FOLLOWERS

Isnin, Jun 06, 2011

SESI MEMUAKKAN GEGENDANG TELINGA ORANG LAIN..

apa perasaan anda..

 sedang makan-makan di sebuah gerai makan 
sedang elok bersembang bersama kawan2 sambil  tengok berita tv di kedai..
tetiba..adalah bunyian lagu MP3 dari salah sebuah meja yang berhampiran..
tengok2 orang berkenaan sedang dengar lagu dengan memasang pembesar suara sambil letak telefon bimbitnya di atas meja..fuhhh..


rasanya sangat memualkan..
sebab orang berkenaan seolah tidak tahu erti menganggu masyarakat sekeliling...
dahla speakernya sangat tidak best.. 



a) adakah beliau begitu bangga dengan telefon bimbitnya yang boleh menyimpan lagu-lagu MP3??

b) adakah beliau seorang yang pendek akal sehingga tidak tahu apa fungsi 'earphone' yang dibekalkan percuma dengan telefon bimbit??

c) adakah beliau ingin menghiburkan seluruh kedai dengan pilihan lagu koleksi beliau??

d) adakah beliau retard sehingga tidak faham dengan kerlingan orang ramai tanda terganggu dengan muzik yang kuat beliau itu??

e) atau adakah beliau memang secara sengaja berbuat demikian untuk memberitahu seluruh kedai yang beliau ada telefon canggih yang mana tidak mampu dimiliki oleh orang lain?? kakakakaka...


 lain kali pakai earfon camni..tak ganggu orang..


adakah anda pernah bersituasi seperti ini??
kalau tak pernah bagusla..
kalau pernah..apa rasa??haha..
rasa macam nak tanya je orang tu..
'weh..kau pernah tengok meja terbang tak???'..hakhak



 moral of the story..
nak berlagak hebat pun tengok keadaan la..
orang naik meluat dengan kaki berlagak..
nak-nak kalu dah memang sah2 salah
atau keadaan dah mmg orang tak suka (macam cerita di atas)..hurmmm..



-end- 



* dengar lagu kuat2 dalam kereta best, rasa luar biasa, makin kuat lagu makin kuat pedal minyak di tekan..kakakakakaka

---------------------------------------------------------

* countdown : 10 HARI LAGI 16 JUN 2011 (RM500)
                     : 24 HARI LAGI 30 JUN 2011 (BALANCE RM900)

23 komen:

ApiH berkata...

selalu sangat kena camni.. macam la dia sorg je ade hp... dah la lagu x best... pastu siap nyanyi lagi..

Gayahspears berkata...

Gayah pernah tengok selipar terbang ja >_< hihi

Unknown berkata...

Nak pilih jawapan (e) :p

Meja terbang tu ganas sangat tu,

Pinggan terbang sudah mencukupi.

Ooh pliz don't try this ;)

Rohani Hashim berkata...

kak,
saya pernah hadapi situasi mcm ni, tapi dlm bas, KL-JB kak. bayangkan +-4jam, duk dgr lagu jer, tp bukan lagu malay ke english ker, lagu tuuttttt....

arghhh tensiiiii, nak tido pun takleh owhhh, nak tegur takot....menanges dalam hati kak.

kokser kokdam berkata...

eheh.. kalo kat egypt, bukan takat meja makan.. naik bas, tgh beratur kat kaunter, kat mane lg, jamban pon pasang lagu kat enset kuat2..

Unknown berkata...

bagus tol die tu berkongsi rasa dgn orang ramai..

Ceiler Mun berkata...

kalau kena macam ni memang saya akan sound ---> "telinga aku ni memang di cipta untuk dengar muzik dari phone cabok ko tu.. kuat la lagi sound dia"


kita psyco je orang macam ni... hahahahahhahaha!!~

Sunah Sakura berkata...

hurmmm... ade jugak rasa situasi ni.. memang sakit hati jugak lah.. huhuhu

Lea Isnawi berkata...

betul2
sgt menyampah dgn org yang suka pakai pasang mp3 kuat2
dgr sorg2 dah la..

Hanis MY berkata...

itu namanya selpiss huhuhu...

Lydia Miza berkata...

kurang kesedaran.tak pandai hormat org lain la mereka yg camni

Unknown berkata...

apa lagi,akak pasang edifier terus ke arah dia.mesti dia blah sebab lagu akak lagi kuat.haha

Munn Jaafar berkata...

pernah jugak jd macam ni. kat dlm lift byk kali dah.biasa yg psg kaum tutttt dan dr ind** tutt...hissshhh

btw nak ajak awk join GA pertama sy, jom la join..hehe

http://gadiskutersayang.blogspot.com/2011/06/munnafendy-1st-ga-dibuka-sekarang.html

Raden berkata...

nset mahal tuh cikgu..nset sy leh wat baling anjen je..

Ujang9897 berkata...

takpa2..tuka jadi positif...=)

nazirulhazwan~ berkata...

kurang ajaq qaseh, da la aku suke buat gitu, hahaha
lantak la, sebok wat per, kubur lain2 ka?hehehe

♥ ajaa tyne ♥ berkata...

akak miss u !

Akunyer berkata...

tu nak menunjukkan dia sorang ada henset cam tu...

rafina mimi abdullah berkata...

eleh..dia nak eksyen la tu..konon la speaker henpon dia sedap di dengar..henpon kita dia x tau lagi macam mana punya volume..tahap seratos tuuu....kohkohkoh

qasehraihan berkata...

@nazirulhazwan~
naz..mmg guwa nk tuju kat lu pun..lu mmg suka dgr kuat2 kan..nk kasi tau ada android..wakakakakaka..sbb kubor lain2 la guwa gtau..klu kubur skali senang lak guwa tlg jd saksi lu xpernah pasang kuat2..muahahahahaha

chill derr..
wes,babe..hehehe :-)

Hanis MY berkata...

dop peknen lg lum ade rezeki, takpo ore ami kan jugop mana tahu makbul hehe...

FazMelati berkata...

fully agreeeed! ;')

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

nak tikar terbang...

zam zam ala kazam haha

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan