FOLLOWERS

Jumaat, September 30, 2011

KISAH HATI AKU DAN DIA..

lirik lagu umpama sebuah puisi..
bait-bait 'Kisah Hati' ini cukup menyentuh hati..
diri ini tahu suatu masa, DIA akan baca entry ini..
dan tahu DIA akan tahu bahawa, bait ini ditujukan untuknya..
bait-bait ini ialah..'Kisah Hati' kami..
sukar..perit..pedih..terpaksa di telan..huhuhuhu...





Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya...




* umpama memeluk kaktus...semakin erat dipeluk semakin sakit..

Selasa, September 27, 2011

MACAM KALAH JUDI JERRR...

ni cerita kita petang tadi..
kita round-round pusing bawak krete..
skali tengok, simbol minyak mengada-ngada duk menyala..
nak suruh isi la tu..
maka dengan penuh keyakinan la (sambil kepala tengah 'dreaming')
masukla kita ke stesen minyak kesukaan iaitu petronas..


pada awalnya dah rasa sedikit aneh..
nape pam tu takde orang (mikir juga walaupun kpala duk pikir benda lain time tu)..huhuhu
tapi takdela pikir yang lebih aneh..
cuma anggap orang tak ramai..maka xde masuk ke pam tu..



maka berlakula cucukan kad kredit pada badan pam tu dengan rileknya..
lepas approve...terus isiiii....
kemudian baru nampak!!!!!!!! itu pam ron 97 punyer!!huwaaaa!!!!!......
beza 90 sen seliter woooo!!!! dengan ron 95....huhuhuhuh



tapi apakan daya..
nasi sudah menjadi bubur...
umpama kalah judi..
punyala laju pulak tu meter tu bergerak..
rasa nak lempang je mat bangla dekat pam tu...
nape tak bagitau kiter..hakhak *tetiba tak pasal2..



pengisian terpaksa dihentikan segera (pada masa tu setakat 85 hengget sajoo...)
dan jangan tak tau tak penuh tank punnnnnnnnn...huhuhuhuhuhuhu
kiter memang salu isi full tank...
selama ni full tank kete tu 70 hengget jer...
cinabeng tul stesen minyak ni...
melakukan penipuan secara senyap...(sape suruh kau dreaming tadi?..hakhak)



ok itula cerita kalah judi kita arini...huhuhuhuhuhu



moral of the story :
kalau tengok pam stesen minyak kosong  tu...sila berburuk sangka..haha





*ingat pakai 97 buleh terbang ke kreta tu..sama cam gitu jugak..hakhakhak
* ron 97 seliter RM2.80, ron 95 seliter RM1.90....beza giler!!huh....mau tak rasa nak lempang mat bangla tu...hakhak...

Selasa, September 20, 2011

ADA KETIKANYA....KERANA DIA.....

Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuat kita dalam keadaan teruji..
membuatkan kita terkeliru..
membuatkan kita rasa dipermainkan..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita terluka..
membuatkan kita rasa tidak dihargai..
membuatkan kita rasa tidak bernilai..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita rasa terkilan..
membuat rasa sabar kian menipis.
mengguris rasa sehingga menitis air mata..


Namun kita tetap menyayanginya..
kerana dialah yang sentiasa di hati..
kerana dialah yang sentiasa disanubari..
kerana dialah yang dikasihi sepenuh jiwa..
kerana dialah dambaan..
kerana dialah yang jiwa perlukan..
kerna dia..
insan terhormat dalam hati dan jiwa..





orang yang paling mudah membuatkan kita jauh hati ialah orang yang paling kita sayang...


-end-




*rasa hormat ini sangat menebal..tak mungkin dapat dikongsi atau diberikan kepada yang lain..

Ahad, September 18, 2011

KALAU MAHU KATAKAN MAHU..

Dalam hidup..
pastinya tak lari dari situasi kita akan berasa 'risau'
risau pun ada banyak maksud..
adakala kita risaukan keluarga kita..
adakala kita risaukan pasangan kita..
adakala kita risaukan pelajaran kita..


tetapi yang nak diperkatakan di sini ialah risau 'cinta tidak berbalas'..
rasanya perkara ini selalau terjadi kepada lelaki..
perasaan risau, takut dan kurang yakin..
risau kalau-kalau dah luahkan perasaan, wanita tersebut rijek..
risau wanita tersebut hanya anggapnya sebagai teman..
risau wanita tersebut memandangnya sebelah mata walaupun dia ada 2 mata..hehe..


tapi rasanya..
sebagai lelaki sejati..
buang lah rasa risau, takut dan kurang keyakinan itu..
wanita akan lebih menghargai lelaki yang nampak bersungguh-sungguh..
yang berani meluah rasa..
yang berhemah bertutur semasa melamar..ahakss


apa yang setiap perempuan mahukan sebenarnya??
tidak perlu menjadi mat romeo yang hantar bunga satu kontena..
wanita hanya damba
disayangi seikhlasnya..
dikasihi sejujurnya..
dihargai..
buat dirinya rasa bernilai..

jika semua ini tidak diperoleh..
maka..memang patut untuk lelaki rasa takut untuk mendekati wanita tersebut..


-end-


*tidak hanya wanita..lelaki juga perlu dihargai agar dirinya berasa sangat bernilai kewujudannya pada diri kita..apa yang penting perasaan hormat kita padanya sebagai seorang lelaki yang akan meneraju segalanya walaupun dalam susah dan senang...

Sabtu, September 17, 2011

SELALU BURUK SANGKA..APA PERLU KITA BUAT??

sebagai manusia biasa rasanya kita tak lari dari sikap selalu buruk sangka..
walaupun tentang sesuatu yang remeh..
selalu sangat nak bersangka tak baik pada orang..


contoh 1
kita hantar mesej kepada kawan di fb..
kita tengok kawan kita ada mesej kat wall kawan kita yang lain pada masa tu..
tapi dia takde reply pun mesej kita tadi..
tunggu punya tunggu tak jugak reply..
tak semena kita buruk sangka yang dia memang sengaja tak nak balas mesej kita..
kita dah jauh hati dengan dia..

apa yang kita sepatutnya kita kena buat??
kita perlu berfikir positif..
kena fikir mungkin masa tu, dia nak cepat..
dia ada urusan..
dia perlu offline segera..


contoh 2
kita mesej pasangan kita kat handfon..
punyala panjang mesej kita hantar...
macam-macam soalan kita tulis kat dia..
tup-tup bila dia reply..satu je dia jawab apa yang kita tanya..
sedangkan soalan lain yang dah kita hantar tu rasanya sangatla penting bagi kita untuk dia jawab..
tak semena kita dah buruk sangka kat pasangan kita..
kita dah fikir dia tak ambik berat pasal diri kita..

apa yang sepatutnya kita kena buat??
kita perlu positif..
fikir mungkin masa tu dia tengah sibuk..
banyak kerja kat ofis..
terlepas pandang pada soalan-soalan kita kat fon tadi..


semua di atas adalah contoh paling remeh..
tapi banyak perkara yang mudah kita jadi buruk sangka..
samada perkara remeh atau perkara serius..




apa-apa jua yang kita lakukan seharian..
kita memang perlu sentiasa positif..
cuba bertenang dalam segala permasalahan yang timbul..

-end-


*tapi kalau asyik kita je positif, tapi orang takde nak hargai kita camna ek??huhuhuhu..
redha je la..masing-masing punya alasan tersendiri dalam setiap yang berlaku..

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan