FOLLOWERS

Khamis, Mac 31, 2011

CARA YANG SESUAI BAGITAU MAK YANG GARANG YANG ANDA DAH ADA PASANGAN..BINCANGKAN

macam soalan SPM..derm~!
wokeh..jawapan..


1) beritahu pada waktu yang tepat..
cari nahas kalau beritahu waktu beliau
tengah tengok sinetron..
sia-sia kena silat gayong 44 jurus...



2) mulakan dengan bismillah...
walau kamu becinta macam omputeh..
kalau nak bagitau mak yang garang..
agama kena ingat..baca bismillah dulu..heh



3) cari tempat yang sesuai untuk berbual dengan mak...
mesej, call-call termasuk video call, mms,
YM, facebook untuk explain adalah di larang sama sekali..
(uii mak kamu-kamu ada smua tu ke??hikhik) 
sebab?? tak gentle...face to face la..baru hebat.




4) fikirkan reason dan excuse yang munasabah
kenapa kamu suka pasangan kamu tu..
mak kamu kompem nak tengok
tahap kegatalan kamu masa tu untuk approve..kihkih 





5) kalau mak kamu tak approve..jangan lari dari rumah..
kompem tu memang keje bodoh..hakhak..





6) ulang semula langkah satu tadi..hahahaha
 



gambar hiasan..den suko dia nih sbb macam DIA..hehe..




-end-

* apa haku merepek ni? ntah..manyak keje..lama lagi nak pencen nih..hado..muahahaha~!

Rabu, Mac 30, 2011

BILA SEBUT 'INDON' APA YANG ANDA FIKIR??

bila soalan ni diberikan kepada saya..
saya ada 7 jawapan je..

1) makcik tukang sapu kat skolah 
dah tentu tentula den akan ingat dia..
tiap2 pagi dia akan datang sapu bilik buku teks den kat skolah..
bagus betul makcik indon tu..haha


2) bibik/buruh kasar
memang sinonim..
bibik = indon..indon = bibik..
ada bantahan ?? muahahaha..


3)  jejaka lombok
sebut je indon..mesti akan ingat 
"owh..jantan2 yang suka wat lari anak dara orang malaysia"
aiyya..ngeri..larikk~!!hahaha 


4) sinetron
ntahla nape banyak beno sinetron kat malaysia ni..
mana-mana chanel ada..
sampaikan mak den pun duk gila ngan sinetron indon ni..hadooo


5) bra
mana ku tahu..
dah dia aje yang ada bra..laser lagi pulak
nak lawan bola nak main lawan ngan bra..peciter minah indon ni
memangla den akan ingat..
dah sinonim dengan negara tu..hakhak


6) ariel petepan
sori a geng..tak tau nape..
bila sebut indon..memang den akan ingat ariel..
tambah-tambah kalau dia dengan luna maya..
lagi den teringat..huahuahua



7) jamu
memang sinonim jamu dengan indon ni..
kalau tengok mana-mana kiosk jamu..
mesti ingat indon je..


 
kalau makcik ni jual jamu..berduyun orang gi beli (lelaki a)..muahaha
-end-


* nak buat entry berat xsempat taip la..arini den kluar mesyuarat kat luar...hoho











Selasa, Mac 29, 2011

MIMIK MUKA | JELIR-JELIR | COMEL KE???

satu persoalan..
kenapa ramai yang suka tangkap gambar buat muka
muncung-muncung..jelir-jelir lidah?? tak kirala anda lelaki ke pompuan..
memek muka muncung-muncung bajet seksi ke??..
suka jelir-jelir lidah bajet comel gila ke ek??..

saya tak kata salah..hoho..tp rasanya simpankan aje la..
silakan..simpan untuk ditunjuk kepada cucu-cucu anda akan datang..
(ntah-ntah cucu pun takut tengok..ahakss)
sebab rasanya agak tidak manis jika ianya untuk tontonan umum..
letak kat blog..letak kat facebook..
cantik ke ek?? nampak hot ke??

rasanya gambar-gambar sebegitu kelihatan agak TIDAK ELOK..
'gelenya' kalau ikut istilah orang kelantan/terengganu...hohoho
agak berat sebenarnya nak gunakan perkataan tu
tapi setiap kali saya terjumpa gambar-gambar begitu di blog atau di facebook..
antara yang terfikir di benak ialah perkataan itu..


apa tujuan sebenarnya ya??
mungkin sekadar suka-suka untuk kawan-kawan lihat..
tapi cantik ke aksi-aksi memek muka jelir-jelir gitu??
 sangat tak manis dipandang...
lebih-lebih lagi kalau bertudung..
ada seorang penulis tu berkata..ini "aksi mulut itik donald duck"
adoyaii..cantik ke mulut donald duck tu?? 


malu den nengok...
kemudahan telefon berkamera/apa jua kamera seharusnya diguna untuk merakamkan gambar-gambar yang cantik dan tidak menjatuhkan maruah diri sendiri..
(jelik sungguh..sehabis-habis lidah dikeluarkannya..hohoho)
fikir-fikirkanlah ya..

tak kisahla anda blogger glemer otai tahap gaban..
hanis zalikha..irenne nadia marcello skalipun..
kalau ada gambar gini saya tak respectla..
maybe sebab jelir tu anda glemer kot??ahakss

kalau baby ni jelir..dimaafkan..ni nampak hot!!hik


peace no war (^_^)



-end-

* ada satu contoh perempuan bertudung kat google amat menakutkan jelirnya..kalau buat contoh sini mesti mengamuk tuannya..hakhak..
* sori la..den xbuat backlink kat otai2 tu..smua orang tau blog mereka itu...

Isnin, Mac 28, 2011

SEBAB SUKA NAIK FLIGHT AIR ASIA..

semalam sembang dengan seseorang..
terkeluarla cerita pasal naik flight..
member saya ni memang selalu fly walaupun jarak dekat..

maka dengan itu, saya pun bertanya la dia dengan penuh kesopanan..
" wei..nape ek ko suka naik flight"
dah tu pilih Airasia je..nape tak naik Mas..
maka..dia pun jawab dengan selamba..
"gila kamu ni..itu pun xtau ke" ..kata kawan saya tu
(ceh~!!...getusku dalam ati yang baik ni..haha)


dia pun dengan selamba jawab..
"sebab gua suka tengok body2, 
pakaian seksi2 stewardes air asia tu..
gila kalau tak suka tengok katanya..."
uitt..dasar kasanova kamu ni!!..getus hati murniku lagi..hihik..
tapi betul la tu bagai yang dikata..
dah kalau gini uniformnya...

 
*


*


*


 memang itu pakaiannya..apo nak dikato??


cuba kalau uniform camni...
ada tak dia akan cakap gitu...
kan lebih manis begini??? kan kan..hoho..

-end-

* ada ke lelaki yang tak suka tengok yang seksa2 gitu..meh bawak cni??..haha..


















Ahad, Mac 27, 2011

BLOGLIST LAMBAT UPDATE ENTRY BARU..

saya tak pasti ni permasalahan ke satu kebiasaan..
tapi banyak kali dah saya perasan..
atau sebab saya yang tak pandai..muahahahaha..

aritu sembang dengan pendekar berkuda..
sambil sembang dia cakap dia ada publish entry baru kejap tadi..
maka saya pun tengok senarai bloglist..masih tak update..
kemudian, sepantas kilat saya 'memberi kesegaran semula'..refresh ..kahkahkah
tapi tak naik juga tajuk yang jejaka tu perkata...
saya masuk kat dashboard..dah ada entry baru tersebut 10 minit yang lalu..


adoiii..gambar langsung xde kaitan..apa citer???haha..
saje je..sebab ensem dia ni..


pernah beberapa kali berlaku begini kepada saya..
saya tengok bloglist blogger tu takda buat entry baru..
tapi bila saya pergi dashboard beliau-beliau itu ada post entry baru dalam 10, 15 minit lepas..

persoalannya..
mengapakah kepelikan tahap gaban berlaku kepada bloglist saya itu?haha
lambat beno pick-up nya ni..
ke memang normal jika sebegitu wahai geng-geng sekalian??hehe

saya memang jarang masuk dashboard..
memang cek kat bloglist ajerr..hohoho..

-end-

*ni best banyak geng..banyak kaunter pertanyaan...muahahaha~!!

Sabtu, Mac 26, 2011

SAYA MEMANG AKAN BALAS KUNJUNGAN YANG KOMEN PADA ENTRY..

lain orang lain stail..
ini kronologi bila saya start buka blog setiap hari..


1) saya akan check bloglist...
(senarai blog dlm bloglist tu memang saya masukkan sesuka hati)
SAYA WAJIB masuk stiap blog di bloglist saya tu..setiap hari
dan memang saya akan komen..jika ada entry baru


so..sesape yang nak saya masukkan dlm
bloglist saya kena bgtaula..
sebab saya memang akan baca dan komen..hehe



2) cek yang datang komen..
saya memang AKAN BALAS KUNJUNGAN ke entry blogger yang datang kat entry saya..
itu memang stail saya..
saya rasa sangat bersalah kalau tak balas..
yang datang komen kat entry saya utamakan berbanding shoutmix..
sebab saya tau dia datang baca entry saya..
kalau shoutmix sapa2 pun boleh terjah..kan kan kan..


so..anda2 yang tiada dalam bloglist saya..
kalau nak saya balas kunjungan..
memang kena komen kat entry..baru saya alert..hehe
kalau yang bloglist tu..wpun mereka tak datang komen,
saya tetap komen blog mereka..



jadi saya sangat2 bermohon maaf kepada yang komen pada shoutbox
shoutbox tu biasanya saya akan ambik 'link' mereka yang follow je..
tapi ada juga yang follow..sepatah pun xbagitau..
bila klik gambar xde kluar 'link'...hoho..ANDA SUNGGUH BUDIMAN


dengan saya xperlu malu suruh folow balik..
sebab saya TAK MARAH..malah saya berterima kasih..
saya lebih marah blogger otai yang marahkan blogger baru suruh 'FOLLOW ME BACK'
kita semua bermula dari bawah kan???
yang otai tu pun bermula dari follower '1' jugak..
bukan terus berjuta...
apala sangat setakat follow..
tak luak sposen pun...huh

okay..sila-sila-sila-sila komen..jangan malu2..hehe
sebab saya akan balas..haha

-end-

*bila dah berada di atas..jangan lupa tengok yang bawah...jangan mendabik dada..

SERAM..PANGGILAN DI TENGAH MALAM

seminggu ni saya mengalami keadaan yang menjengkelkan..
sekitar jam 2.00 pagi h/p saya akan berdering..
dengan nombor panggilan yang berlainan..
semua no h/p..yang tidak disimpan dalam fon..
yang bermaksud..saya tak kenal..

ada dua kali saya angkat sepanjang panggilan tersebut berdering minggu ini..
dahla lewat malam..no yang tak kenal
maka bila diangkat saya 'akan membisu'..
takkan bersuara walau sepatah..

pemanggil akan berkata 'heloooo'
dan kemudian dia pun memulakan hujahnya..
tahukah anda apa hujahnya?? hihi..



kelucahan yang amat meloyakan..
dengar suara seperti bangla..hohoho..

persoalannya..
dari manakah 'si lucah' tersebut mendapat no fon ku???uwaaa!!! menyakitkan ati..

-end-

* rasanya ramai yang pernah melalui pengalaman gini..
dulu2 telefon rumah mak pun pernah



Jumaat, Mac 25, 2011

CIRI WANITA YANG PATUT LELAKI PILIH..PART II

entry ni part II..
untuk part I KLIK DENGAN SEGERA DISINI



5. pandai berbicara
lelaki  memang mudah tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual..maacam heliza..haha
walau apa jua topik perbualan...walaupun topik lelaki wanita ni biasanya tak sama..
tambah2..wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka..
dan menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka...
lagi mereka suka..ye ke??..haha


6. pandai bergaul
lelaki memang lebih suka kepada wanita yang pandai bergaul..
 tahu menghadapi orang yang lebih tua..
tahu berhadapan dengan orang yang lebih muda..
bila berhadapan dengan suasana baru..
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung..


7. menghormati diri sendiri
mana-mama lelaki akan suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri 
 bersikap sopan dan mempunyai etika...
wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik
dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya..



8. simpati dan prihatin
lelaki suka wanita yang murah hati..mengambil berat..simpati pada nasib yg susah.. sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu..
kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia..
kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona...

-end-


* arini rasa lega dan hepi...

Khamis, Mac 24, 2011

SAYANG KAMU..TIADA YANG BERUBAH..PERCAYALAH~!!

hidup ini bukan selalunya manis..
juga..tidak selalunya terang...
apabila ada siang, malam pasti akan menyusul...
namun..agak malang  jika malam itu tiba-tiba tidak berbintang...
gelap gelita...
sepertimana ada sang mentari yang menyinar terang..
kadang-kadang sang hujan pula datang bertandang..
namun..agak malang jika kunjungan hujan menghasilkan bencana banjir..


malang memang sentiasa tidak berbau...
menjadi lumrah sebuah perjuangan yang dinamakan kehidupan..
ia tidak akan sunyi daripada getir-getir ujian..
kerana ujian itulah yang menjadi pengukur keimanan insan yang bergelar hamba...
kekuatan tidak akan datang secara percuma...
kekuatan punya harga yang amat mahal untuk dibayar...
untuk meraih secebis kekuatan..
ia menuntut kepada pengorbanan...
pengorbanan yang kadangkala menagih tangisan...
pengorbanan yang kadangkala mampu menyentap akar keimanan...
pengorbanan yang kadangkala menggigit cengkaman ketaqwaan...
kehidupan oh kehidupan.....

-end-


* saya akan menutup blog ini jika itu yang org yg saya sayang mahukan...
* untuk DIA..saya sayang awak..lebih dari segalanya..saya masih begini..percayalah~!

Rabu, Mac 23, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM | MELALUI SMS

hari ini keputusan SPM keluar..

buat kali pertama semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)diperkenalkan 
bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing..




 

Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS

Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip  

SPM SEMAK <Nombor KP> <Nombor Giliran> dan hantar ke 15888


Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011)
hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama..


tahniah kepada yang berjaya..
kepada yang gagal usah berduka..ada hikmah atas segalanya..
sekali gagal bukan bermaksud selamanya gagal..
usaha lagi..

-end-

* teringat saat ke sekolah ambil result SPM dulu2...skrg tgk murid pulak ambik result..huhu
* dah shedule entry ni..ingat dh publish rupanya masa offline smlm masuk draft..hihi..sbb dh buat publish jugakla walaupun dah tengah hari..hoho

Selasa, Mac 22, 2011

CIRI WANITA PATUT LELAKI PILIH..PART I







1. keanak-anakkan (nakal)
lelaki memang suka perempuan bersifat keanak-anakan..bukan tak matang yerr..ahakss
tapi sedikit nakal..hahaha...misalnya..
manja2..mengoda2..adesh~!
wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah..kahkah


2. penuh pengertian (memahami)
memahami..memang idaman semua lelaki
kerna kita akan membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya...
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya...
janganla suka sangat merajuk..pening dorang tu nanti..haha 


3. menghargai
yang ni memang..lelaki memang perlukannyajika kita suka diperlakukan dengan lembut..
lelaki pula suka dihargai..dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan..
janganla asyik komplen saje kan..itu tak kena ini tak kena...
penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga..woww~!!hehe


4. menjaga penampilan
lelaki suka wanita yang pandai menjaga penampilannya
agar sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik...(apa lagi jom pergi spa..hahaha)
penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya...Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

-end-


* saje je ni...xde idea sangat, lenguh badan kenduri adik xabis lagi...huhu

Isnin, Mac 21, 2011

LEMBAB..LEMBAB..LEMBAB..


kelembapan yang maha lembab..
tiada yang lebih lembab melainkan segala yang
lembab-lembab belaka..huh..
membuatkan hati dan jiwaku menjadi semakin lembab untuk menjalankan segala yang telah sedia lembab..hohoho apakah??




-end-

*kalau nak entry pelik klik sini.. 
* kura2 tu salah cakap..bukan 'lembap'..sbb lembap tu basah2..macam kek coklat lembap..spatutnya dia eja 'lembab'..hehe









Sabtu, Mac 19, 2011

PENGALAMAN BERADA DI BUMI JEPUN SEMASA GEMPA & TSUNAMI..

kejadian di Jepun memang amat menakutkan dan merisaukan..
anda-anda yang ada saudara mara di Jepun pasti akan lebih merasai ketakutan tersebut..

siapa antara anda mengenali blogger Hana Sakura??

saya mengenali blogger ini tidak lama dulu..
semasa saya mula masuk ke blognya..
beliau membuat entry tentang salji di negara Jepun..
kerana beliau berada di negara tersebut..

jadi..apakah yang berlaku padanya
setelah kejadian gempa dan tsunami d Jepun..

ikuti pengalaman pahit beliau di sana
sehinggala beliau selamat pulang ke Malaysia rabu lalu..



*broadband lembab..xleh nk masukkan gambar tuan rumah si hanasakura tu..huhu
*baru sampai Subang Jaya jam 4 ptg tadi setelah sekian lama bercuti di kampung..malas nak start skolah!!huhu

Jumaat, Mac 18, 2011

KENAPA PEREMPUAN SUKA LELAKI HEBAT LAGI HENSEM??

persoalan biasa..
kalau lelaki suka kepada yang comel-comel dan cantik-cantik..
perempuan pun sama..
nak yang kacak-kacak..hensem-hensem..lagi bergaya..haha

persoalannya..kenapa???

 


ni jawapan yang mungkin akan di beri..


1) fitrah semulajadi manusia..

memang dah semulajadi..kita suka yang lawa..
semua orang suka yang comel2..yang hensem bergaya..
'tuff' lagi..sapa tak suka cuba jawab??..hakhak
sebab tu semua blogger usaha letak header  paling comel, paling macho...kahkah
(den letak heder gambo udoh..sbb takut orang ngorat..hakhak..*ok den guro,tp part header udoh xguro..huhu)


2) bangga diri

akan ada yang jawab sebab rasa bangga..
buka main tinggi idung kalau jalan dengan pasangan hensem..
ada pulak gitu..bangga tu dah dapat dosa dah..
kena rembat lagi pulak baru tau!!..haha 
(hensem poket kosong banggakah??..ahakss)


3) saham tinggi

bila pasangan hebat lagi hensem..
otometik orang akan pandang wow!! dasyat ni..
apa ada kat perempuan ni sampai dapat yang hebat camtu?? mesti dia ni hebat ni..
maka secara tak langsung naik saham perempuan tu skali..kehkehkeh
(kena ingat xsemestinya lelaki hensem akan cari perempuan cantik dan sebaliknya)


4) pengaruh ahli keluarga

yang ni tak nafi ni..
pengaruh mak bapak ni besar sungguh (termasuk adik beradik)..
ada je mak bapak akan tanya..'hensem ke bf adik??'
haaa..sapa nak jawab tu??..
mak pak pun tanya bf anak hensem ke tak yang utama..tak patuttt!!haha
(patut tanya duit berkepuk tak??kihkihkih..lagi jaat)

-end-

* hensem atau tidak, cantik ke tak buka perkara utama..yang penting kesanggupan pasangan anda menerima anda seadanya diri anda, kejujurannya, keikhlasannya..lalalalalala-!!
(tapi den suka yang hensem gak..huahuahua)

Khamis, Mac 17, 2011

GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK AWEK SENDIRI..


'A' (lelaki) bukan nama sebenar..
nak kawen dengan 'B' (perempuan) tapi 'B' belum bersedia
 dan seperti ingin menangguh-nangguhkan perkahwinan..
'A' cuba nak gunakan minyak pengasih kepada 'B' disebabkan sikap 'B' itu..
sebab kononnya sayang sangat dan risau terlanjur melakukan zina dengan 'B'
jika tidak segera berkahwin... 

 
bodoh tak bila dengar persoalan ni~??
nak gunakan minyak pengasih sebab sayang perempuan sangat tu~??
sebab takut terlanjur~?? 


pelik jika ada yang mengajukan persoalan ini..
(sebab persoalan ini rekaan..haha)
tidak tahu hukumkah anda???


minyak pengasih atau lebih tepat lagi sihir adalah HARAM..
 walaupun niatnya baik (kononnya risau telanjur)


apa yang nak dirisau dengan keterlanjuran??
binalah hubungan berlandaskan hukum..
ikut ajaran Islam yang sebenar..
maka anda tidak perlu risau kepada keterlanjuran..


jika niat anda berpasangan kearah melakukan 'seks'
maka seks la yang akan anda dapat..hohoho




jika benar anda memuja perempuan tersebut..
anda pasti akan menjunjung maruahnya..
menjaga kehormatan dirinya..
dan menahan diri anda dari terus berfikir
 ke arah  melakukan 'kebodohan sejarah hidup anda' itu...

-end-



* soal kasih sayang dan cinta tidak boleh dipaksa kerana buruk akibatnya..
kekuatan sihir tidak dapat menukar hakikat yang sebenar..mungkin 'ya' untuk peringkat awalnya..tetapi tidak untuk selamanya..carilah yang ikhlas menyayangi anda..lalalala~!!

Rabu, Mac 16, 2011

PABILA DUA ORANG BLOGGER 'HOT' BICARA TENTANG ROSMAH..

rasanya ramai yang dah tau kisah Datin Seri kita ni kan??
kalau belum..anda boleh baca kupasan tersebut 
di blog 2 orang blogger 'hot' yang dapat A1 subjek geografi ni..hihiks



dan




comel je dua orang ni duk berlawan2 ek??haha

saje letak gambar ni..sebab dua2 mamat 'hot' tu pkai spek~!!..hehe



ok..ni ulasan cikgu pulak..
memang cukup 'simpati' dengan Datin Seri..
TERsilap ucap kot~!! (bajet lebih simpati~!!..ahakssss)

........................................................................

kita pasti pernah mendengar ungkapan seperti 'lidah tidak bertulang' 
atau lidah itu lebih tajam daripada pedang..kan??
daripada ungkapan-ungkapan itu..
nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia...
kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah 
dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan body binasa..hehe

jika direnung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t..
nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.

di antara keanehan itulah kita temui lidah...
Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut...
lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak 
sebagai penghubung antara satu sama lain..
menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Allah...

lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

berhati-hati...

oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, 
maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah.. 
dalam hubungan lain..kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur.. 
kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain..
tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian..


fuyyo!!!
gila serius ayat entry den arini..haha

-end-
 
* entry blog ni akan jd berjela bila ada isu...trafik mesti low ni..sebab 'rakyat' malas baca entry berjela gini..ahakssss..ada ku kesah???lalalalala~!!



Selasa, Mac 15, 2011

KASIH YANG TAK DIANGGAP...


aku mentari tapi tak menghangatkanmu..
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu..
aku sang bulan tak menerangi malammu..
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan..

selalu itu yg kau ucapkan padaku..
sebagai kekasih yg tak dianggap..
aku hanya bisa mencuba mengalah..
menahan setiap amarah..
aku sang bulan tak menerangi malammu..
aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan..

sebagai kekasih yg tak dianggap..
aku hanya bisa bersabar..

atau bisa dilontarkan sahaja rasa ini..


* lagukah~??..mmm..

APA BESTNYA BILA DAH KEJE DAN ADA DUIT SENDIRI??

bila dah keje..mesti la ada duit...


apa bestnya??



kalau dah ada duit sendiri
bagitau je kat mak..
"oh mak yang tersayang..nak beli kereta"
mak cakap kereta apa??

kereta ni..


mak ngan bapak skali tolong jawab..
"jom gi kedai"..ngeh..ngeh



pastu..cakap lagi..
"mak..rasa nak buat rumah cmtu la"
mak tanya..rumah mana??

rumah ni..



mak tanya..brapa juta ada dalam bank..
jawabla @#$%^&*(()&$@#..rupiah
mak ngan bapak pun cakap..
ok settt..jom panggil arkitek buatkan..ngeh ngeh


pastu cakap lagi..
"mak..rasa nak gi jalan-jalan sini la.."
mak tanya..ke mana??


sini..



mak cakap..oh paris!!
mak suka ni..
jom mak ngan bapak temankan..ngeh ngeh




apa lagi ek?? panjang dah ni..haha..




yang sepatutnya selepas itu ialah..
mintak mak masuk minang kalau dah ada calon..
dan dah ready untuk jadi suami..
macam ujang..gitula baru macho..haha..
duit berkepuk pun watpe kan..


wokeh..tu je..
memang entry merapu semata2..
jangan ambik hati..haha
cuma nak bagitau..
KALAU ADA DUIT SEMUA BOLEH JADI..kan??..hoho


-end-

*takde duit..semua benda xjadi..angan-angan mat jening aje la..






Isnin, Mac 14, 2011

KENAPA ORANG MELAYU SUKA KE KEDAI MAMAK??

sapa yang suka lepak kedai mamak??
cuba bagitau nape anda-anda suka ke kedai mamak??
apa yang bestnyerr??




jawapan yang mungkin akan dijawab..



1) kedai mamak order je terus dapat (cepat)
ye ke?? sama je kott, tapi memang kebanyakannya lebih cepat dan cekap


2) teh tarik atau milo tariknya pekat likat..
haha..yang ni setuju kott..yang kedai melayu ni punyala cair..
kedekut amat..ke xreti buat??..haha


3) kat mamak boleh lepak lama2..kat kedai melayu??
hurm..xsemua kottt..tapi ada betulnya la..
kat mamak order teh tarik segelas, duduk berjam2 pun dia tak kesah..
kalau kedai melayu..terus dorang tunjuk muka muncung
 (konon menghalau la tu..haha)


4) kat mamak ada astro, wifi..tv besor2 pulak tu..
kadang2 betul gak ni..nak cari wifi kat kedai melayu susah..
kalau astro lak..kalau tak suruh buka takdenya nak buka ek??
kalau buka pun tak mesra pengguna..ikut kepala dorang je nak tengok apa..
tv lak kecik..kahkah



kalau hanya diberi 2 pilihan ini je kepada saya..

saya tetap pilih kedai melayu..
walau sedap mana pun kedai mamak..(tekak ni tak boleh masuk makanan mamak)
sebab saya 'geli' makan kat kedai mamak..haha..
pernah tengok..peluh dia menitis2 masa duk tebar roti canai..
aiyyaa..loya tekak..hahahahahaha


-end-


*masak sendiri juga yang kena ngan tekak..
dan kita sendri tahu tahap kebersihan makanan yang kita makan..lalala..




KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan