FOLLOWERS

Isnin, Disember 19, 2011

PABILA RASA SEDIH DAN KETIKDAKPUASAN HATI BERLAKU..


Dikala hati resah..
melalui saat-saat sedih..
saat-saat sukar..
putus cinta..putus kasih..
pergaduhan sesama insan..
pelbagai monolog dalaman akan berlaku..
monolog antara hati dan akal..


Hati sakit!!

Akal :  sabar~

Hati :  kau tak rasa apa yang aku rasa..

Akal :  tapi aku tahu apa yang kau rasa, dan sabar adalah perkara terbaik..

Hati :  cakap senang laa!!

Akal :  jika kau tak ingin bersabar, apa yang ingin kau lakukan?

Hati :  entah..marah,menangis?

Akal :  maka sabarlah perkara terbaik untukmu..marah hanya mengeruhkan keadaan, menangis       
          menunjukkan kau lemah..

Hati : rasa yang dipendam akan makin parah..

Akal : hilangkan sakitmu dengan melupakan perkara itu..

Hati :  mana mungkin,nak melupakan sesuatu bukan senang,apatah lagi perkara yang menyakitkan

Akal : alihkan tumpu mu,sandarkan apa yang kau rasa pada Tuhanmu.dunia tempat persinggahan  
         semata-mata,tiada guna kau bersedih akan perkara didalamnya..

Hati : bagaimana jika sakit ku ini kerana sahabat..

Akal : maafkanlah..dalam hidup ini kau akan berjumpa bermacam jenis manusia,manusia tak 
         sempurna,begitu juga dirimu.terimalah kelemahan orang lain sepertimana orang lain 
         menerimamu..

Hati : jika orang lain tak menerimaku?

Akal : biarkan..biarlah hina dimata manusia asalkan mulia dalam pandanganNya.


semoga kita sentiasa dalam kewarasan akal..
dalam membuat pertimbangan dalam semua soal..
setiap yang berlangsung ada hikmahnya..
berusahalah kita mencari hikmah tersebut samada secara nyata atau tersembunyi..


sumber : sini

-tamat-


* kadang-kadang seseorang harus membuat kita menangis, hanya untuk membuat kita sedar bahawa kita berhak mendapatkan seseorang yang mampu membuat kita tersenyum ♥
* semasa entry ni di taip..saya menangis..sapela agaknya yang mampu buatkan saya tersenyum??emmm..


Rabu, Disember 14, 2011

BILA DENGAR LAGU NI..BOLEH INGAT SATU-SATU PERJALANAN CERITA TU..

tajuk entry paling panjang semenjak berblog..haha..
terbuai-buai dengar lagu ni..


Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku







dah agak lama saya guna caller rington lagu ni..
hari tu DIA tanya lagi lagu apa masa dia call..
sebab tu saya buat entry ni..haha


-tamat-



* lagu ini dituju khas buat DIA yang jauh..huhuhu
*takde idea nak berentry..sori ye all..huhu

Jumaat, Disember 09, 2011

INDAHNYA CINTAKU..KERNA KAMU..

amaran ni!!
ini adalah entry skema,tulus lagi mulus..hihi..
skali skala tacing-tacing..ye dak? hehe..
eh..sebelum tu..
cer tengok jap daisypath usia blog ni kat belah kanan bawah tu..
apa yang anda nampak??..huhuhuhuhu

ok..balik kepada tajuk..
bait-bait di bawah ini saya tujukan khas buat seseorang..
buat DIA..
insan yang bertakhta..
insan yang memberikan bahagia..
yang sentiasa bersama waktu susah dan senang..
yang memberikan kekuatan saat sukar saat derita..
yang mengajar erti menjadi kuat..
yang membimbing cara menjadi yang terhormat..
indahnya cintaku..kerna kamu..


"ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu..
dekat denganku setiap hariku..
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku..
ku ingin hanya satu tuk selamanya..

ku tak melihat dari sisi sempurnamu..

tak peduli kelemahanmu..
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu..

cintaku tak pernah memandang siapa kamu..
tak pernah menginginkan kamu lebih..
dari apa adanya dirimu selalu..

cintaku terasa sempurna kerna hatimu..
selalu menerima kekuranganku..
sungguh indah cintaku.."


jiwangggnyer wehh *blushing..cepat2 nyorok balik langsir..hakhak

-tamat-


* dah setahun usia blog ni hari ni rupanya..huhuhu...tapi macam dah malas dah nak berblog..ntah2 ni adalah entry terakhir..cukup a setahun kot..huhuhu
* happy birthday to my blog!!..boleh ke?..boleh je la..hehehe

Sabtu, Disember 03, 2011

BERTOLAK ANSUR ITU PENTING..MENGALAH TAK SALAH..



setiap kali berlakunya konflik antara kita dan pasangan kita..
walau apa jua masalahnya..
berbincanglah secara baik..
ucapkan permohonan maaf walau kita rasa kita tak salah..
tak kena bayar pun nak ucap maaf..
tak perlu nak tegakkan benang yang basah..
tak perlu nak panjangkan perbalahan..

positifkan situasi..
fikir....
segala ketidakpuasan hati yang timbul di hati pasangan kita..
sebab dia sedang menjaga kita..
mengambil berat tentang diri kita..
sebab..dia sayangkan kita..
dia mahukan yang terbaik buat kita..

tak perlu kita nak tunjukkan ego yang menggunung..
tak ke mana pun ego tersebut..
sebab lelaki itu kuasanya lebih besar..
egonya itu lebih tinggi...
dia sebenarnya pembimbing kita..
pembentuk diri kita yang terbaik..
dialah masa depan kita..

ingatlah..
kalau dia tak sayang..takkan dia ambik peduli hal kita..
takkan dia sibuk-sibuk peningkan kepala melayan segala kerenah kita..
tiada istilah mengongkong..
tiada istilah cemburu buta..
kerna sikap kita sendiri yang mendorong dia untuk bersikap sedemikian..

bertolak ansur tu penting..mengalah tak salah..
kerna kemaafan itu dendam yang terindah..





-tamat-


* untuk DIA..saya mohon maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan semalam, hari ini , esok..sepanjang kita kenal..samada secara sedar atau tidak sedar..kekadang kita alpa..kekadang kita lupa..mustahil untuk setiap tersentuhnya hati tersebut berlaku kerna sebab yang disengajakan..tetapi ingatlah, satu yang saya pasti dan yakin..awaklah masa depan saya..

Rabu, November 30, 2011

TEMPOH MESEJ BERTAHAN SBLM BERTUKAR 'FAILED'....

Soalan :
sejak khamis lepas saya menghantar sms kepada seseorang..
hingga semalam..sangat banyak mesejnya..
tetapi handfonnya off atau padam..

tetapi bila dia on hp nya pagi ini..
hanya ada satu mesej sahaja yang deliverd kepadanya..
itu yang saya hantar 24 jam lepas...
sungguh menyedihkan..huhuhu..
persoalannya..mengapa????


Jawapan CUSTEMOR SERVIS maxis :
mesej maxis ni boleh bertahan selama 36 jam sahaja..
1 hari setengah..huhu
jika masih tak deliverd dalam masa tersebut..
ianya akan jadi 'failed'


motif entry :
jangan mesej orang yang kita tahu hp nya off / padam melebihi 2 hari..
kerana mesej tersebut memang sia-sia..huhu..


-tamat-


* Sejak kali pertama bertemu, ada getar di  hati walau sedetik..saat saling mengenal, telah membingkai kenangan manis..walau hingga saat ini masih belum mampu bersama, bayangmu menghiasi hariku..walaupun jarak memisahkan tetapi hati utuh menyatakan yang aku sayang kamu setulusnya..

Selasa, November 29, 2011

TOLONGLA EJAS SORANG KE SAYA..

ustaz ni dah macam satu fenomena je..
mana2 beliau pergi ceramah mesti orang sangat ramai..
beliau mempunyai daya tarikan yang tersendiri rasanya..
lucu..kelakar..




tengok minit ke 2:00 video ni..
tengah stress pun boleh hilang kot..haha..


mode :
sdg kecik hati..jauh hati..memendam rasa..
nasib baik jumpa video ni..huhuhuh


-tamat-



* pekat benor bahasa tranung ustaz nih..skali dengar dah macam zizan dah..haha..
* Ejas = rekemen...rekemenla ke saya sorang..hehe

Isnin, November 28, 2011

TAK SAMA..TAPI ADALA IRASNYERR..

bila orang sebut sama..
teruja la jugak nak tengok sendiri..
semalam bila tengok dia ni main..
masa lawan Bahrain..
dalam ati sebut..aah betul a..ada iras..
tapi janganla sebut sama..haha..

ni ha..mereka yang dimaksudkan tu..




nazmi faiz dan kaka..
sama kerr??..haha

cute jugak player Harimau Muda yang tangguh SPM ni rupaye..hehe
main pun macam best gak..kan kan..
tapi kalah semalam macam tak patut je..huhu


-tamat-


* setara mana pun hensem orang lain yang kita tengok..takkan dapat dapat dibanding dengan hensem orang yang kita sayang walaupun mungkin orang yang kita sayang tu, orang lain tengok tak hensem pun...

Selasa, November 15, 2011

SUARA DIA NI SANGAT BEST..

pada saya suara dia ni sangat merdu..
dia boleh nyanyi live dengan rilek je..





lagu 'patah seribu' ni pun best..
sedap hawa telinga dengar..syahdu..

ok itu je..
motif entry..
tengah mode jiwang karat..huahuahuahua

-tamat-


* Shila ni natural beauty..kalau tengok time dia diinterview press best..nampak cute..haha..gila hape haku ni muji anak N.D Lala ni...
* mesti DIA tergelak bila teringat kisah pen tekan2 c N.D.Lala..hakhak

Ahad, November 13, 2011

KISAH GAMBAR WALLPAPER MICROSOFT WINDOW XP...

diambil oleh Chuck O'Rear..
bekas photograper majalah National Geographic..



setiap hari beliau lalu jalan ladang anggur ni..
pergi rumah gf nya..
ladang ini terletak di Sonoma, Carlifornia Utara..



beliau tidak menyangka..
keputusannya untup snap gambar tersebut telah merubah segalanya..
kerana microsoft memilihnya sebagai gambar latar window XP..



langit membiru..
awan bak kapas..
ladang menghijau..



brapala agaknya microsoft bayar dia ek??hehe...


sumber : sini

-tamat-


* rezeki, jodoh, ajal maut semuanya ketentuan Ilahi...kekadang ianya datang dan pergi dalam keadaan yang tak terjangka akal fikir..huhuhuhu..

Jumaat, November 11, 2011

BERSALIN DI TERENGGANU HARI INI..



kod kad pengenalan untuk mereka yang lahir di Terengganu ialah '11'...
maka dengan itu..
sesiapa jua yang lahir di Terengganu pada hari ini
walaupun ibu bapanya bukan orang Terengganu
kad pengenalanya nanti ialah 111111-11-****


tahun depan kod 12 pulak..121212-12-****
negeri mana ek??
sabah ke??..jauhnya nak bersalin kat sabah..hahaha



sumber : berita harian



*persoalan tentang gambar entry sebelum ini akan terungkai sedikit waktu lagi..huhuhuhuhu..

Rabu, November 09, 2011

DUGAAN LAGI..GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA..



huhuhuhuhu.....
tarikh kejadian 8 November 2011..


-tamat-


* dugaan bertimpa..kita hanya mampu merancang tuhan menentukan..semoga dipermudahkan segalan urusan..

Sabtu, November 05, 2011

SILAP MASUK TOILET LELAKI!!

bersiaran dari rumah mak..
bergerak balik dari subang jaya pagi tadi..
sekarang kat terengganu..
tadi menempuh perjalanan yang amat jem..huhuhu


seperti biasa perjalanan panjang mesti akan 'pit stop' ke toilet..
toilet pun penuh bukan main..
tapi yang nak di ceritanya..
cuak giler tadi sebab bila kita masuk toilet tu..
kita terserempak dengan lelaki!!!
terus tengok balik lebel toilet..
betul dah simbol 'perempuan pakai skirt'


yang kita jumpa tadi..
camni ha lebih kurang...

ni gambar dari google..
tak berkenaan dengan tajuk..


ye ye je gaya kelelakiannya tu..
tapiiii....rupanya dia tu perempuan yang nak jadi lelaki..huahuahua..
lucu gak sposen..
sebabnya...........

last-last toilet perempuan jugak yang dia masuk..
nape tak masuk je toilet lelaki..
dah bajet macho sangat..hakhak...


-tamat-


* pengkid ni memang kejadian azali ke?? mungkin tak mereka ni jadi pengkid dengan bukan kerelaan??..kalau gitu memang simpati la..kesian..huhu

Jumaat, November 04, 2011

SEBAB RAMAI ORANG SUKA NAK BABY PEREMPUAN???

selalu sangat kita dengar..
pasangan kahwin nak anak perempuan..
alasan yang diberi biasanya..
sebab kalau anak perempuan..
banyak pilihan pakaian, gaun2 yang cantik..huhuhuhu..

memang ponn..
salu tengok yang jual online pun semua untuk budak pmpuan..
cer tengok kat bawah ni..











huwaaaaaa!!!...
lawa kan smua-smua gaun di atas..
memang geram je tengok..

ni cedok gambar kat butik online alyssa amanda ni..
jenguk la siapa yang ada anak perempuan tu..hehe


-tamat-


* nak baby perempuan jugakkkk~!!!..haha..

Rabu, November 02, 2011

SAYA SANGAT OBSES DENGAN.....

sesiapa yang rapat dengan saya memang tahu..
saya sangat obses dengan pelbagai jenis design kasut..
terutama high heels..

dan saya sangat suka tengok
orang perempuan pakai kasut high heels tutup penuh..
sebab nampak sangat kemas..
sebenarnya sudah beberapa kali percubaan saya lakukan ke atas diri sendiri untuk memakainya..
tapi salu setengah jalan..
sudahnya saya bagi kasut tu kat orang..
sebab kaki pedih dan melecet pakai kasut penuh..huhuhu
kalau pakai yang jenis sandle yang tak tutup penuh ok je..


semalan..
keluar berjimba..
beli lagi..


waaaa....daku terpesona!!..hehe..
harap-harap kali ni melekat la misi untuk pakai kasut tutup penuh gini..
yang penting kaki tak melecet..huhuhu

beberapa bulan lepas beli kasut (sandle) ni..



tak pakai langsung lagi hingga sekarang..
sampaikan talinya tu pun tak terkedut2 duk dalam kotak...
tunggu turn nak pakai sebenarnya..kahkahkah..statement giler ni..hakhak
mesti DIA bising kalau tahu ni..hehe..
tapi designnya sangat memikat kan?..hehe
saya jarang jatuh hati kalau kasut jenis rendah..

kalau nak tengok kasut lain lagi kena buka bonet kereta saya la.. hehehe.


-tamat-



* saya juga obses kepada majalah atau apa jua, rancangan tv ke yang berkaitan dengan dekorasi kediaman..sangat suka..hehe..

Selasa, November 01, 2011

BUKAN SEKADAR CEK BIASA..INI CEK 'BONUS' NUFFNANG~!!

semalam tengok box surat..
dapat satu sampul surat ringkas..
sib baik tak buang..
sebab dapat cek nuffnang~!!


tadaaa~!!!!




hahaha..ok dusta..
bukan cek nuffnang..
takdanya nuffnang nak bagi kat blog ni banyak tu dalam masa singkat..hakhak..
tak sure ni cek apa..tapi dari Takaful Malaysia..
baik betul la mereka ini..
rasanya sebab ambik insurans kereta dengan mereka ni..
cukup setahun mereka agihkan keuntungan kot..

sebab ada tulis..


28/7/2011 tu tarikh road tax kereta mati..
maksudnya pasal kereta la tu..hehe..

pape pun..mksih banyakla Takaful Malaysia..
rasa macam jujurnya mereka ini berbisnes..saya bangga memilih anda..
sape nak bagi RM230.51 tu free free ye dak??

maka dengan itu bulehla shopingggg~!!!!..hakhak..



-tamat-


* aritu DIA ada cakap dapat cek dari Takaful Malaysia...sama la kot cek yang kita dapat ni..tapi saya punya lagi banyak dari awak..suker suker..hahahaha..

Isnin, Oktober 31, 2011

SAYA SEMAKIN SEHAT DENGAN ADANYA ROBOT INI~!!

saya adalah seorang yang sangat jarang minum air kosong..
saya sangat risau tentang hal tersebut..
maka dengan itu saya telah membeli ini..
*


*



*



*



*




tak ensem langsung ropa benda alah ni..
dah serupa robot skali ku tengok..
tapi takpa asal daku bahagia..kahkahkah
harap selepas ini daku lebih rajin minum air kosong..


"eh..tapi dalam peti anakanda tu dah bersusun air kosong??
siap botol tupperware lagikk", bonda ku bertanya dengan penuh keibuan..





ooo ek..betul jugak tu..apa daku nak jawab ni..
dalam tu air kosong sejuk je.....
robot ni buleh skali minum air panas ke, suam ke..lagi la sehatttt..huahuahua bijak2..
ok ok..jawapan sebenar robot ni dibeli sebab air di sini sangat TIDAK BERSIH...huhuhuhu..
sib baikla sejak duk rumah ni bil air asyik rm 0.00..
kalau tak, mau dah kena serang Syabas yang tak syabas tu..weeeeee bajet ganas~!!


sekian cerita pembelian robotku dengan bahasa ala-ala klasik ini..



-tamat bebelan-



* minumlah air sebanyak 8 gelas sehari...maka kemudian dapatlah anda kulit yang gebu. tulus dan mulus macam zizi ezzette..uiii nape dia ni jadik contoh ek??hakhakhakhak..ntahh...tetiba kluar gambo dia kat skrin ni..gebu amat dia ni~!

Ahad, Oktober 30, 2011

WAH..BLOCKQUOTE KU SUDAH MENJADI~!!!

pengumuman~!! pengumuman.~!!
setelah beberapa purnama hamba mengembara..
menuntut ilmu cara nak buat kotak yang ada corak dalam entry..
maka sekarang hamba sudah pun reti..hehehehe
ada sedikit kejakunan telah dikesan di situ...huhu..

eh tau tak..
dulu daku ini tak tahu pun nama kotak cantik tu blokquote..hakhak
tapi sekarang daku dah tahu..
hasil pengembaraan sana sini..
terima kasih banyak la kepada semua tok guru..

ni nak try ni..
dengan menaip lagu kegemaran..huhuhuhuhu...
lirik ini sangat puitis dan beerti..


setiap nafas yang dihembus..
setiap degupan jantung..
aku slalu memikirkanmu..
dalam sedar dibuai angan..
dalam tidur dan khyalan..
aku slalu memikirkanmu..
ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa..
kasihku..ku amat mencintai kamu..
kerna kau beri erti hidup..
ku kan terus mencinta.
seditik lebih..sampai selamanya..
di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
biarla kehilangan semua yang dimiliki di dunia
asal masih adanya kamu..


haaa..kotak kat atas tu namanya blockquote..hahaha..
beruntung la siapa yang diberikan lagu ni oleh kesayangan hati..
tahniah saya ucapkan...huhuhuhuhu

siapa nak belajar blokquote..belajar kat sini


-tamat-


Kita akan merasa pedih untuk melupakan sesuatu yang menyentuh hati, tetapi ingatlah bahawa perasaan pedih itu menjadikan kita seorang yang lebih baik pada masa depan...hati terluka, air mata bercucuran, orang sana sini akan berubah..khabar angin sentiasa ada tetapi hidup mesti diteruskan ♥..peace~!!

PROMOSI UNTUK BLOGGER NI..CEPAT~! CEPAT~! CEPAT~!..

ni cerita semalam..
jalan-jalan sambil gi bayar bil maxis broadband..
tarikh bil broadband memang semalam 29hb..
bila dah bayar..eksekutif tu cakap ada promosi baru..
dulu dah pernah dapat promosi ni...


tapi semalam..dapat promosi baru yang rasa sungguh woww~!!..
untuk pengguna broadband 6g sahaja rasanya..
ke semua jenis gig pun tak pulak sure..huhuhu..
yang tak terikat dengan kontrak..


tukar plan..
kepada MAXIS HOME WIRELESS..
sebelum ni 6g = RM 98 sebulan..
dapat promo 6g = RM 90 sebulan..
jimat RM8..


ni nak citer promosi baru ni..
lagi jimat ni..hehehehe..
kita tengok gambo dulu...
baru cerita..hehe..





dengan gambar ni..maksudnya saya dah ambikla tuuuu...hehe

dengan promosi plan terbaru ni..
dapat 10g~!!!!!!, what??? 10g~!!..yeeee..hehe..
hanya dengan fix rate RM 99 sebulan..
tanpa kontrak..giler tu~!!

pastu dapat pulak modem putih kiut..
dapat cordless fon..dengan free call sebanyak 300 minit sebulan ke semua line..
300 minit tu 3 jam lebih..sape nak bagi free tu wehhh..hehe
dapat connect kat banyak laptop..ataupun hp..
dengan syarat ada password wirelessnya la..hakhak

modem ni boleh stand..
kiut je saiznya..size external hard drive tu je..
boleh bawa ke mana-mana pun..



dan jangan risau..
kalau tak nak angkut si kiut ni..
boleh kluarkan simkad wireless ni..
masukkan ke brodband lama kalau nak keluar..



promosi sampai esok je ni..31 oktober 2011
cepat--cepat..pergi ke maxis centre~!!hehe


dah rope pekerja maxis dah haku nih..hakhakhak

-tamat-



*kalah bola pun terubat dapat si kiut ni..hahaha..nak tipon sape ni 300 minit free ni ek~???..lalalalala..

Sabtu, Oktober 29, 2011

KISAH LAGU 'SEDETIK LEBIH'...

rasanya semua tahu lagu ni..
lagu OST filem hikayat merong mahawangsa..
nyanyian anuar zain..

bila dengar lagu ni..saya memang akan teringat tentang kisah itu..
satu masa dulu saya pernah menghadiahkan bait-bait lagu ini kepada seseorang..
insan yang bertakhta..
insan yang memberikan bahagia..

hayati liriknya..
sangat puitis..
dan sebenarnya sangat2 bermaksud kepada diri saya..
apatah lagi bila saya dah hadiahkannya kepada seseorang..
4 baris terakhir lagu tu sangat-sangat saya maksudkan bila saya berikan pada dia pada masa tersebut..


tapi.. 
pada masa tersebut saya sangat kecewa..
bila saya dapat tahu dia menghadiahkan lagu tersebut kepada yg lain..
tersangat kecewa..memang berbekas la..
rasa sangat tidak bernilainya, tak bergunanya diri ini pada masa tu..
takpela..apa nak buat..
dah tak terdaya lagi dah..
kekusutan tu dah pun terlerai sebenarnya..


tapi semalam dengar lagu ni dalam versi kelantan..
tu yang buat saya teringat balik lagu ni..
saya ketawa tak henti..geli pun ye jugak..hakhak
lucu betul..jom dengar..






-tamat-




*kita takkan rasa sesuatu tu berharga selagi kita tak kehilangannya, tapi kehilangan bukanlah cara untuk kita menimbulkan rasa menghargai seseorang, hargailah apa yg kita ada, hargailah siapa yg mencintai kita, hargailah setiap bait hidup ini nescaya kebahagian pasti hadir menemani hidup kita, kadang² kita tak sedar masih ramai org disekeliling kita yang prihatin kepada kita lebih daripada orang yang kita sayang & cinta 

Jumaat, Oktober 28, 2011

SAPE LA YANG KURANG AJARAN CURIK NI~!!!

ahad lepas pergi cuci kereta..
punya la tergezut gaban masa tu 
bila tengok benda kat belakang kereta tu tak de..huwaaaa..sedih giler~!!

*pengumuman pengumuman..kite dah terer blurkan no plat..huahuahua..
sungguh jakun daku ini..huhu



nampak lucu je kereta time tu..
sedih tak terkata..

pastu hari isnin..
balik dari 'taklimat kerani mengundi' pergi la ke 'parts shop proton'..kat glenmarie..
masa tu la baru tahu nama spare part tu 'cover towing'..wah..daku terer dah sekarang..hakhak
pekerja kat shop tu cakap..takkan mungkin benda tu jatuh sendiri..
melainkan orang umpil keluar..huhuhu..
sape la yang kurang ajaran sangat ambik tu ek..huh


ok balik kepad cerita..
maka..beli la kite cover tu yang baru...


maka jadi la gini..

huhuhuhuhu...menyedihkan..
obvious sangat..sebab spare part tu warna putih..
sedih betul2 ni..tak tipu...


punyala ligat memutar alam memikir kat mana nak gi spray balik..huhu
maka kemudiannya, insan teraniaya ini telah dipermudahkan urusan..
ada bf kawan satu sekolah buat bisnes ni..

tadaaaa~!!!!




daku gumbira~!!
sekarang dah ok..
selain spray yang tu..spray skali jugak yang kat calar-calar lain..
nanti kemudian la cerita...huhu..



-tamat-



* entry ni dibuat lebih kepada nak ingat tarikh kehilangan cower towing ku itu..huwaaaaaa~!!...

Khamis, Oktober 27, 2011

LAWA NYER DIA NI..

seminggu cuti ni asyik tengok citer sepanyol ni je keje..
dari dulu memang suka tengok citer spain ni..
pelakonnya lawa-lawa..
kalau yang lelaki tu pulak..omaiii..kacakkk..hehe

jak seminggu ni duk gila citer BELLA CALAMIDADES..
maksud bella calamidades ni ialah 'cantik tapi tak bernasib baik'..kakaka..
yang nak diceritanya di sini ialah..
eroin citer ni mak aiii...chumelll sunggoh..
ni orang yang jarang puji kaum sejenis telah mencemar duli ni.hakhak


ni ha pelakon tu...
mulusss je wajah dia..lawa!




namanya Danna Garcia..huh gigih betul kite mencari namanya..hakhak
citer ni tayang kat tv3 kul 3 petang..


tau pelakon kacak yang kita suker??
dah tentu la yang ni...



hahaha..asyik-asyik hero ni je kan..
hero ni bukan pelakon spain kot..


-tamat-

* telenovela spain pertama yang tahap melekat tengok ialah 'la usurpadora'..kat tv3 tahun 2001 dulu..kemudian  telenovela 'rosalinda'..

Selasa, Oktober 25, 2011

KENA JADI KERANI MENGUNDI LAGI...HURMMM~!!

ni cerita semalam..
tapi semalam malas nak menaip..huhu

alkisahnya..untuk election akan datang.
kena jadi kerani mengundi lagi..huwwwaaaaa..
ni dah masuk kali ketiga sejak duk kat skolah tu..huhu

ingat lagi, masa election yang lepas..
pernah sebut..election akan datang dah xnak jadi kerani ngundi dah..
sebab masa tu mesti banyak cikgu2 baru..mesti dah tak kena..
tengok2 naik juga nama..huhu..menyedihkan betul..
tapi best gak benarnya jadi kerani ngundi ni..
macam sambut orang datang beraya kat rumah masa buat open house..kahkahkah
ok ke perbandingan tu? hakhak..

macam biasa..sebelum election..
kerani mengundi kena gi taklimat..
maka semalam pergilah diriku ke taklimat tersebut..
amat membosankan..
yang bagi taklimat tu pun..cakap macam tak nak cakap..
sebenarnya sebab dia xhensem *winkkk...hakhak
kalau ensem..mesti mata cerah je dengar taklimat kan..haha..


tapi takpe..
sebab kalau kat mana2 taklimat..
yang bestnyer sebab makan tak henti-henti..hakhak
semalam sarapan, kudapan dan lunch hanya senggang masa satu jam aje setiap satu tu...
gila tul..ingat perut tank lori ke hape..hakhakhak..



ok balik smula cerita semalam..
maka semalam..dapatla daku file-file ni....




haaaa...nampak tu..tetiba jadi pekerja SPR..huhuhuhuhu..kesian sungguh..




KPDP tu maksudnya..kerani penyemak daftar pemilih..
kata pemberi taklimat tu..
semua kerani mengundi kena undi secara pos..
ye ye je kan..huuhuhu...


nak tahu tarikh mengundi??
jap jap nak call abang najib ngn makcik rosmah..hakhak
katanya belum dapat wahyuuuu..weee...
jadi kena tunguuuu!!


ok tamat cerita pergi taklimat kerani mengundi semalam..

-end-


* Eh awak..awak tak pernah mengundi lagi ek sejak dah umur matang gagah perkasa ni ek??ke register pun tak??hahaha kantoi la awak ni....hehe

Isnin, Oktober 03, 2011

YEAYYY NAIK GAJI!!

ye ke??
ini PM Najib cakap..
kat berita harian..


KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

nak lagi baca sini


waaaa...sukerr..
tapi berapa pendapatan rendah yang dia maksudkan tu ek??
kalau Najib 20k sebulan atau lebih..dah tentula kita nyer tu rendah..
yeayyy akan naik gaji la tu maksudnya ek?..hakhak

motif entry :
xde motif..
saje nak bagitau gov servant akan naik gaji..jika benar..
ramai juga la tu yang tengah aim macam2 benda nak beli..
tambah utang tambahla tanggungjawab..
takdela beza naik gaji ke tak ek??hurmmm..

sekian..


* tak ada beza pun naik ke tak naik gaji..kalau jiwa ini semakin rapuh..yang diri ini aje tahu kenapa..huhuhu

BERNIAGALA ELOK-ELOK..JANGAN TIRU PATERN ORANG

klik untuk lebih jelas..
ni print skrin kat fb link



ni kes tiru patern tudung..
model kat atas tu pakai tudung, tiru patern tudung butik fareeda..
Butik Fareeda telah mengeluarkan amaran saman ke atas As-Shamim Collection..
sebab tiru patern tudung mereka sebiji-sebijik..huhuh


ni tudung fareeda original..




cantik kan??harganya pun cantik jugak..
banyak lagi patern kat butiknya..
tudung fareeda ni boleh tahan mahal regenya..
pastu bila ada yang tiru patern...jual lebih murah..ramaila yang beli yang murah tu..
best kan??hehehehe....

tapi tidak adil kepada yang memang beli tudung original fareeda..
malah lebih tak adil kepada pemilik butik tu, yang susah payah paternkan..
mau dia tak nak saman..
samannn..jangan tak saman..hehehe
kita nak marah gak..
sebab kita member butik fareeda..hehehehe

ni hah member kad kita..hihi




ok..itu aje cerita pasal curi patern..
janganla buat keje gitu...berniagala dengan jujur..
biar berkat..

motif entry :
nak bagitau kita member Butik Fareeda..kahkahkah


sekian..




* orang melayu selalu sangat stail tiru-tiru gini..huhuhu
* mesti DIA tak suka baca motif entry ni..kan awak kan??..huhu..

Ahad, Oktober 02, 2011

APA NAMA LAGU CALLER RINGTONE AWAK??

ini cerita semalam..
telefon berbunyi..
dengan sepantas kilat la angkat..
sebab DIA yang call..hehe

pastu DIA tanya..
'awak pakai lagu apa untuk caller rington tu'
kita pun tanya dia balik..yang mana bunyi tadi??
sebab kita ada 3 lagu caller rington..kakakakaka
dia cakap.."ntah, saya tak sempat dengar sebab awak dah angkat"..hakhak

pastu kami pun berlakon call lagi skali la..haha
sebab  dia nak dengar caller rington..
pastu dia siap nyanyikan sebab nak pastikan lagu apa..hihik..comelnye suara dia..hehe

benarnya nampak sangat dia dah lama tak call..huhuh..
kita dah lama pakai caller ringtone tu..
sebab dapat free..
dah cukup bulan bila nak kena renew, kena caj nanti padam la balik..
macam lagu 'Alyah - kisah hati' telah selamat di remove..hakhak
sebab dah nak kena bayar..hahaha *kedekut

tadi bila kita check..
rupanya lagu yang dia cakap tu lagu stacy - kisah dongeng..




benarnya DIA salu excited bila saya tukar caller ringtone..
bukan semalam je..sebelum ni lagu dadali..sama jugak

ni saya bagi video stacy ni untuk awak tatap..
sebab awak excited lebih sikit semalam dengan lagu ni..huhuhuhuhuhuhu





* saya buat entry ni sebab saya dah tahu nape awak excited sangat dengan lagu tu..sporting tak saya?? huhuhu..memang nampak gtu..saya dah boleh terima segalanya..redha dengan apa yang hanya saya boleh dapat dari awak..apa daya ku..hanya diri ini tahu rasa sakit itu..huhuhuhu..

Jumaat, September 30, 2011

KISAH HATI AKU DAN DIA..

lirik lagu umpama sebuah puisi..
bait-bait 'Kisah Hati' ini cukup menyentuh hati..
diri ini tahu suatu masa, DIA akan baca entry ini..
dan tahu DIA akan tahu bahawa, bait ini ditujukan untuknya..
bait-bait ini ialah..'Kisah Hati' kami..
sukar..perit..pedih..terpaksa di telan..huhuhuhu...





Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...




* umpama memeluk kaktus...semakin erat dipeluk semakin sakit..

Selasa, September 27, 2011

MACAM KALAH JUDI JERRR...

ni cerita kita petang tadi..
kita round-round pusing bawak krete..
skali tengok, simbol minyak mengada-ngada duk menyala..
nak suruh isi la tu..
maka dengan penuh keyakinan la (sambil kepala tengah 'dreaming')
masukla kita ke stesen minyak kesukaan iaitu petronas..


pada awalnya dah rasa sedikit aneh..
nape pam tu takde orang (mikir juga walaupun kpala duk pikir benda lain time tu)..huhuhu
tapi takdela pikir yang lebih aneh..
cuma anggap orang tak ramai..maka xde masuk ke pam tu..



maka berlakula cucukan kad kredit pada badan pam tu dengan rileknya..
lepas approve...terus isiiii....
kemudian baru nampak!!!!!!!! itu pam ron 97 punyer!!huwaaaa!!!!!......
beza 90 sen seliter woooo!!!! dengan ron 95....huhuhuhuh



tapi apakan daya..
nasi sudah menjadi bubur...
umpama kalah judi..
punyala laju pulak tu meter tu bergerak..
rasa nak lempang je mat bangla dekat pam tu...
nape tak bagitau kiter..hakhak *tetiba tak pasal2..



pengisian terpaksa dihentikan segera (pada masa tu setakat 85 hengget sajoo...)
dan jangan tak tau tak penuh tank punnnnnnnnn...huhuhuhuhuhuhu
kiter memang salu isi full tank...
selama ni full tank kete tu 70 hengget jer...
cinabeng tul stesen minyak ni...
melakukan penipuan secara senyap...(sape suruh kau dreaming tadi?..hakhak)



ok itula cerita kalah judi kita arini...huhuhuhuhuhu



moral of the story :
kalau tengok pam stesen minyak kosong  tu...sila berburuk sangka..haha





*ingat pakai 97 buleh terbang ke kreta tu..sama cam gitu jugak..hakhakhak
* ron 97 seliter RM2.80, ron 95 seliter RM1.90....beza giler!!huh....mau tak rasa nak lempang mat bangla tu...hakhak...

Selasa, September 20, 2011

ADA KETIKANYA....KERANA DIA.....

Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuat kita dalam keadaan teruji..
membuatkan kita terkeliru..
membuatkan kita rasa dipermainkan..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita terluka..
membuatkan kita rasa tidak dihargai..
membuatkan kita rasa tidak bernilai..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita rasa terkilan..
membuat rasa sabar kian menipis.
mengguris rasa sehingga menitis air mata..


Namun kita tetap menyayanginya..
kerana dialah yang sentiasa di hati..
kerana dialah yang sentiasa disanubari..
kerana dialah yang dikasihi sepenuh jiwa..
kerana dialah dambaan..
kerana dialah yang jiwa perlukan..
kerna dia..
insan terhormat dalam hati dan jiwa..





orang yang paling mudah membuatkan kita jauh hati ialah orang yang paling kita sayang...


-end-




*rasa hormat ini sangat menebal..tak mungkin dapat dikongsi atau diberikan kepada yang lain..

Ahad, September 18, 2011

KALAU MAHU KATAKAN MAHU..

Dalam hidup..
pastinya tak lari dari situasi kita akan berasa 'risau'
risau pun ada banyak maksud..
adakala kita risaukan keluarga kita..
adakala kita risaukan pasangan kita..
adakala kita risaukan pelajaran kita..


tetapi yang nak diperkatakan di sini ialah risau 'cinta tidak berbalas'..
rasanya perkara ini selalau terjadi kepada lelaki..
perasaan risau, takut dan kurang yakin..
risau kalau-kalau dah luahkan perasaan, wanita tersebut rijek..
risau wanita tersebut hanya anggapnya sebagai teman..
risau wanita tersebut memandangnya sebelah mata walaupun dia ada 2 mata..hehe..


tapi rasanya..
sebagai lelaki sejati..
buang lah rasa risau, takut dan kurang keyakinan itu..
wanita akan lebih menghargai lelaki yang nampak bersungguh-sungguh..
yang berani meluah rasa..
yang berhemah bertutur semasa melamar..ahakss


apa yang setiap perempuan mahukan sebenarnya??
tidak perlu menjadi mat romeo yang hantar bunga satu kontena..
wanita hanya damba
disayangi seikhlasnya..
dikasihi sejujurnya..
dihargai..
buat dirinya rasa bernilai..

jika semua ini tidak diperoleh..
maka..memang patut untuk lelaki rasa takut untuk mendekati wanita tersebut..


-end-


*tidak hanya wanita..lelaki juga perlu dihargai agar dirinya berasa sangat bernilai kewujudannya pada diri kita..apa yang penting perasaan hormat kita padanya sebagai seorang lelaki yang akan meneraju segalanya walaupun dalam susah dan senang...

Sabtu, September 17, 2011

SELALU BURUK SANGKA..APA PERLU KITA BUAT??

sebagai manusia biasa rasanya kita tak lari dari sikap selalu buruk sangka..
walaupun tentang sesuatu yang remeh..
selalu sangat nak bersangka tak baik pada orang..


contoh 1
kita hantar mesej kepada kawan di fb..
kita tengok kawan kita ada mesej kat wall kawan kita yang lain pada masa tu..
tapi dia takde reply pun mesej kita tadi..
tunggu punya tunggu tak jugak reply..
tak semena kita buruk sangka yang dia memang sengaja tak nak balas mesej kita..
kita dah jauh hati dengan dia..

apa yang kita sepatutnya kita kena buat??
kita perlu berfikir positif..
kena fikir mungkin masa tu, dia nak cepat..
dia ada urusan..
dia perlu offline segera..


contoh 2
kita mesej pasangan kita kat handfon..
punyala panjang mesej kita hantar...
macam-macam soalan kita tulis kat dia..
tup-tup bila dia reply..satu je dia jawab apa yang kita tanya..
sedangkan soalan lain yang dah kita hantar tu rasanya sangatla penting bagi kita untuk dia jawab..
tak semena kita dah buruk sangka kat pasangan kita..
kita dah fikir dia tak ambik berat pasal diri kita..

apa yang sepatutnya kita kena buat??
kita perlu positif..
fikir mungkin masa tu dia tengah sibuk..
banyak kerja kat ofis..
terlepas pandang pada soalan-soalan kita kat fon tadi..


semua di atas adalah contoh paling remeh..
tapi banyak perkara yang mudah kita jadi buruk sangka..
samada perkara remeh atau perkara serius..




apa-apa jua yang kita lakukan seharian..
kita memang perlu sentiasa positif..
cuba bertenang dalam segala permasalahan yang timbul..

-end-


*tapi kalau asyik kita je positif, tapi orang takde nak hargai kita camna ek??huhuhuhu..
redha je la..masing-masing punya alasan tersendiri dalam setiap yang berlaku..

Rabu, Ogos 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5






-end-



* menantikan bln itu..kehilangan selamanyakah?..
* harapan..masa depan..

Ahad, Ogos 14, 2011

SOALAN PANAS DITANYA KEPADA QASEHRAIHAN..

kenapa sejak 2 menjak ni masa 24 jam rasa tak cukup??
rasa banyak je benda nak kena buat..
tapi tak terbuat..
ke sebab banyak tidur..ye gak kot ek..hakhak


bila kepala banyak berfikir..
memang badan rasa nak baring je manjang..
bila dah baring mula penyakit ' mim alif lam sin' datang..
betul ke tu eja tu..nanti xpasal ostad jiji sound..hakhak
agaknya sebab tu la keje tak menjadi ye dak..huh
blog pun jejarang skali je update..
sebab penyakit tadi a..huhu

bila lama tak update blog..
beberapa persoalan di kalangan kawan-kawan muncul..


1) nape lama menyepi??
jawapan : sebab penyakit di atas + otak tepu


2) nape lately entry sedih je??
jawapan : sajo jah..skali skalo nok jiwo takpo la deh..hehe
tapi tak bermaksud pape pun tu..


3) camna urusan mengejar penghutang dah selesai ke??
jawapan : tak selesai, masih RM1400, penghutang menghilangkan diri..huh
rilek..bulan puasa ni..pah raya nanti mesti dia dapat banyak duit raya..
kita kejar a balik..utang tetap utang..hakhak



ada lagi kot persoalan lain..
tapi itu persoalan utama la..
tapi walaupun takda entry, saya tetap masuk baca blog kawan2..
antara komen dengan tak je..jangan marah ye geng..


ok..stakat ni dulu coretan petang ni..
caw ci caw..


-end-



* tak sabar nak balik kampung!!

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan