polis Jepun
Nissan Fair Lady 350Z


polis Amerika
  
Chevrolet Corvetta


polis Jerman
Brabus Rocket


polis UK
 Lamborghini  Murcielago


UK jugak..
 Lamborghini  Gallardo

polis UK lagi.. 
 Caparo T1


fuyoooo....!!
kalaula kereta sport ni yang jadi kereta peronda Malaysia..
takde mat rempit dah kat malaysia ni gayanya...
sume pakat nak jadi polis...
dapat bawa kereta sport free..kihkih

-end-



* eh 'Yang'..kalau kereta sport ni jadi kereta peronda Malaysia..awak tukar kerja jadi polis yer...kihkihkih..


Khamis, April 07, 2011

DOKTOR CANTIK, LELAKI BUNCIT DAN DOT DOT DOT..

pada satu hari, seorang lelaki tua buncit telah datang berjumpa dengan seorang doktor cantik untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya..

kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "pakcik buncit ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."


pada keesokan harinya, lelaki tua buncit itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor cantik semalam..namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada langsung air mani orang tua itu..lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.


lelaki tua buncit itu pun menjawab...

"doktor cantik, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat..kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak..kemudian saya suruh isteri saya tolong untuk lebih puas..isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak...kemudian isteri minta menggunakan cara paling sedap iaitu mulut, pun tak dapat..sungguh susah..


akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." jelas lelaki tua buncit itu...

doktor cantik amat terperanjat. "apa..! awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"


lelaki tua buncit itu menjawab lagi... "ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"

muahahahaha...



moral of the story :
kepala korang kena putih..jangan biru..kahkahkah
jangan buka botol guna mulut, nanti tudung botol mengerigis bekas gigi..kihkihkih



peace no war (^_^)

* derm!..apakah??.ntah..ni gaya orang yg tengah tension banyak kerja bercerita..lalala~!


Rabu, April 06, 2011

AKU CINTA PADAMU..


Aku cinta kamuI love you 

tiga patah perkataan sahaja tapi 
sekiranya diucapkan kesannya sangat mendalam..
jika kita memang sedang menanti ungkapan ini 
kita akan tersenyum...
jika tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini 
kita akan tergamam...


ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini.. 
seolah-olah ungkapan ini seperti hanya 
rutin harian baginya.. 
ada yang terlalu sukar mengucapkannya..
terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam 
apabila cuba mengucapkannya...
bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya...
dan apabila mereka mengucapkannya 
mereka akan komited pada maksud ungkapan ini..



ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan 
ini daripada pasangannya..
tapi tidak pernah cuba untuk mengatakan
“Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” 
kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan... 

 
janganlah begitu…
setiap pasangan pasti mengharapkan balasan 
pada ucapan cinta mereka..
senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan 
tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna...


maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta..
jangan tangguh kerana kita tidak tahu masihkah ada esok untuk kita...

gambar sekadar hiasan


-end-


* ungkapan yang selalu di nanti...lalala~!

Selasa, April 05, 2011

TIPS BAGAIMANA LELAKI BOLEH GEMBIRAKAN PASANGANNYA BILA BERBUAL...

lain orang pasti lain pandangan..
tapi ini salah satu tips yang boleh kalian praktikkan..


humor memang di perlukan oleh seseorang perempuan...
orang perempuan mudah ketawa... 
jadi..kalau lawak yang bagi orang lelaki takdela lawak mana..
ia berlainan dengan orang perempuan yang mungkin perkara yang 'lawak gila'..haha
yang boleh buat dia ketawa tak henti-henti...
sambil tepuk2 bahu anda..anda pasti gembira melihatnya kan..hehe

menyakat tu penting juga sebagai bahan perbualan...
kalau jadi lelaki yang takde sifat humoris...
masuk tabligh lagi bagus..hakhak *ok gurau


perempuan sukakan emosi...
adakalanya cara perempuan mengaplikasi emosi dengan cara sangat kelakar...
mimik muka mereka dan cara mereka mengambil hati lelaki 
dengan godaan manja..anda suka kan?...*wink


jangan lupa selitkan humor lucah..
'open minded' tu perlu kadang-kala...
ye..kenang kembali kisah lalu yang manis dan kelakar.. 
jadikan topik semasa berbual berduaan... 
gamatkan perbualan dengan gaya lakonan yang beria dan bersungguh...
anda pasti gelak guling-guling...hakhak



gambar sekadar hiasan


-end-

* buatlah pasangan anda ketawa... masalah seakan hilang bila dapat ketawa dengan yang tersayang...kalau tak ketawa jugak..geletek je...kihkih

sumber rujuk : sini

Isnin, April 04, 2011

SEBANYAK NI???



membaca sebanyak ini??..
ye..mengapa tidak??..
menambahkan pengetahuan itu penting dalam kehidupan..
kerana kita akan seiring dengan masa dalam keperluan pengetahuan...
siapa yang kurang membaca..akan ketinggalan...
baca..asalkan benda yang berfaedah..
jangan benda yang berunsur lucah..itu dosa..heh



motif entry..
membaca menambahkan ilmu kepada sesiapa jua..(^_^)



-end-
*membaca emel dan sms termasuk membaca tak?? haha

SAIZ BRA JULIA PEREZ...SINI


selama berblog tak pernah lagi buat entry pasal 'keywords' ni..
layan je lerrr..ni printskrin jap tadi neh..


1) bekas tunang jimmy shanley
rakyat malaysia memang suka benda gini..
tiap-tiap hari ada keyword ni..hoho

2) berapa peratus tinted jpj
korang masuk salah blog..
sila jenguk blog jpj kalau ada..hakhak

3) memek
apa yang memek??
tunang norman hakim tu pun org panggil memek gak..
kalau korang cari memek muka klik sini

4) kartun bayi
blog ni memang banyak kartun bayi
belek sndiri a..hakhak

5) qasehraihan
ye..anda sedang berada di blog yang betul..
sila-sila baca..jangan malu-malu..haha

6) tudung saji
den tak jual tudung saji weh..
tapi kalau gambar tudung saji kat kepala siti
nah! kat sini..selamat bergelak ketawa bila tengok yer..hehe

7) gambar memek
ada lagi..cari a sendiri..hakhak

8) ciri-ciri mulut puaka
sape yang google perkataan ni neh..
nape masuk blog den??? blog den suci..xde benda gini..huh
gi main jauh-jauh...

9) julia perez bra saiz berapa?
aiyyaa..
ada jugak orang lagu ni..ni mesti keje ujang
kalau nak tau kena tanya pakwe si julia a..brapa saiz bra..hakhak
salah masuk blog neh..huh

10,11) rashidi dan vanida bercerai
orang malaysia memang suka gossip a..
tiap hari ada keyword ni..
dorang tak bercerai pun..harmoni je..tak baik tau korang..
kalau nak baca klikla sini


-end-

* pelik-pelik keyword yang keluar..dasyat betul rakyat malaysia ni ek..ahakss

KEPUTUSAN PENUH ABPBH 2010 | SENARAI PEMENANG ABPBH 2010


 
Tahniah kepada semua pemenang... 


ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR – 6ixth Sense

PENYANYI NASYID POPULAR – Rabbani

PELAKON TV WANITA POPULAR – Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI PEREMPUAN POPULAR – Noorkhiriah

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR – Faizal Ismail

PENGACARA TV LELAKI POPULAR – Aznil Nawawi

ARTIS BARU LELAKI POPULAR – Shahir

PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR – Fara Fauzana

PELAKON TV LELAKI POPULAR – Remy Ishak

PENGACARA TV WANITA POPULAR – Fara Fauzana

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR – Zizan

PENYANYI LELAKI POPULAR - Faizal Tahir 

PELAKON FILEM WANITA POPULAR - Lisa Surihani (yeay!!)

ARTIS BARU WANITA POPULAR - Ana Raffali 

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR - Shaheizy Sam  

PENYANYI WANITA POPULAR -Yuna

--------------------------------------------------------------------------------------


ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2011

 Shaheizy Sam  (126,168 undian)



ANUGERAH SEPANJANG HAYAT
 Dato' Hajjah Rosnani Jamil



ARTIS MOBILE POPULAR
  6ixth Sense



-end-



* tiru master SEO nih..hakhak
* xbkenan toi den ngn pesyen 'topi mandi' yuna..aiiii.. 
* Dato' Ct chumelll...sukerrr~!!

Ahad, April 03, 2011

BERANIKAH??

lihat di sekeliling kita, 
banyak orang ketawa..hepi-hepi sentiasa...
ingin rasa bertanya pada mereka...sudah sembahyang ka??
tapi tak cukup berani...

  
pandang lagi...
nampak couple dengan aksi terlampau.. 
kalau setakat jalan bersama pimpin tangan tu tak lah teruk sangat... 
tapi, kalau beriba-ribaan..peluk-peluk depan orang ramai. 
nak aje ke depan bertanya...
dah kawen ke?? tapi takut pula...


lihat lagi dengan teliti...
semua orang sibuk mencari duit...
kerja sana-sini...rasa je nak bertanya.
banyak duit..dah bayar zakat ke,bang? 
tapi, takut kena pelempang pulak..

 


siapa berani??haha..


-end-


* perjalanan kehidupan yg biasa..sana sini sama..sudah menjadi kebiasaan hidup..sekadar menterjemah dalam bentuk ayat..hurmm
* nak tra tiru master SEO wat entry ABPBH 2010 aci tak??haha..tp takuttt..ramai sangat wat entry tu..hoho







Sabtu, April 02, 2011

AKU MASIH SEPERTI DULU...


kau masih ku sayang..
sehangat waktu cinta bermula..
tidak pernah pudar..
kasihku padamu..
sekalipun musim berlalu..
kau masih ku rindu..
walaupun tidak aku lafazkan..

tidak pernah aku..
membenci dirimu..
sekalipun engkau sakiti..
aku masih seperti dulu dahulu..
merahnya cintaku..
menyala di kalbu..


aku masih yang kau kenal dulu..
harumnya kasihku..
semerbak merindu..
ku merenung jauh..
kiranya ku hidup bersamamu..
akan ku cuba..
bahagiakanmu..
sekalipun hati terluka..


gambar sekadar hiasan..


-end-





* aiyyaa.. jiwang..lagu lagikah?? benar...lagu fauziah latif...hurmm..

Jumaat, April 01, 2011

DRAMA SEBABAK ANTARA 'KRISDAYANTO' DAN 'RAUL LEMAS'

drama untuk tontonan umun..
sesuai untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat..


KRIS: sayang..cmna i nak masukkan ni..

LEMAS: ada pulak u yang masukkan, bagila i yang masukkan..

KRIS: cepatla masukkan sayang..i dah dah tahan ni!!..

LEMAS: okay..okay..u ni tak sabar-sabar tau..

KRIS: mestila tak sabar..benda-benda camtu..
eiii..buatka i tak tahan!!!

LEMAS: kena basahkan dulu, baru senang nak masuk..


setelah LEMAS dah masukkan..maka KRIS pun lega dan tersenyum riang..
mereka kemudian mengelap peluh akibat terlalu penat untuk masukkannya...


======================================


korang pikir apa tu???huahuahua..
pagi tadi nak jahit kain yang terbuka benangnya, sikit aje pun..
tapi...punyala hangin satu badan bila susah nak masukkan BENANG KE JARUM..hadoo


pastu cari..jumpa artikel nenek ni..

umur 109 tahun..masukkan benang ke jarum tak perlu guna spek..hoho


tapi kat google tak bagitaula apa cara berkesan..


ada yang mahir ke?? apa cara berkesan
 untuk masukkan benang ke jarum DENGAN MUDAH
selain cara si LEMAS tu??huhu..


-end-


* ujang...drama sebabak gini memang sinonim dengan kamu kan..haha..

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan