FOLLOWERS

Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Ahad, Jun 12, 2011

DAH BREAK..SEKARANG NI, SAPE-SAPE PUN BOLEH TACKLE!!

aritu ada baca entry pasal awek gebu tokey kan??

memang gebu!!



oleh kerana dah buat entry cakap itu awek dia..
kena la buat entry update bagitau yang sekarang mereka dah break daaaaa....hoho
bukan kekasihnya dah buat masa sekarang katanya..pelik jugak tu..haha
-end-


*aiiiyya..xgemarnyer buat entry pasal artis!..tapi sebab mood hepi ni..malas nak mikir entry2 lain...weh..weh..weh..tranung menang piala FA smlm weh!!!..wakakakakaka..guwa gumbira tak terhingga!!! mksih daudsu!!!


Jumaat, Jun 10, 2011

BOIKOT JE LA KONSERT FINAL AF TU..

nampak status wall fb naz semalam
pasal konsert final AF akan dibuat depan masjid besi, putrajaya..






sebenarnya betul la apa naz cakap tu..
tak ada pun yang main isu ni..
yang saya tau hanya sorang je selalu buat entry ni iaitu pakwe sunah
dia aje perjuang sorang-sorang..
tapi yang lain senyap je..semua layan entry nora elena..hahaha
ni isu sangat sensitif..soal agama ni
patut untuk diperjuangkan oleh semua..yang seagama
kesucian masjid itu perlu dipelihara..



ni gambar-gambar berkaitan..
  ambik dari blog pakwe sunah yang terer masak tu..ekekeke




dalam kotak merah itu menunjukkan masjid..

yang bersinar cahaya di belakang itu..masjid

see..sangat dekat dengan masjid..



acara sblm konsert start kul brapa ek?? mesti dari awal petang kan??
nanti nyata-nyata macam bertanding pulak..


suara azan bilal masjid besi dengan suara pengacara tu!!!
cahaya lampu masjid..dengan cahaya pentas konsert tu!!! adoiii
dan lagi teruk nanti kalau..
 penonton di konsert tu lebih ramai dari jemaah di masjid..uiiiii



apa cerrr astro?? kasi la jawab sket..
dah tak ada tempat lain kerr???..sini tak payah bayar sewa ke cmna??..hoho


nak suruh astro ubah tempat memang takkan la..too late..
sehabis usaha dan daya kita..
elakkan ke konsert itu..itu selemah dan sekuat yang kita mampu buat..



-end-




* pssttt..ada orang sentap ke dengan entry saya yang sebelum-sebelum ni??hurmmm..lalala

Selasa, Februari 08, 2011

PABILA CINTA TERHALANG

cinta..
indah kan..
bila dicintai dan mencintai..
yang bercinta pasni inginkan hubungan kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa..


tapi..
siapa anda-anda yang berani menyangkal kuasa sebuah keluarga..
kuasa ibubapa??



jika bercintanya anda ibarat romeo-juliet, laila-majnun atau jejai-fasha skalipun..
tanpa restu keluarga..belum tentu kebahagiaan menjadi pasti..
perkataan 'belum tentu' digunakan di situ..
kerna..ada yang boleh bahagia walaupun perkahwinan mereka pada awalnya tanpa restu..
cuma..keberkatan perhubungan menjadi agak tipis..senipis kulit popia *xde kaitan*hak






jadi..anda-anda semua..
pastikan dahulu insan dambaan anda tersebut adalah insan yang tepat dimata ibubapa kalian..
jika tidak..kebahagian anda hanya akan dapat dicapai dengan perpisahan..sadis bukan??huhu


-end-

* cuba bayang kalau jejai ni xkaya..jadi rebutan x dia ni ek??? lalalala~! dush~!(uikss nota kaki guna tulisan besar ni..hahahaha)


Isnin, Januari 31, 2011

SENDU DIHATIMU RINDU DIJIWAKU

tadi tengok ben ashari post entri lirik lagu kumpulan arrow
dia post lagu 'aku tak marah'
terus teringat lagu arrow yg ni..hehe
'sendu di hatimu rindu dijiwaku'
lagu zaman skolah..






LIRIK

Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati

Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu...
Kuterasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku

Ahad, Januari 30, 2011

AKHIRNYA..RITA RUDAINI BERBAIK DENGAN MERTUA

apa lagi yang lebih manis dari ini..
tengah malam semalam bila baca berita ni..tetiba rasa nak nangess..
syahdu pulak baca berita tu..hehe




aidil bawa mak ngn ayahnya berjumpa rita di pusat perubatan prince court, jalan tun razak , untuk ziarah cucu dorg (anak aidil+rita) airit rayyan rizqin (2tahun) sebab demam panas
pada masa tu la segala yang terbuku diluah..dan saling bermaafan..so sweet!


kalau nak baca penuh klik sini


so..kengkawan samada bujang atau yang dah kawen
atau yang akan kawen lagi..hehe
 ambilla ikhtibar..

anggaplah mak mertua macam mak kandung..
dalam apa2 jua..xperlu ada apa2 sengketa..
mengalahla jika perlu..sabar dengan segalanya
sbb mereka org yg lebih tua..hormati mereka
nescaya anak2 kita kelak akan hormati kita

jika ditakdirkan kita perlu jaga mertua yang sakit..
jagalah mereka sepenuh jiwa..serendah hati..
ingatlah dialah yang menjaga suami kita sewaktu suami kita kecil
mendidiknya hingga menjadi suami kita..
ikhlaskan diri..lapangkan hati..
ganjaran Allah pasti..
 cepat mahupun lambat..aminn

-end-

*dugaan hidup takkan putus-putus.. 

Isnin, Januari 24, 2011

JANGAN NILAI SAYA MELALUI PAKAIAN???


uiksss..pakaian sapa plak ni..saya ker??
saya ada terbaca satu artikel


'JANGAN NILAI SAYA MELALUI PAKAIAN!'


saya malu nak letak gambar sebenar si pemakainya tu..
lagi pun nanti pendekarberkuda masuk bagi ceramah..hihik
sori pdekar, gurau2 jerr..


gambarnya lebih kurang mcm kartun ni a..
dan mungkin lebih lagi kott.. 






katanya dalam artikel tu..
jangan nilai dia melalui pakaian..
jangan fikir dia murahan dengan pakaian sebegitu
sebab orang xtahu kesusahan hidup dia selama ini..
dan DIA PAKAI IKUT KESESUAIAN MAJLIS..



what the nonsense is??
ada pulak gitu..ek
boleh trima ke alasan artis tu ek??


risau pulak saya..nanti ada anak murid saya pkai seksi..
dan diberikan alasan ikut majlis..
ada mjlis yg perlu pakai seksi meksi ke??


-end-

* seksi2 dalam bilik malam2 jerr..ahakss

Rabu, Januari 19, 2011

VANIDA IMRAN DAN RASHIDI ISHAK BERCERAI??

salam Rabu..
kepada yang membaca paper semalam pasti terkejut..
vanida dgn rashidi nak bercerai ke?


sebabnya semalam terkejut betul saya..
masa free kat skolah besenya weols akan baca paper..
then semalam diaorang riuh cakap vanida imran pulak yang pergi court..




mana xtkejut..
sbb couple ni nmpak sangat sweet dan bahagia..
takkan atas urusan perceraian..xde dgr ribut apa pun tentang mereka
menurut utusam semalam..
mereka pergi hanya untuk menemani sedara mereka yang ada urusan di sana..
alhamdullillah..


apa2 pun..
dalam semua urusan..kita hanya mampu merancang..
segala-galanya Allah yang tentukan..
kita xboleh kata..bahagia harini xkan mengundang kekecewaan di hari esok..
semoga kehidpan kita semua dilimpahi cahaya kebahagiaan
walau apa jua keadaan hidup kita, walau dengan apa jua ujian yang mendatang
kerana tak semua yang lengkap hidupnya itu dilimpahi kebahagiaan..
dan xsemua yang xlengkap hidupnya itu tidak bahagia..


kerna..pernah tak uol dengar..
kebahagiaan dalam perpisahan?? pernah kan??
sebab ada yang lebih bahagia hidupnya selepas perceraian mahupun perpisahan
hanya yang mengalaminya sahaja yang boleh menjawabnya kan..

-end-

* bersyukur dengan segala kurniaan dan nikmat
* artis pergi mahkamah dah sinonim dengan spek itam ek

Ahad, Januari 16, 2011

GAMBAR DATO' SITI DAN MIA SARA

 salam ahad..
wkend biasanya saya akan wat entri pasal artis..
tak pun pasal masak-masak..hehe
arini entri bergambar penyanyi tok ti ngn pelakon yang kecik tu..mia
menjadi covergirl URTV..

tau tak..
saya kan xkenal pun sape budak MIA ni masa kawan2 duk cakap pasal dia kat sekolah..haha
coz of ai jarang tengok tv tambah2 drama melayu..
rupanya budak ni pelakon drama 'adamaya' (drama ni pun ai xtahu..huhu)
sama gak masa orang kata drama 'nur kasih' best..
saya boleh tanya apa tu 'drama nur kasih'...sapa blakon??haha..


ok time 2 layan gambar..


comeii...macam seiras


tengok matanya..mmm
i think she need kids her age lorr..hoho



kecik2 bermaskara bagai..hoho


mesti siti teringin nak anak pmpuan gini kan..huhu



tunjuk tok K tak??ahaks


suka gambar ni..


antara isi kandungan majalah tu..


saya jarang beli majalah hiburan ni..
tapi kalau ct salunya akan beli a..hoho

-end-

* kalau latih tarian untuk murid utk apa2 mjlis mesti pakai lagu ct..hoho

Khamis, Januari 13, 2011

HIKMAH DI SEBALIK KEMATIAN

mana-mana wanita akan marah setelah mengetahui suaminya ada perempuan lain kan??
kiranya kalau bermadu memang akan bermusuhanla...


tapi ada sesetengahnya yang boleh menjadi akrab setelah kematian lelaki tersebut..
contohnya seperti yang berlaku pada makcik kawan saya..
dia sangat marahkan madunya semasa hayat suaminya masih ada..
tetapi setelah kematian suaminya...mereka menjadi baik dan akrab
alhamdulliah bak kata maher zain..heh



begitula juga yang berlaku kepada salah sorg bekas menteri kat negara kita..
cucu menteri ni ada kat skolah saya...(benarnya ramai anak artis kat skolahku ini)
2nd wife arwah menteri ni artis..
kata cucunya, skang nenek dia baik dgn artis ni..slps kematian arwah menteri tadi
alhamdulillah..maher zain ag skali..ahakss





sama juga kisahnya dengan penyanyi ini..





penyanyi siti nordiana (nana) dikatakan tidak lagi menyimpan dendam dan amarah terhadap isteri arwah bekas suaminya faizal yusof setelah kematian arwah..




Nana berkata perasaan amarahnya terus bertukar menjadi simpati apabila melihat isteri arwah faizal (rosmunira) yang sedang mengandung..yg dirasakan lebih menderita berbanding dirinya dahulu yang menderita ditinggalkan kerana anak yang masih kecil..

sekarang mereka menjadi akrab dan sering berhubungan dan mesej untuk bertanya khabar..



hikmah la tu kan...mmm



-end-

* agaknya abby abadi boleh berbaik tak dengan memey..ahakss

Rabu, Januari 12, 2011

BEKAS TUNANG JIMMY SHANLEY


semalam baca mstar online..
kesian pulak bila baca kisah jimmy shanley ni ek..
nampakla dia berusaha nak selamatkan rumahtangganya..



ikatan perkahwinannya dengan suhaila dikatakan semakin rapuh bila dia dilihat di mahkamah syariah shah alam, pada Isnin lalu bersama peguamnya untuk urusan tuntutan 'kembali taat' atau nusyuz isterinya tersebut...



kesian..
sebab baru kawen bulan oktober lepas..
dah berabis riban2 pun utk majlis tu kan..
apa yg sebenarnya berlaku kita xtahu...
hanya yg mengalaminya aje yg faham apa sebenarnya yang berlaku..
kita hanya mampu tengok aje la ek..mmm





tapi kengkawan tau x?????
jimmy ni sebelum btunang dan kawen dengan suhaila ni,
dia pernah bertunang dengan orang lain...xtau ek???


*



*



*



*



*



*



*


ni gambar bekas tunangnya...

tomeiii bangat..hehe
nama malla..bukan yasmin hani k..tp mcm seiras ek..
skang malla ni dh bahagia dengan suaminya..
dah jimmy xnak dia sangat kan...uhuk uhuk..


-end-

* ni ke yg dikatakan 'what goes around comes around ek??' hehe..memandai je speku..huh








Isnin, Januari 10, 2011

DAPAT JOB JADI WARTAWAN AJL 25

tajuk 'tak boleh pergi' toi ek..hehe
persis wartawn hiburn bernama zubir ku menyenap gambr2 di konsert AJL mlm td..ahakss
tapi cam bese a..ku gunakan kamera cap ayam aje...
kualitinya pun takat cap ayam la ugek yerrr...haha





KEPUTUSAN PENUH AJL 25






JUARA LAGU KE-25
(RM35k + trofi)
ana rafali - pliz remind me..
ha??? apa??? dia ni menang???...xbek tau uolsss..hehe
mula2 dia ni pakai baju ni...kurung moden putih


pastu..toing!!! jadi kaler merah lak..ahakss
abaikan kualiti gambr kamera cap ayamku..hehe





KEDUA
(RM15k +trofi)
meet uncle hussein - drama king
black, semasa persembahan lagu ni..






KETIGA
(RM12k + trofi)
hafiz - noktah cinta
dia ni pun sama gak..mula2 pakai baju itam merah ni...


toing!! jadi baju putih..
sebelum tu ada aksi tembak2 jap..ahakss





VOKAL TERBAIK
(RM10k + trofi)
dapat kat hafiz jugak..mmg sore dia sedap..i loike!!





PERSEMBAHAN TERBAIK
(RM10k + trofi)
faizal tahir - hanyut







PERSEMBAHAN SELINGAN

tok pah

ziana zin

 tok ti


masa awal konsert ada persembahan pembukaan dari penyanyi yg pernah menjadi juara iaitu franscesca peter, m.nasir dan nash



* rasanya persembahan selingan ni pulak yg bestnyer smlm..sapa stuju???..haha
* janganla marah2 dgn kemenangan c ana tu...sian dia..rezeki dia..apa nk buat..juara   lagu bkn tgk pesembahan best xbest mlm ni...dilihat overall lagu tu tahun ni..
* sib baik ai xminat sape2 malam tadi..jd wrtawan aje..lalalalala

Sabtu, Januari 01, 2011

UIII..LAWA ANAK DARA ROSYAM NOR NI EK??

saja nak share gambar ni...
sebab rosyam nor ni kan biasanya xtunjuk family di kat khalayak..
tapi kat anugerah skrin ni dia bawa 2 org anak perempuan dia..


macam kembar kan..tapi tak
sorang nama Arniesha Azureen,21..sorang lagi Nur Anis, 17



saya sebenarnya bkenan kat kasut dorang ni..hahahaha

-end-


* rosyam ni mak dia tinggal di flat kat 'pantai dalam' rasanya..dulu a..pernah serempak dengan dia kat situ..kawan2 cakap familynya tinggal kat situ..maybe skang xdah..saya serempak masa study UM 10 tahun dlu..haha


Sabtu, Disember 25, 2010

MALAM RAYA KRISMAS DULU2...

selamat hari krismas kepada kengkawan yag beragama kristian..
termasuk kawan-kawan saya yang sama tempat kerja..
tetiap thn kalau krismas..geng kristian kena wish kat fon je la
sbb cuti skolah kan..hehe (riak + bangga telah dikesan di situ..cuti!!! ahakss)


ok..apa yang nak diceritakan ialah..
teringat saya sewaktu saya sekolah RENDAH zaman dulu2..
kalau malam raya krismas kat tv mesti akan ada rancangan magic show..eee...xminat!!
kalau x magic show..akan ada konsert..weee saya minat!!! ahakss..

masa skolah rendah dulu...boy band yang femes masa tu NKOTB..
slalu ada konsertnya pada malam krismas kat tv..
NKOTB tu ialah 'new kids on the block'
ni gambar penyanyi2 nya...


dulu2 minat sangat a yang baju ijau tu...namanya jordan..ahakss
skolah rendah kan masa tu..hingusan sungguh..heh


bila masuk skolah menengah terus banyak boy band..
ada backstreet boysla..n sync la..take that la..boyz 2 men la..banyal ag la..

apa boy band yang kengkawan minat dulu2???

-end-



* time tu kat m'sia pun dah mula ada boy band..mm..xminat!!
 (sambil geleng kpala) jgn mrh ek..hehe

Khamis, Disember 16, 2010

AKU MASIH DARA

baru-baru ni masa g tengok crita Narnia..
ada promo tentang filem ni..
ni dia bannernya..

aku masih dara tajuknya..

filem ini mula ditayangkan arini..16 disember 2010
tapi masa mula-mula saya tengok bannernya..
saya berkata, uih tajuknyerr!! (dalam ati a..hehe)
ntahla..nape filem-filem melayu perlu dibuat tajuk seperti itu..
kalau dulu ada filem jalang, datin ghairah..skang aku masih dara you..hakhak
tapi bila tengok tajuk tu..saya dah dapat agak filem tu mig punya..
dah sinonim kott..hehe

tapi dikatakan filem tersbut banyak unsur2 nasihat..
walaupun dikatakan ada juga unsur-unsur kontroversinya..
contohnya ayat :
orang perempuan sekarang pakai tudung sebab nak sembunyikan love bite..
diungkapkan oleh diana amir kepada yana

uii..malu ai dengar ayat cmtu..uhuk uhuk..
so kepada uolss yang minat filem melayu..
bolehla mula ke pawagam arini ye..
-end-

* ai nak layan twilight..twilight new moon akan ditayang kat star movie 19hb..lalala


Sabtu, Disember 11, 2010

HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH

tempek gambar  mr.google ni..



filem-filem di Malaysia skang macam dah  jadi trend..
semua prodesur pakat nak wat filem hantu..
ni filem terbaru..
tajuknya pun mak aiii..
HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH..
klik untuk preview filem ni..

filem ni di katakan mendapat kutipan 322k untuk hari pertama tayangan...
di lakonkan oleh awie, ummi nazira, johan raja lawak..

best kerrr???
benarnya..saya adalah seorang yang sangat tidak minat filem cmni..
xtahu kenapa..memang xkena dengn jiwa kot..haha
walaupun katanya filem ni filem hantu lawak..
tapi kalu filem vampire edward cullen tu..wow i loike..hehe


* tertunggu filem twilight breaking dawn..edward cullen kawen ngan bella..

SELEBRITI BERTUDUNG

Hai tudung periuk
Tudung periuk pandailah menari
Tarian anak
Hai tarian anak putera mahkota


haha..tu lirik lagu tudung periuk..yang p.ramlee ngn saloma nyanyi..
tp kita bkn nak cakap pasal tudung periuk
nak cakap pasal artis atau selebriti yang bertudung..

lately..ramai kita tengok artis atau selebriti kat negara kita ni yang bertudung kan..
gud..gud..
bagusla camtu kan..sebab mereka biasanya akan menjadi model kepada budak2 skolah..
ni antara selebriti yang bertudung..yang latest a kott


           
                ziela jalil (dah lama juga dia bertudung kan)      

   catriana ross (uii..lesung pipit dia..hehe)

liza hanim (ni pun blesung pipit)

anne- hot fm

 
     
aida khalida( ke aida rahim??..xtahu org panggil apa..haha)
tapi comeiii..ku sukerr..


semua pic tu dr pakcik goog lerr..
gigih betul saya mencarinyerr kn..tadok khijo a tu..haha
ni la yang latest bertudung kan..
ke ada lagi yg latest dari dorang ni ek??? tak pulak ku ketahui..hehe
tp apa-apa pun..klu nak compare dari sebelum dorang btudung,
rasanya lagi lawa sekarang kn??



*sape selebriti bertudung yang paling uolss minat??

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan