FOLLOWERS

Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang. Papar semua catatan

Isnin, Disember 19, 2011

PABILA RASA SEDIH DAN KETIKDAKPUASAN HATI BERLAKU..


Dikala hati resah..
melalui saat-saat sedih..
saat-saat sukar..
putus cinta..putus kasih..
pergaduhan sesama insan..
pelbagai monolog dalaman akan berlaku..
monolog antara hati dan akal..


Hati sakit!!

Akal :  sabar~

Hati :  kau tak rasa apa yang aku rasa..

Akal :  tapi aku tahu apa yang kau rasa, dan sabar adalah perkara terbaik..

Hati :  cakap senang laa!!

Akal :  jika kau tak ingin bersabar, apa yang ingin kau lakukan?

Hati :  entah..marah,menangis?

Akal :  maka sabarlah perkara terbaik untukmu..marah hanya mengeruhkan keadaan, menangis       
          menunjukkan kau lemah..

Hati : rasa yang dipendam akan makin parah..

Akal : hilangkan sakitmu dengan melupakan perkara itu..

Hati :  mana mungkin,nak melupakan sesuatu bukan senang,apatah lagi perkara yang menyakitkan

Akal : alihkan tumpu mu,sandarkan apa yang kau rasa pada Tuhanmu.dunia tempat persinggahan  
         semata-mata,tiada guna kau bersedih akan perkara didalamnya..

Hati : bagaimana jika sakit ku ini kerana sahabat..

Akal : maafkanlah..dalam hidup ini kau akan berjumpa bermacam jenis manusia,manusia tak 
         sempurna,begitu juga dirimu.terimalah kelemahan orang lain sepertimana orang lain 
         menerimamu..

Hati : jika orang lain tak menerimaku?

Akal : biarkan..biarlah hina dimata manusia asalkan mulia dalam pandanganNya.


semoga kita sentiasa dalam kewarasan akal..
dalam membuat pertimbangan dalam semua soal..
setiap yang berlangsung ada hikmahnya..
berusahalah kita mencari hikmah tersebut samada secara nyata atau tersembunyi..


sumber : sini

-tamat-


* kadang-kadang seseorang harus membuat kita menangis, hanya untuk membuat kita sedar bahawa kita berhak mendapatkan seseorang yang mampu membuat kita tersenyum ♥
* semasa entry ni di taip..saya menangis..sapela agaknya yang mampu buatkan saya tersenyum??emmm..


Jumaat, Disember 09, 2011

INDAHNYA CINTAKU..KERNA KAMU..

amaran ni!!
ini adalah entry skema,tulus lagi mulus..hihi..
skali skala tacing-tacing..ye dak? hehe..
eh..sebelum tu..
cer tengok jap daisypath usia blog ni kat belah kanan bawah tu..
apa yang anda nampak??..huhuhuhuhu

ok..balik kepada tajuk..
bait-bait di bawah ini saya tujukan khas buat seseorang..
buat DIA..
insan yang bertakhta..
insan yang memberikan bahagia..
yang sentiasa bersama waktu susah dan senang..
yang memberikan kekuatan saat sukar saat derita..
yang mengajar erti menjadi kuat..
yang membimbing cara menjadi yang terhormat..
indahnya cintaku..kerna kamu..


"ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu..
dekat denganku setiap hariku..
sudahkah kau yakin untuk mencintaiku..
ku ingin hanya satu tuk selamanya..

ku tak melihat dari sisi sempurnamu..

tak peduli kelemahanmu..
yang ada aku jatuh cinta karena hatimu..

cintaku tak pernah memandang siapa kamu..
tak pernah menginginkan kamu lebih..
dari apa adanya dirimu selalu..

cintaku terasa sempurna kerna hatimu..
selalu menerima kekuranganku..
sungguh indah cintaku.."


jiwangggnyer wehh *blushing..cepat2 nyorok balik langsir..hakhak

-tamat-


* dah setahun usia blog ni hari ni rupanya..huhuhu...tapi macam dah malas dah nak berblog..ntah2 ni adalah entry terakhir..cukup a setahun kot..huhuhu
* happy birthday to my blog!!..boleh ke?..boleh je la..hehehe

Sabtu, Disember 03, 2011

BERTOLAK ANSUR ITU PENTING..MENGALAH TAK SALAH..



setiap kali berlakunya konflik antara kita dan pasangan kita..
walau apa jua masalahnya..
berbincanglah secara baik..
ucapkan permohonan maaf walau kita rasa kita tak salah..
tak kena bayar pun nak ucap maaf..
tak perlu nak tegakkan benang yang basah..
tak perlu nak panjangkan perbalahan..

positifkan situasi..
fikir....
segala ketidakpuasan hati yang timbul di hati pasangan kita..
sebab dia sedang menjaga kita..
mengambil berat tentang diri kita..
sebab..dia sayangkan kita..
dia mahukan yang terbaik buat kita..

tak perlu kita nak tunjukkan ego yang menggunung..
tak ke mana pun ego tersebut..
sebab lelaki itu kuasanya lebih besar..
egonya itu lebih tinggi...
dia sebenarnya pembimbing kita..
pembentuk diri kita yang terbaik..
dialah masa depan kita..

ingatlah..
kalau dia tak sayang..takkan dia ambik peduli hal kita..
takkan dia sibuk-sibuk peningkan kepala melayan segala kerenah kita..
tiada istilah mengongkong..
tiada istilah cemburu buta..
kerna sikap kita sendiri yang mendorong dia untuk bersikap sedemikian..

bertolak ansur tu penting..mengalah tak salah..
kerna kemaafan itu dendam yang terindah..





-tamat-


* untuk DIA..saya mohon maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan semalam, hari ini , esok..sepanjang kita kenal..samada secara sedar atau tidak sedar..kekadang kita alpa..kekadang kita lupa..mustahil untuk setiap tersentuhnya hati tersebut berlaku kerna sebab yang disengajakan..tetapi ingatlah, satu yang saya pasti dan yakin..awaklah masa depan saya..

Selasa, September 20, 2011

ADA KETIKANYA....KERANA DIA.....

Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuat kita dalam keadaan teruji..
membuatkan kita terkeliru..
membuatkan kita rasa dipermainkan..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita terluka..
membuatkan kita rasa tidak dihargai..
membuatkan kita rasa tidak bernilai..


Ada ketikanya DIA yang kita sayang.. 
membuatkan kita rasa terkilan..
membuat rasa sabar kian menipis.
mengguris rasa sehingga menitis air mata..


Namun kita tetap menyayanginya..
kerana dialah yang sentiasa di hati..
kerana dialah yang sentiasa disanubari..
kerana dialah yang dikasihi sepenuh jiwa..
kerana dialah dambaan..
kerana dialah yang jiwa perlukan..
kerna dia..
insan terhormat dalam hati dan jiwa..





orang yang paling mudah membuatkan kita jauh hati ialah orang yang paling kita sayang...


-end-




*rasa hormat ini sangat menebal..tak mungkin dapat dikongsi atau diberikan kepada yang lain..

Ahad, September 18, 2011

KALAU MAHU KATAKAN MAHU..

Dalam hidup..
pastinya tak lari dari situasi kita akan berasa 'risau'
risau pun ada banyak maksud..
adakala kita risaukan keluarga kita..
adakala kita risaukan pasangan kita..
adakala kita risaukan pelajaran kita..


tetapi yang nak diperkatakan di sini ialah risau 'cinta tidak berbalas'..
rasanya perkara ini selalau terjadi kepada lelaki..
perasaan risau, takut dan kurang yakin..
risau kalau-kalau dah luahkan perasaan, wanita tersebut rijek..
risau wanita tersebut hanya anggapnya sebagai teman..
risau wanita tersebut memandangnya sebelah mata walaupun dia ada 2 mata..hehe..


tapi rasanya..
sebagai lelaki sejati..
buang lah rasa risau, takut dan kurang keyakinan itu..
wanita akan lebih menghargai lelaki yang nampak bersungguh-sungguh..
yang berani meluah rasa..
yang berhemah bertutur semasa melamar..ahakss


apa yang setiap perempuan mahukan sebenarnya??
tidak perlu menjadi mat romeo yang hantar bunga satu kontena..
wanita hanya damba
disayangi seikhlasnya..
dikasihi sejujurnya..
dihargai..
buat dirinya rasa bernilai..

jika semua ini tidak diperoleh..
maka..memang patut untuk lelaki rasa takut untuk mendekati wanita tersebut..


-end-


*tidak hanya wanita..lelaki juga perlu dihargai agar dirinya berasa sangat bernilai kewujudannya pada diri kita..apa yang penting perasaan hormat kita padanya sebagai seorang lelaki yang akan meneraju segalanya walaupun dalam susah dan senang...

Khamis, Mac 17, 2011

GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK AWEK SENDIRI..


'A' (lelaki) bukan nama sebenar..
nak kawen dengan 'B' (perempuan) tapi 'B' belum bersedia
 dan seperti ingin menangguh-nangguhkan perkahwinan..
'A' cuba nak gunakan minyak pengasih kepada 'B' disebabkan sikap 'B' itu..
sebab kononnya sayang sangat dan risau terlanjur melakukan zina dengan 'B'
jika tidak segera berkahwin... 

 
bodoh tak bila dengar persoalan ni~??
nak gunakan minyak pengasih sebab sayang perempuan sangat tu~??
sebab takut terlanjur~?? 


pelik jika ada yang mengajukan persoalan ini..
(sebab persoalan ini rekaan..haha)
tidak tahu hukumkah anda???


minyak pengasih atau lebih tepat lagi sihir adalah HARAM..
 walaupun niatnya baik (kononnya risau telanjur)


apa yang nak dirisau dengan keterlanjuran??
binalah hubungan berlandaskan hukum..
ikut ajaran Islam yang sebenar..
maka anda tidak perlu risau kepada keterlanjuran..


jika niat anda berpasangan kearah melakukan 'seks'
maka seks la yang akan anda dapat..hohoho




jika benar anda memuja perempuan tersebut..
anda pasti akan menjunjung maruahnya..
menjaga kehormatan dirinya..
dan menahan diri anda dari terus berfikir
 ke arah  melakukan 'kebodohan sejarah hidup anda' itu...

-end-



* soal kasih sayang dan cinta tidak boleh dipaksa kerana buruk akibatnya..
kekuatan sihir tidak dapat menukar hakikat yang sebenar..mungkin 'ya' untuk peringkat awalnya..tetapi tidak untuk selamanya..carilah yang ikhlas menyayangi anda..lalalala~!!

Rabu, Februari 23, 2011

KAU..AKU BERBEZA DALAM SOAL CINTA~!

cinta lelaki
selalunya manis..
kerana lelaki yang bercinta seringkali memberi ucapan dan kata2 manis..
malahan menabur janji2 manis..haha
cinta wanita
selalunya pahit...
kerana wanita yg bercinta kadang kala rela menerima janji2 manis lelaki yg belum tentu ada kebenarannya...wanita yg bercinta kadang kala sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya..bukankah itu pahit~??huhu


cinta lelaki
mudah diagih2kan...
buktinya..lihat sahaja lelaki mampu untuk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dalam satu2 masa...poligami..hurmmm
cinta wanita
selalunya setia...tulus dan romantis..
kerana wanita yg bercinta selalunya sangat kudus.  



cinta lelaki
kebiasaannya sukar dipamerkan...cinta nya ada dalam hati..
untuk dirasai bukan untuk ditontoni oleh semua orang...
kerana cinta itu terlalu istimewa bagi seorang lelaki..
cinta wanita
kadangkala terlalu jelas pada pandangan matanya..
tingkah lakunya dan juga tutur katanya...tulus gitu..kihkih

 


cinta lelaki dan cinta wanita
walau ada bezanya ia tetap cinta..cinta yang datang dari hati..
cinta yg dirasai dengan sanubari..cinta yang hadir dalam diri. .

-end-


*tetiba cinta ku membuak2 pada bondaku....lapar~!! rasa nak makan nasi dagang mummy~!!..huhu



Ahad, Februari 20, 2011

MENGAPA HARUS BEGITU~!!

kamu wanita..punya hati dan perasaan
punya kelembutan dan kasih sayang..
mengapa di saat pasanganmu perlukanmu..kamu perlu menunjukkan sikap yang asing..
sunggu 'cengeng' sikap kau itu wahai wanita~!


perlukah disebut satu persatu..apa yang perlu kau lakukan~??
kau pendaming dirinya..kau penyejuk jiwanya..kau segalanya baginya..
kau harus bersyukur itu...bersyukurlah dengan kasih dan sayangnya~!!
tetapi mengapa kau wahai wanita~!!
harus bersikap sedemikian...terlalu mementingkan diri sendiri..





bila dia berduka...kau harus menjadi 'suka' baginya..bukan lara~!
bila dia kecewa..kau harus menjadi gembira baginya..bukan derita~!
bila dia jatuh..kau harus jadi orang yang membangunkannya..bukan membenamkannya~!


apa lagi harus diperkata..
kembalilah kepada pencipta..
yang menjadikanmu untuknya..
berikan kekuatan dan kasih sayangmu padanya..
agar dia kembali mendapat rentak hidup dan kegemilangan raga..
semoga kamu semua wanita mendapat kerahmatan dari-NYA..


-end-

* girlfriend sape yang teruk sangat ni~??..ada ke..haha..
* naz, kalau asmirandah mcm ni..buang je dia ye~!ramai yg tgh 'Q'  tu..ahakss..


Rabu, Januari 19, 2011

VANIDA IMRAN DAN RASHIDI ISHAK BERCERAI??

salam Rabu..
kepada yang membaca paper semalam pasti terkejut..
vanida dgn rashidi nak bercerai ke?


sebabnya semalam terkejut betul saya..
masa free kat skolah besenya weols akan baca paper..
then semalam diaorang riuh cakap vanida imran pulak yang pergi court..




mana xtkejut..
sbb couple ni nmpak sangat sweet dan bahagia..
takkan atas urusan perceraian..xde dgr ribut apa pun tentang mereka
menurut utusam semalam..
mereka pergi hanya untuk menemani sedara mereka yang ada urusan di sana..
alhamdullillah..


apa2 pun..
dalam semua urusan..kita hanya mampu merancang..
segala-galanya Allah yang tentukan..
kita xboleh kata..bahagia harini xkan mengundang kekecewaan di hari esok..
semoga kehidpan kita semua dilimpahi cahaya kebahagiaan
walau apa jua keadaan hidup kita, walau dengan apa jua ujian yang mendatang
kerana tak semua yang lengkap hidupnya itu dilimpahi kebahagiaan..
dan xsemua yang xlengkap hidupnya itu tidak bahagia..


kerna..pernah tak uol dengar..
kebahagiaan dalam perpisahan?? pernah kan??
sebab ada yang lebih bahagia hidupnya selepas perceraian mahupun perpisahan
hanya yang mengalaminya sahaja yang boleh menjawabnya kan..

-end-

* bersyukur dengan segala kurniaan dan nikmat
* artis pergi mahkamah dah sinonim dengan spek itam ek

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan