FOLLOWERS

Isnin, Februari 28, 2011

LENSA YANG ROSAK KE KEPALA LENSA YANG ROSAK~??

lewat petang semalam..pasti ramai yang terbaca satu isu baru keluar..kahkah
kelakar kan...banyak betul reaksi..pro dan kontra
perlu ke den pun buat entry ni juga~?? ntahla..
daripada duk send komen kat setiap entry berkaitan ni..
baik jadikan satu entry sendiri.. hua hua..

entry den ni hanya pendapat peribadi..
bukan bermaksud menafikan entry-entry orang lain yer..

----------------------------------------------

bila den baca entry lensa rosak (LR) tu..
dari segi isi penulisan tidak ada yang tempang di mana-mana pun..

dalam entry tersebut si LR menyatakan

BLOG BUKAN INDUSTRI
MODEFIKASI MENJADIKANNYA SEOLAH INDUSTRI
TIDAK SAMA DENGAN IMPROVASI
KERANA IMPROVASI TIDAK MENGUBAH JUSTIFIKASI BLOG

JUSTIFIKASI BLOG NORMAL >> mencatat tentang kehidupan dan menulis pandangan
JUSTIFIKASI BLOG TIDAK NORMAL >> mengejar wang dan populariti


dan apabila LR bercakap tentang JUSTIFIKASI TIDAK NORMAL..
LR telah membuat perbandingan dengan 'pelacur blogger'

ciri pelacur blogger yang diberi..

1) menjadikan blog sebagai tempat perniagaan secara membabi buta
dengan berebut dan menindas para blogger yang lain.

2) menulis penulisan entri di dalam blog tanpa melalui 3 perkara penting dalam penulisan iaitu pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian (3P).

3) menghasilkan video blog atau Vlog (sebut Ve-log) yang memalukan diri sendiri.

4) memberikan komen yang tidak masuk akal atau memberi komen pandangan yang offensif dan tanpa kena-mengena di sebabkan tidak memahami isi, situasi dan tujuan penulisan (tak baca overall).

5) menjadikan dunia blog sebagai dunia mengejar trafik, hits, wang iklan dan rating populariti 'semata-mata' (fahamkan maksud semata-mata).

-------------------------------------------

pada saya si LR ini membuat analisis
dan beliau telah membuat perbandingan ciri2 'BLOGGER TIDAK NORMAL' atau
 'blogger yang tak diperlukan' atau 'blogger tah hape-hape' sebagai 'PELACUR BLOGGER'

DAN

ianya terus menjadi hangat dan ternafi semua point yang lain apabila
LR guna nama orang pada point ke-3...
kawan/sahabat kepada ramai blogger di sini...

-----------------------------------
ULASAN DEN

1) isi penulisannya sangat bagus.. tiada cacatnya..
pada den LR bukan bermaksud si gadis blogger tersebut sebagai 'pelacur'....
beliau menganalisis tetapi membuat perbandingan atau MAJJAZ (dalam bahasa arab) dengan perkataan pelacur (memang agak kasar..tapi yang kasar itu yang akan orang amik tahu)..


sama juga bila orang cakap..


'wei suka hati ko mentelanjang dan membogelkan bahasa ye'


bunyi kasar...tapi benar..
dari sudut halusnya ia bermaksud..kita memasukkan unsur bahasa yang tidak elok..termasuk mencampur adukkan bahasa malaysia dengan bahasa inggeris dalam perbualan..
dan menjadikan ianya suatu perkara yang biasa..
sedangkan dari sudut seni dan budaya ianya sangat 'telanjang'..
(dato' seri rais yatim juga sangat menentang hal mentelanjangkan bahasa ini)


2) penggunaan gambar...yang ini sangat tidak patut..
mungkin dengan gambar inilah yang buatkan ramai berfikir si LR samakan yuyu sebegitu..
kepada encek lensa..yuyu zulaikha seorang gadis bertudung~!
 (walau apa jua jenis tudungnya..dia still menutup aurat dia)
penggunaan perkataan anda tak ada salahnya..
tetapi perbandingan dari sudut gambar tersangat-sangat salah (kesilapan besar di situ..haha)

-------------------------------------------------------

tapi apa jua ulasan den sekalipun..
ia bergantungla pada niat sebenar encek LR ini..apa niat anda sebenarnya..
adakah anda secara tidak sengaja menggunakan nama gadis tersebut atau anda memang sengaja dengan motif inginkannya menjadi hot..hanya anda yang tahu..


tetapi ingat..jika anda orang Islam, satu hadis ada menyebut..


'JANGANLAH SESUATU KAUM MENGHINA KAUM YANG LAIN,
KERANA MUNGKIN YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI YANG MENGHINA...
DAN JANGANLAH PULA SESEORANG WANITA MENGHINA WANITA YANG LAIN..
KERANA MUNGKIN WANITA YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK DARI WANITA YANG MENGHINA....'


-end-

*entri paling panjang setakat ini..rela ku korbankan trafik masuk hanya untuk ulasan-ulasan ini kerana orang memang tak gemar baca entri panjang2 gini..kahkah..ada haku kesah~??ahakksss...

Ahad, Februari 27, 2011

BERCINTA DENGAN BLOGGER TERKENAL...

ada ke terjadi keadaan seperti ini~??
BLOGGER JATUH CINTA SESAMA BLOGGER~??


rasanya xmustahil wujud..kerana
kita ini blogger tetapi kita ini pada masa yang sama manusia biasa..
jadi sebagai manusia biasa memang normal lah jika kita jatuh cinta..


tetapi..
menjadi tidak normal jika ada antara antara anda..jatuh cinta
sedangkan anda telah pun mempunyai pasangan..
samada kekasih atau hubungan perkahwinan..


jadi awas!! anda..anda..dan anda..
usah ikut bisikan syaitan..
yang sentiasa inginkan manusia melakukan suatu yang di luar norma
sentiasalah muhasabah diri..
dan berfikir apa tujuan sebenar kita di alam maya ini..
kerana...
SETIAP PERBUATAN BERMULA DENGAN NIAT~!

-end-


*1st time selama blogging ni, sehari xde langsung entry baru..semalam mmg sangat bz..adakah petanda blog ini akan bersawang selepas ini~??haha 
*tujuan den berblogging nak lepaskan stress sajoo..kihkihkih

Jumaat, Februari 25, 2011

EH~!..NAK IKUT KE SPA~??..JOM...

hari yang sangat sibuk..
esok AGM PIBG sekolah..
selepas esok..bermulalah tugas den sebagai SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG 2011..
tugas yang semua orang tak mahu...balik mesyuarat lewat malam..huhuhuhu
ntah datuk manakah yang akan jadi Yang Dipertua?? datin manakah yang jadi AJK??
harap mereka tidak 'kerek' dan bersifat membangunkan sekolah..


tapi..sebelum kepala den semakin pening bermula esok..
den kena pergi menenangkan jiwa dulu..
appoiment petang nanti....




gambar ini menceritakan segalanya....
wah..tak sabar~!!!

-end-


 *harap blog ni tak bersawang la pasni..hoho


Khamis, Februari 24, 2011

KECEWA..SAKIT HATI..PERNAHKAH~??

dalam pergaulan sehari-hari ada kalanya terjadi hal yang menyentuh hati..
dalam pergaulan tidak mustahil kita akan bertemu orang-orang yang bersikap negatif..


misalnya..
 senang menghina..
 ikut campur urusan peribadi..
memotong perbicaraan..
merosak kebahagiaan..
menghancurkan impian..
senang mentertawakan..
 merendah-rendahkankan..dan sebagainya.


 sikap negatif tersebut dapat menimbulkan SAKIT HATI &KECEWA yang luar biasa.
tidak semua orang di antara kita berjiwa besar untuk melepaskan sakit hati...
meskipun demikian..
usahakan untuk melepaskan sakit itu secepat mungkin sebelum meracuni jiwa...







bila kita berbesar hati melepaskan sakit hati atau kecewa..
maka kita akan lebih mudah memetik manfaat darinya..
meskipun usaha itu tidak mudah..
selama anda berkemahuan maka tidak akan ada yang sulit.
secara tidak langsung mereka sudah menyebabkan kebaikan-kebaikan di dalam hati nurani anda semakin indah terpancar dalam sikap mahupun perbuatan anda...sungguh wow~!!hehe



-end-


*lepaskanlah sakit hati agar langkah anda semakin ringan untuk mengejar impian yang lebih besar dan bererti dalam hidup anda.

Rabu, Februari 23, 2011

KAU..AKU BERBEZA DALAM SOAL CINTA~!

cinta lelaki
selalunya manis..
kerana lelaki yang bercinta seringkali memberi ucapan dan kata2 manis..
malahan menabur janji2 manis..haha
cinta wanita
selalunya pahit...
kerana wanita yg bercinta kadang kala rela menerima janji2 manis lelaki yg belum tentu ada kebenarannya...wanita yg bercinta kadang kala sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya..bukankah itu pahit~??huhu


cinta lelaki
mudah diagih2kan...
buktinya..lihat sahaja lelaki mampu untuk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dalam satu2 masa...poligami..hurmmm
cinta wanita
selalunya setia...tulus dan romantis..
kerana wanita yg bercinta selalunya sangat kudus.  



cinta lelaki
kebiasaannya sukar dipamerkan...cinta nya ada dalam hati..
untuk dirasai bukan untuk ditontoni oleh semua orang...
kerana cinta itu terlalu istimewa bagi seorang lelaki..
cinta wanita
kadangkala terlalu jelas pada pandangan matanya..
tingkah lakunya dan juga tutur katanya...tulus gitu..kihkih

 


cinta lelaki dan cinta wanita
walau ada bezanya ia tetap cinta..cinta yang datang dari hati..
cinta yg dirasai dengan sanubari..cinta yang hadir dalam diri. .

-end-


*tetiba cinta ku membuak2 pada bondaku....lapar~!! rasa nak makan nasi dagang mummy~!!..huhu



Selasa, Februari 22, 2011

AKU MURID DULU..KAU MURID SEKARANG~!

murid dulu hari guru bagi hadiah sebab ikhlas..
murid sekarang bagi hadiah sebab lumba2..

murid dulu jumpa cikgu dari jauh dah tegur dan salam..
murid sekarang serempak dengan cikgu buat tak tahu..





murid dulu bawa duit 50 sen dah macam anak orang kaya..
murid sekarang bawa 5 hengget pun cakap tak cukup lagi..

murid dulu pergi skolah lambat..punyala takut kat cikgu mcm nak terkencing dalam sluar..
murid sekarang datang lambat selamba masuk bagitau cikgu semalam tengok bola..


hohoho...


-end-

ORANG BOGEL DALAM KERETA...

jalan kecik..jalan taman..takkanla jem weii..


punyala banyak kereta atas jalan walaupun dah masuk jalan kecik..
rupanya kereta depan yang dipandu dengan ke'slow'an yang maha sloww..
bila di selidik..huh..patut laaaa..





hiasan semata-mata nih..



kot ye pun nak bercinta...
janganla bercinta dalam kereta deiii..
letih ngikut kome bawa kete macam kura2..
nyusahkan umat toii laa...hoho


-end-



* bercintan-cinta dalam kereta..hadooo...best kott..tu yang ramai buat..
* KESIMPULANNYA..takde orang bogel pun..saja wat tajuk gtu..stressnye pasal..ahakss

Isnin, Februari 21, 2011

ORANG JAWA PALING PUTIH MELEPAK & PALING 'GILA' PERNAH KU KENAL~!

baru-baru ni si ujang9897 dah promote dia ni..
so..den(ikut  bahasa naz) pun pergila bertenggekla kat rumah dia ni dengan penuh    kesopanan dan kesusilaan..
seharian ku duk belek entri2 dia..xpernah lagi duk lama gitu kat rumah orang..hoho


memang lucu tahap gaban..
gelak manjang baca cerita2 dia..lantas ku berikir..ada jugak minah comel cam gini..ahakss
rasanya gaban pun takut dengan dia..


kalau  si ujang9897 tu belum ada calon..
memang sesuai sangatla kome berdua..mmg link..
kepala toing toing..haha (jangan marah tapi memang betul pun, matching~!)



My Photo
comeii kan?? bekas awekss mark zuckerberg ni...hahaha
(den curi gambo kat profile..mintak sori ye GOKU)



jangan buang masa..
silalah pergi bertenggek rumah dia ni sepantas kilat~!!

-end-


* siput ni mula wat perangai siput..dah dasar siput..sedut baru tau..~!

Ahad, Februari 20, 2011

MENGAPA HARUS BEGITU~!!

kamu wanita..punya hati dan perasaan
punya kelembutan dan kasih sayang..
mengapa di saat pasanganmu perlukanmu..kamu perlu menunjukkan sikap yang asing..
sunggu 'cengeng' sikap kau itu wahai wanita~!


perlukah disebut satu persatu..apa yang perlu kau lakukan~??
kau pendaming dirinya..kau penyejuk jiwanya..kau segalanya baginya..
kau harus bersyukur itu...bersyukurlah dengan kasih dan sayangnya~!!
tetapi mengapa kau wahai wanita~!!
harus bersikap sedemikian...terlalu mementingkan diri sendiri..





bila dia berduka...kau harus menjadi 'suka' baginya..bukan lara~!
bila dia kecewa..kau harus menjadi gembira baginya..bukan derita~!
bila dia jatuh..kau harus jadi orang yang membangunkannya..bukan membenamkannya~!


apa lagi harus diperkata..
kembalilah kepada pencipta..
yang menjadikanmu untuknya..
berikan kekuatan dan kasih sayangmu padanya..
agar dia kembali mendapat rentak hidup dan kegemilangan raga..
semoga kamu semua wanita mendapat kerahmatan dari-NYA..


-end-

* girlfriend sape yang teruk sangat ni~??..ada ke..haha..
* naz, kalau asmirandah mcm ni..buang je dia ye~!ramai yg tgh 'Q'  tu..ahakss..


Sabtu, Februari 19, 2011

DAPAT WAHYU~!!

boleh ke buat tajuk gitu??
boleh je kot...wahyu = ilham...yang tetiba datang kan~?..hehe


tersebutlah kisah hari khamis lepas pergi pasar malam..
beli ubi kayu!! kihkihkih..macam buang tabiat je..
tak tahula kenapa rasa nak makan ubi kayu rebus..haha
jadi, dah selamat di rebusla..




tapi ada lebih lagi sikit..
risau nanti rosak je kan..
pastu..toing!! dapat wahyu..
maka jadi la ni..buat minum petang..



pengat ubi kayu..



BAHAN-BAHAN
(versi saya la ni yerr)

  • ubi kayu..potong kecik2.. 
  • Gula-ikut manis
  • 1 paket serbuk santan/santan pekat
  • sedikit garam & air secukupnya
  • 2 helai daun pandan-basuh

campur semua sekali..santan last..
gula tu boleh diubah kepada gula melaka..jadi warna coklat

selamat mencuba

-end-

 

Jumaat, Februari 18, 2011

DILEMA BOYFRIEND LEBIH MUDA~!!

jika ada yang bertanya anda..
adakah anda bersetuju ber'couple' atau berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari anda~??
dalam konteks LELAKI LEBIH MUDA DARI PEREMPUAN~??
dan beza umur melebihi 5 tahun...kalau stakat setahun 2 takde hal sangat (bagi sayala)..


apa jawapan anda~???





kalau ditanya pendapat saya :



"TAK DAPAT TERIMA"


sebab :

1) untuk jangkamasa panjang..nanti umur kita dah tua,
dia masih gila-gila remaja..mula nak kawen lain..kan susah~!hoho


2) kalau lebih 5 tahun mudanya, pastinya 'parents' kita tak dapat terima..
muda sangat tu~!! siapa nak jaga siapa ni~??haha


3) hidup kita dah stabil, dia baru nak mula hidup..lagi la tak logik~!!haha..



apa jawapan anda pula~??

-end-

* tapi kalau cantik macam heliza xpela couple dengan yang lebih muda pun..haha
* apa jua jawapan kita..yang penting keikhlasan dalam diri masing-masing..


Khamis, Februari 17, 2011

SINGLE BUT NOT AVAILABLE~!!

baru balik dari kerja..keje makin menimbun
sapa cakap jadi cikgu senang..mari sini nak piat telinga dia..hehe
tak cukup dengan yang ada, satu lagi post bakal disandang 26 februari ni..
membuatkan jiwa ini rasa~!!...........hahahaha...ketawa dalam geram..
balik-balik orang yang sama..macamlah takde orang lain kat sekolah tu~!!..hadoo..


tapi takpa..motivator saya cakap, kat mana-mana pun ada stress..
buat kerja kena enjoy...baru datang keseronokan bekerja..
tak boleh BERKERUT MUKA..NANTI CEPAT TUA..~!!!..ahakss



klik sini untuk berkenalan dengan my motivator...
tapi AWASS~!! jangan ngorat dia dah la..bak kata ujang9897 ,
beliau ini SINGLE BUT NOT AVAIlABLE..hikhik



kalau stress kena tengok gambar anak sedara ai yang kat jepun ni...
tenang je bila tengok~!!
yerr~!!..dusta semuanya..mataku tak sipit..ni tak tahu anak sapa ntah ni..kahkahkah



-end-

* dalam takda idea..siap juga satu entry merapu ni..hoho








SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 'STPM' | 2010 | ONLINE

Keputusan penuh Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) akan diumumkan pada
21 Februari 2011

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam
12 tengah hari.

Bagi calon persendirian, mereka boleh menyemak keputusan melalui S-M-S dengan menaip STPM DAN HANTARKAN KE 15888



Serta secara talian dengan melayari laman web majlis peperiksaan malaysia di http://www.mpm.edu.my/

Lebih 53 ribu calon telah menduduki STPM tahun lalu.
Saya doakan kejayaan cemerlang kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan ini.
Anda telah pun berusaha..lihatlah hasilnya nanti~!


-end-

* naz sedang cuba mengalahkan pendekar berkuda dalam permainan SEO..lepas ni mesti mamat ni jeles amat..lalalalala~!!

Rabu, Februari 16, 2011

TAMAK KE TERLALU CEREWET~??

apa maksud tamak..
tamak bermaksud ingin memiliki sesuatu tanpa batasan..
konteks tamak sangat luas..


dalam sesebuah perhubungan sesama manusia..turut wujud sifat ini..
yang mana ianya bermaksud anda adalah playboy bagi lelaki,
 manakala playgirl bagi perempuan..


gambar sekadar hiasan


anda dah punya kekasih hati...
tetapi anda tetap inginkan yang lain kerna sifat tamak dan tidak puas dengan apa yang ada...
mengapa?? banyak alasan boleh dicipta untuk menafikan sikap negatif tersebut..
tetapi pernah ke anda terpikir perasaan pasangan anda..


mereka mungkin sepenuhnya mencintai anda..
mereka mungkin setulusnya menyanyangi anda..
mereka mungkin seadanya menerima anda..
sedangkan ada sebenarnya tidak..anda hanya mempermainkannya..


wahai lelaki..wahai wanita..
terimalah pasangan anda seadanya..
usah sakiti dan khianati perasaanya..
khabarkan secara halus dan tulus jika anda memang tidak dapat menerimanya..
jangan biarkannya 'menaruh harapan'
sedangkan anda hanya memberikan harapan yang palsu padanya..
kerna CINTA bisa membunuh..dengan apa jua cara..
semoga kita semua sentiasa dalam kebahagiaan..


-end-

* entry ni sesuai untuk ujang9897, naz, pendeka berkuda, iqbalhakimi..kahkahkah...sebab duk berebut heliza dengan lisa surihani..kesian awekss kamu-kamu tau~!! miyahahahaha~!!  *kidding*..peace no war (^_^)
* penama di atas memang memeriahkan suasana dunia blogger dengan gila2 mereka itu..

Selasa, Februari 15, 2011

JAGALAH 'DARA' DAN KEGADISANMU...


jagalah ke'gadis'anmu wahai gadis-gadis..
anda di gelar gadis kerana ianya bermaksud anda masih perawan..
apa itu perawan….rujukla mana-mana kamus dewan…


sang lelaki…sang jejaka
mereka hanya menguji..kononnya ujian kesetiaan hati..
adakah dengan semua hal tersebut..anda harus menyerahkan kegadisanmu wahai gadis??


mereka menguji…
jika anda menolak ajakan...mereka sebenarya memuji anda…
jika anda menerima mereka mengeji..
pilihla mana jua jawapan anda…
anda akan lebih dihormati dengan menjaga kehormatan diri..
oleh jejakamu sendiri..



mereka bukanlah pasanganmu yang sesuai jika hanya inginkan keseronokan tersebut..
fikirlah wahai gadis..
mereka punya adik..mereka punya kakak..mereka faham
tetapi jika anda menggelupur di depan mata..
maka ‘tiada kucing yang akan menolak ikan di depan mata’



gambar dah comel..tapi xberkenan part 'terkangkang' tu..haha
layan je lerr..ini je paling sopan..sebab kalau taip 'gadis' kt google..
mak aihhh..takutnya tengok gambar incik google oii..hoho



masa depan anda..anda yang tentukan..
biar dikata jual mahal..biar dicanang tidak sporting..
kerana ke’martabatan’ anda sangat tinggi hebatnya…
jauhi bisikan jahat yang mendorong anda melakukan ‘kelaknatan’ tersebut…



PESANAN UNTUKMU ADIK-ADIK ‘GADIS’ KU…

-end-

* perkembangan yang merisaukan..jangan sampai ‘seks luar nikah’ di tahap dicanang tanpa silu oleh murid-murid sekolah…harap kita semua menjadi teladan yang baik kepada mereka..


SELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN S.A.W

Salam Maulidul Rasul


Maulidul Rasul (maulud nabi)  =  tarikh lahir nabi kita..


Siapakah nabi kita???
Nabi Muhammad S.A.W
(nabi yang ke-25, nabi terakhir utusan Allah kepada manusia)



Bilakah tarikh lahir Nabi Muhammad S.A.W???
hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
(20 April 571 masihi), lebih kurang 1500 tahun yang lalu..


semoga kita menjadi lebih insaf..
muhasabah diri..menjadi insan yang lebih mulia..
berpeganglah kita kepada sunnah dan ajaran junjungan besar kita..


TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH
TIADA IDOLA SELAIN NABI
TIADA KATA SEINDAH AL-QURAN
TIADA JALAN SELURUS SUNNAH
TIADA PERJUANGAN SELAIN ISLAM....

-end-

* jangan ada yang tahu birthday artis tetapi tidak ambil tahu apa itu maulidul rasul..

Isnin, Februari 14, 2011

NIKMAT 'RATAH' MILO..

apa maksud ratah..
ratah tu sinonim dengan makan
tidak dicampur dengan benda lain atau (makan tanpa nasi, kalau perihal hidangan nasi)



ni kisah dulu masa kecik2..
saya adik beradik sangat suka meratah milo..
satu nikmat yang tak terhingga..haha
siap curi-curi ambik kat dapur sebab takut mak marah..hahaha


dulu kalau bercerita dengan kawan-kawan kat sekolah..
mereka pun sama..suka ratah milo..
pastu bila 'flash back' dengan kawan-kawan kat 'U' cerita masa kecik..
rupanya sama jugak..
jadi xmustahil kalau hari ini ramai yang setuju dengan tabiat ni..haha




tabiat tu masih ada sekarang..
tapi sekarang tak sorok-sorok dah nak ambik..
sekarang siap letak dalam cawan makan macam makan aiskrim..
depan tv..hohoho..sungguh tidak sopan..
pastu kalau buat milo ais, siap letak layer serbuk milo kat atas..yummy yummy..hahaha


ok itu je..cerita zaman kanak-kanak
rasanya sekalin anda pun sama kan??ahakss..


-end-

*zaman kanak2 best je..bergembira tanpa ada sebarang duka lara kan.?.hohoho~!

Ahad, Februari 13, 2011

JAGALAH BAHASA TU~!!

semalam bila saya post entry pasal gemuk tu..
ramai yang bertanya..saya ni gemuk ke???hahahaha..
kalau nak tahu saya ni gemuk ke tak tengok sini dan gambar terbaru saya ada di sini
tengokla sendiri gemuk ke idak..hahahaha



sekarang berbalik pada tajuk..
bahasa melambangkan bangsa..
ni cikgu bahasa nak menegur..
sebabnya agak kecewa dengan sesetengah daripada kita..
(biasanya yang muda2 remajala ni)
menggunakan bahasa yang agak 'tidak sesuai'..

entry anda-anda mungkin akan dibaca oleh beribu orang di luar sana..
maka dengan itu..haruslah sekalian anda berbahasa dengan lebih sopan..
banyak perkataan yang kurang sopan di dalam entry2 telah digunakan..
termasuk 'kependekan bahasa' yang agak pelik dan semakin pelik..



contohnya:
sumpah..siot..sengal..babi..celaka
aq (aku)....itew(itu)....dye(dia)



wow..sangat dasyat!!
mengapa perlu wujudnya perkataan sebegini??
sebenarnya saya nak tulis tu pun agak segan..huhu



memang akan ada yang menjawab..
itu trend muda mudi kini..
boleh ke di terima jawapan tersebut??
ini bukan trend...
ini sudah menjadi kebiasaan kepada diri anda..
ianya sudah melekat di jiwa anda..





teringat dulu mak saya pernah cakap..
setiap perbuatan mahupun percakapan..
cukup 3 kali anda menyebut atau menggunakannya..
maka..semua itu akan melekat di dada sekalian anda..


mahukah kita melihat bangsa kita berterusan hidup dalam bahasa sedmikian??
tentu sekali tidak kan??..kesian anak2 kita nanti..


jika kita tahu perkataan itu agak kasar..kependekan bahasa itu agak pelik
tidak perlulah kita gunakannya..
sebab pasti ianya akan menjadi ikutan kepada yang lain..
kesian kan..akan berterusan bahasa tersebut bermaharajalela dalam hidup anak bangsa kita..
identiti sebenar bahasa malaysia dan bangsa melayu hilang!!




ingat satu sahaja..
MUSNAH BAHASA..PUNAHLAH BANGSA



lecterur saya pernah menyebut..
bahasa mempunyai sistem ekologinya yang tersendiri..
jika sistem ekologi tersebut di ganggu gugat..
maka tunggu sahajala kemusnahannya..


-end-



*sekadar berkongsi..BENDA YANG BAIK KITA IKUT..YANG TAK BAIK JAUHKAN..ok? (^_^)
*tentu sekali kita mahukan bangsa kita akan datang cemerlang dalam bahasa kita sendiri kan??...jangan sampai bahasa kita dikuasai oleh bangsa lain..








Sabtu, Februari 12, 2011

AKU GEMUK!!! TIDAK!!

mana ada perempuan yang tak kesah menjadi gemuk bawa mai sini..hehe


bagi sesetengah orang..
sanggup menghabiskan beribu-ribu pergi ke pusat2 pelangsingan
semata-mata untuk kurus..hohoho..



pic google punyo nih..
sila pilih JLO versi kurus ke versi gemuk..hihik



banyak punca kegemukan antaranya:

 1) pemakanan, suka makan fast food
2) tidak bersenam sedangkan kadar metabolisme badannya menyebabkannya mudah gemuk
3) perempuan mengandung dan bersalin



LELAKI PUN SAMA..

ada juga lelaki yang takut gemuk..
juga sebab faktor-faktor di atas
dan atas faktor-faktor BINI atau AWEKSS marah kalau gemuk..haha




tak kisahla apa jua..
yang penting kita semua sihat dan terhindar dari sebarang penyakit
kurus sangat pun tak cantik, gemuk sangat pun xlawa..
amalkan kesederhanaan dalam segalanya..
ikut sunnah RasulAllah..'berhenti makan sebelum kenyang'
maka badan kita akan menjadi sungguh wow!! hehe


-end-

* bayangkan lelaki boroi selepas kawen..kihkihkih..
* kalau dah sayang tak kisah pun..TERIMALAH PASANGAN KITA SEADANYA DIA..huhu




Jumaat, Februari 11, 2011

KEHENDAK MELEBIHI KEMAMPUAN

apa itu kehendak??
kehendak sinonim dengan keinginan atau kemahuan..
benda yang kita nak..


apa itu kemampuan??
kemampuan ialah kadar untuk kita dapatkan sesuatu..
samada boleh dicapai atau tidak..


dalam dunia ni banyak kes macam ni...
kehendak melebihi kemampuan..


contohnya :

ada isteri yang mintak suaminya belikan rumah banglo..
sedangkan si laki hanya kerje makan gaji..hohoho


ada si awekss mintak pakwenya belikan handfon mahal2..
sedangkan pakwenya baru start kerja seminggu..huhuhu
 


dan contoh paling ketara???




 
sudah tentulah...

kehendak si ujang9897 dengan si datuk naz
termasukla si pendekar berkuda tu pun ..






berebut nakkan si heliza helmi
yang bermata boolat ni..ada ke patut??
hohohoh..takkk patut..takkk patut..
(sambil libas cari telunjuk ke kiri dan ke kanan)...kihkihkihkih *kidding*


peace no war (^_^)


-end-


* moral of the story??? bersyukurla dengan apa yang ada..lalalalala~!

SETELAH AKU KAU MILIKI

tetiba rasa nak publish lagu ni..
masa sekolah suka betul lagu ni..
 
Shima


SETELAH AKU KAU MILIKI
by : shima

Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar

Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu

( korus )
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran

Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu

-end-
* selalu karaoke dalam bilik air..lalala~!


 

Khamis, Februari 10, 2011

AKU DAN PERFUME

rasanya semua orang suka perfume..
tiada yang tak suka bau yang wangi..(yang tak keterlaluan la..hehe)
dengan niat untuk keselesaan diri sendiri..
jangan pulak dengan bauan tersebut menyebabkan jatuh hukum lain terhadap anda..huhu


baru ni pergi sunway piramid..
tersinggah kedai perfume ('ter' tu!!..haha)
bukan tersinggah memang singgah..sebab nak cari perfume..
pfume yang saya selalu pakai tu dah kehabisan..




salvatore feragamo : fascinating 




tapi masa pergi nak beli yang di atas ni..
try test satu perfume BOSS..
sedapnyer bau..







BOSS ORANGE for women



memang sangat lembut baunya..serius ni..best baunya..
saya yang susah nak berkenan bau perfume boleh berkenan bau ni..hehe
lepas ni misi untuk mendapatkan pfume BOSS pulak..hohoho


siapa ada pakai perfume ni???


* sejak kerja memang jadi gila pfume..kehkeh
* kalau ada alkohol xboleh bawa sembahyang yer..huhuhu

Rabu, Februari 09, 2011

BILA SAYA MATI



IMG0131A


sebab dah kena tag dengan musuh ketat kepada director ensem tersohor
maka tidak boleh nak kata tak untuk join contest ni...kihkih



soalannya..teka tarikh luput kat gambar kabur amat tu..huh
kena teka ni lemah sikit ni..
sebab tau akan menang..kahkahkah (gelak besar gila ni)


jawapan


741417447



tag :





sapa nak tiru jawapan kat atas tu kena klik sini tanya tokey funfair tu boleh tak meniru..haha
tapi kalau kena tangkap..xmengaku kawan den..hihi



tamat..den nak gi masuk kelas sekarang..babai



-end-

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

waaaa...jadi gila kejap..
tengok dua handbag ni!!!



nak pilih yang mana ek??



ini ke..


ke yang ini...
 


Simly Vera by VERA WANG
price : ???..hehe


kena jenguk sini tengok sendiri pricenya..


-end-

* kalau ada yg nak belikan untuk awekss ok lerr ni..
* kalau dapat g kedai sendiri lagi puas hati ni..

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan