FOLLOWERS

Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 29, 2011

KISAH LAGU 'SEDETIK LEBIH'...

rasanya semua tahu lagu ni..
lagu OST filem hikayat merong mahawangsa..
nyanyian anuar zain..

bila dengar lagu ni..saya memang akan teringat tentang kisah itu..
satu masa dulu saya pernah menghadiahkan bait-bait lagu ini kepada seseorang..
insan yang bertakhta..
insan yang memberikan bahagia..

hayati liriknya..
sangat puitis..
dan sebenarnya sangat2 bermaksud kepada diri saya..
apatah lagi bila saya dah hadiahkannya kepada seseorang..
4 baris terakhir lagu tu sangat-sangat saya maksudkan bila saya berikan pada dia pada masa tersebut..


tapi.. 
pada masa tersebut saya sangat kecewa..
bila saya dapat tahu dia menghadiahkan lagu tersebut kepada yg lain..
tersangat kecewa..memang berbekas la..
rasa sangat tidak bernilainya, tak bergunanya diri ini pada masa tu..
takpela..apa nak buat..
dah tak terdaya lagi dah..
kekusutan tu dah pun terlerai sebenarnya..


tapi semalam dengar lagu ni dalam versi kelantan..
tu yang buat saya teringat balik lagu ni..
saya ketawa tak henti..geli pun ye jugak..hakhak
lucu betul..jom dengar..






-tamat-




*kita takkan rasa sesuatu tu berharga selagi kita tak kehilangannya, tapi kehilangan bukanlah cara untuk kita menimbulkan rasa menghargai seseorang, hargailah apa yg kita ada, hargailah siapa yg mencintai kita, hargailah setiap bait hidup ini nescaya kebahagian pasti hadir menemani hidup kita, kadang² kita tak sedar masih ramai org disekeliling kita yang prihatin kepada kita lebih daripada orang yang kita sayang & cinta 

Sabtu, Ogos 13, 2011

BILA CINTA TAK LAGI BERMAKNA PADANYA..


dalam sesebuah perhubungan..


kalau kita sayang pasangan kita melebihi segala pun..
bila pasangan kita cakap nak break..
kena juga telan walaupun sakit..


kalau kita kasih pasangan kita melebihi segalanya pun..
kalau pasangan kita cakap nak break..
segala kasih yang kita ada pun dah tak bernilai lagi padanya..


kalau kita cinta pasangan kita melebihi segalanya pun..
kalau pasangan kita cakap nak break..
nangis air mata darah pun takda dia nak hiraunya lagi..


kalau kita berkoban melebihi kemampuan pun..
kalau pasangan kita cakap nak break..
takde maknanya pun pengorbanan tu..
takde nilai pun pada dia..


kalau kita fikir kita dah cuba jaga hatinya sebaik mungkin..
kalau pasangan kita cakap nak break..
dia takkan hirau pun kamu yang mungkin dah bermatian jaga hatinya dulu..
yang dia tahu..kamu sudah menjadi sepah untuk dibuang..


pengorbanan..dugaan..
suka..duka..pahit..getir..
semua ujian dalam apa jua perhubungan..
berpadalah dalam memberi hati..
berhati-hati dengan hati..
bila disakiti..merana takkan ada yang mampu mengubatinya lagi..



entry ini tiada maksud apa-apa..sekadar meluahkan isu semasa..
yang mungkin dirasai..atau pernah dirasai..atau akan dirasai oleh sesiapa jua..

-end-


* terima kasih untuk segalanya..
* cinta yang abadi hanyala cinta kepada Ilahi..

Ahad, Februari 27, 2011

BERCINTA DENGAN BLOGGER TERKENAL...

ada ke terjadi keadaan seperti ini~??
BLOGGER JATUH CINTA SESAMA BLOGGER~??


rasanya xmustahil wujud..kerana
kita ini blogger tetapi kita ini pada masa yang sama manusia biasa..
jadi sebagai manusia biasa memang normal lah jika kita jatuh cinta..


tetapi..
menjadi tidak normal jika ada antara antara anda..jatuh cinta
sedangkan anda telah pun mempunyai pasangan..
samada kekasih atau hubungan perkahwinan..


jadi awas!! anda..anda..dan anda..
usah ikut bisikan syaitan..
yang sentiasa inginkan manusia melakukan suatu yang di luar norma
sentiasalah muhasabah diri..
dan berfikir apa tujuan sebenar kita di alam maya ini..
kerana...
SETIAP PERBUATAN BERMULA DENGAN NIAT~!

-end-


*1st time selama blogging ni, sehari xde langsung entry baru..semalam mmg sangat bz..adakah petanda blog ini akan bersawang selepas ini~??haha 
*tujuan den berblogging nak lepaskan stress sajoo..kihkihkih

Rabu, Februari 23, 2011

KAU..AKU BERBEZA DALAM SOAL CINTA~!

cinta lelaki
selalunya manis..
kerana lelaki yang bercinta seringkali memberi ucapan dan kata2 manis..
malahan menabur janji2 manis..haha
cinta wanita
selalunya pahit...
kerana wanita yg bercinta kadang kala rela menerima janji2 manis lelaki yg belum tentu ada kebenarannya...wanita yg bercinta kadang kala sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya..bukankah itu pahit~??huhu


cinta lelaki
mudah diagih2kan...
buktinya..lihat sahaja lelaki mampu untuk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dalam satu2 masa...poligami..hurmmm
cinta wanita
selalunya setia...tulus dan romantis..
kerana wanita yg bercinta selalunya sangat kudus.  



cinta lelaki
kebiasaannya sukar dipamerkan...cinta nya ada dalam hati..
untuk dirasai bukan untuk ditontoni oleh semua orang...
kerana cinta itu terlalu istimewa bagi seorang lelaki..
cinta wanita
kadangkala terlalu jelas pada pandangan matanya..
tingkah lakunya dan juga tutur katanya...tulus gitu..kihkih

 


cinta lelaki dan cinta wanita
walau ada bezanya ia tetap cinta..cinta yang datang dari hati..
cinta yg dirasai dengan sanubari..cinta yang hadir dalam diri. .

-end-


*tetiba cinta ku membuak2 pada bondaku....lapar~!! rasa nak makan nasi dagang mummy~!!..huhu



Selasa, Februari 08, 2011

PABILA CINTA TERHALANG

cinta..
indah kan..
bila dicintai dan mencintai..
yang bercinta pasni inginkan hubungan kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa..


tapi..
siapa anda-anda yang berani menyangkal kuasa sebuah keluarga..
kuasa ibubapa??



jika bercintanya anda ibarat romeo-juliet, laila-majnun atau jejai-fasha skalipun..
tanpa restu keluarga..belum tentu kebahagiaan menjadi pasti..
perkataan 'belum tentu' digunakan di situ..
kerna..ada yang boleh bahagia walaupun perkahwinan mereka pada awalnya tanpa restu..
cuma..keberkatan perhubungan menjadi agak tipis..senipis kulit popia *xde kaitan*hak






jadi..anda-anda semua..
pastikan dahulu insan dambaan anda tersebut adalah insan yang tepat dimata ibubapa kalian..
jika tidak..kebahagian anda hanya akan dapat dicapai dengan perpisahan..sadis bukan??huhu


-end-

* cuba bayang kalau jejai ni xkaya..jadi rebutan x dia ni ek??? lalalala~! dush~!(uikss nota kaki guna tulisan besar ni..hahahaha)


KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan