FOLLOWERS

Ahad, Februari 13, 2011

JAGALAH BAHASA TU~!!

semalam bila saya post entry pasal gemuk tu..
ramai yang bertanya..saya ni gemuk ke???hahahaha..
kalau nak tahu saya ni gemuk ke tak tengok sini dan gambar terbaru saya ada di sini
tengokla sendiri gemuk ke idak..hahahaha



sekarang berbalik pada tajuk..
bahasa melambangkan bangsa..
ni cikgu bahasa nak menegur..
sebabnya agak kecewa dengan sesetengah daripada kita..
(biasanya yang muda2 remajala ni)
menggunakan bahasa yang agak 'tidak sesuai'..

entry anda-anda mungkin akan dibaca oleh beribu orang di luar sana..
maka dengan itu..haruslah sekalian anda berbahasa dengan lebih sopan..
banyak perkataan yang kurang sopan di dalam entry2 telah digunakan..
termasuk 'kependekan bahasa' yang agak pelik dan semakin pelik..



contohnya:
sumpah..siot..sengal..babi..celaka
aq (aku)....itew(itu)....dye(dia)



wow..sangat dasyat!!
mengapa perlu wujudnya perkataan sebegini??
sebenarnya saya nak tulis tu pun agak segan..huhu



memang akan ada yang menjawab..
itu trend muda mudi kini..
boleh ke di terima jawapan tersebut??
ini bukan trend...
ini sudah menjadi kebiasaan kepada diri anda..
ianya sudah melekat di jiwa anda..





teringat dulu mak saya pernah cakap..
setiap perbuatan mahupun percakapan..
cukup 3 kali anda menyebut atau menggunakannya..
maka..semua itu akan melekat di dada sekalian anda..


mahukah kita melihat bangsa kita berterusan hidup dalam bahasa sedmikian??
tentu sekali tidak kan??..kesian anak2 kita nanti..


jika kita tahu perkataan itu agak kasar..kependekan bahasa itu agak pelik
tidak perlulah kita gunakannya..
sebab pasti ianya akan menjadi ikutan kepada yang lain..
kesian kan..akan berterusan bahasa tersebut bermaharajalela dalam hidup anak bangsa kita..
identiti sebenar bahasa malaysia dan bangsa melayu hilang!!




ingat satu sahaja..
MUSNAH BAHASA..PUNAHLAH BANGSA



lecterur saya pernah menyebut..
bahasa mempunyai sistem ekologinya yang tersendiri..
jika sistem ekologi tersebut di ganggu gugat..
maka tunggu sahajala kemusnahannya..


-end-



*sekadar berkongsi..BENDA YANG BAIK KITA IKUT..YANG TAK BAIK JAUHKAN..ok? (^_^)
*tentu sekali kita mahukan bangsa kita akan datang cemerlang dalam bahasa kita sendiri kan??...jangan sampai bahasa kita dikuasai oleh bangsa lain..








32 komen:

khaifaiz berkata...

bahasa Jiwa bangsa... mereka buat mcm tu mungkin nak nampk manje kot..

mrs.sabri berkata...

wow..akak sangat setuju dengan entry qaseh ni..sangat bagus untuk di baca dari kalangan blogger2 remaja.. :)

rossoneri berkata...

biasanya 'kanak2' je yg tulis macam tuh,siap ada istilah baru lagi...

nelly berkata...

yup .kenalah jaga .budi bahasa budaya kita .
=)

Jom baca :
Geli dengan cicak !!

AH7 berkata...

betul 2 cikgu..tapi kalau urusan tak rasmi rasanya xpe kot...

TiKa LEh berkata...

alamak kak..sy ad guna prkataan sengal tu..ingtkn biasa je..ok2..cuba untuk brubah..yg tkar belakang eewww tu, memg xsuka..tak fhmm

Sharifah nor berkata...

akak k-poh memang anti bahasa yg tak berjenis tu...

mzhany berkata...

kak, betol tuh, terima kasih kerana mengingatkan hany jugak...

qasehraihan berkata...

khaifaiz:
nak nampak manja..dengan cara menulis gini ke??hoho

qasehraihan berkata...

mrs. sabri:
mksih..sama2 martabatkan bahasa sdri..

qasehraihan berkata...

rossoneri:
kanak2 ek??dalam perlian awak tu..haha

qasehraihan berkata...

nelly:
hehe..setuju!

qasehraihan berkata...

AH7:
kalau bercakap kat luar pun kalau boleh elakkan la..sebab effect masa kita menulis..selalu terjadi pada karangan2 murid..hoho

qasehraihan berkata...

Tika leh:
sengal tu apa??
kalau bahasa terengganu sengal tu macam kebas2..nape perkataan tu jadi bahasa ejekan??

qasehraihan berkata...

sharifah nor:
hehe..anti ek??baguslah sebab akak lebih tua dari saya..lagi la rasa pelik dengan semua bahasa sekarang..haha

qasehraihan berkata...

mzhany:
sama2 mengingatka..sbb risau..pasti memberi kesan suatu masa akan datang..huhu

Pendekar Berkuda berkata...

Kali pertama melihat entry Cikgu Qaseh macam ni... hehehehe...

Kematangan dalam penulisan semakin meningkat. Syabas~!

Memang penggunaan bahasa yang salah akan merosakkan jiwa bahasa tulisan kita. Kerana bila kita guna bahasa yang seperti itu, automatik isi bahasa kita dah tergugat.

Tapi perlu diingat juga bahawa kita mesti membezakan saatnya bila formal dan tidak formal.

Cuma bahasa perbualan sangatlah tidak sesuai digunakan sebagai bahasa penulisan kecualilah apabila penulisan tersebut bersifat dialog.

Tidak begitu?

Yang Benar,
Bekas Pemegang rekod pelajar cemerlang bahasa melayu peringkat tadika. (^_^)

qasehraihan berkata...

Pendekar berkuda:
cemerlang peringkat tadika ek??hahaha..

sangat stuju dengan semua yg diperkatakan di atas..

eqbalzack berkata...

saya setuju entry ni. pelik! kenapa blogger2 suka guna bhs2 terlebih 'W' ni...

qasehraihan berkata...

eqbalzack:
hehe..baru abis tuition ek??
mmg pelik pun..ntah siapala yg mulakan..

E.d.Y berkata...

kan cikgu dah marah..padan muka..huhu

BLADE EDGE berkata...

salam akak...

bahasa tu melambangkan sebahagian identiti bangsa...

bila bahasa tu dijaga, maka terpeliharalah sebahagian identiti bangsa.

tp tu la..kdg2 terkilan bila ada segelintir yg guna perkataan2 kesat yg mencalarkan imej bangsa dan bahasa tu sndri...

Solihin Zubir berkata...

kdg2 ada jugak entry sy yang ada perkataan gua lu..
tp juz nk pelbagaikan.. kat luar sy x camtu..
akak marah tak kalau camtu..
xpe.. sy sedia menerima sbrg teguran.. :D

~~su manje~~~ berkata...

salam ziarah malam ...salam kenal dari su manje...

naik sampan tak de pendayung
hajat dihati ingin keseberang
malam isnin su manje berkunjung
mencari teman merapatkan jurang

sumanje bukanlah penulis
apatah lagi seorang karyawan
mencari idea untuk su tulis
kalau sudi su...ingin berkawan

qasehraihan berkata...

edy:
hahahaha..awak wat lwak..

qasehraihan berkata...

blade:
sangat setuju...ayat awak tu sepatutnya masuk dalam entry ni..haha

qasehraihan berkata...

solihin:
selagi wujudnya nada bergurau mungkin boleh dimaafkan..tapi cubalah elakkan...xmanislah..macam ujang dgn naz...dia ckp apa pun kita tahu dorg mmg bergurau..haha

qasehraihan berkata...

sue manja:
mak aih..
ok maklumat difahami..
awak nak berkawan..hihi..
boleh je xde hal...hehe

~~su manje~~~ berkata...

Thanks Qasehraihan.....
salam kunjungan di pagi isnin pembuka kata dari su manje

nazirulhazwan~ berkata...

budak2 mude la byk pakai ni, derm, den tak ponah pakai ayat2 perkataan cmtu wooo

qasehraihan berkata...

nazirulhazwan:
marah ke datuk??datin xtegur datuk la..datin tegur bdk2 muda la tu...nak kena datuk ni..hehe

... berkata...

as salam..
oh..trend budak2 sekolah sekarang..
merosakkkan bahasa. tak mustahil tahun2 akan datang(sekarang pun dah berlaku), mereka ni balajar bahasa melayu sekadar nak lulus periksa. bukan nak memartabat kan.

tapi er..kita2 yang baca ni pun apa kurangnya?

contoh:

'tak boleh'.tetapi kadang2 tersebut 'takleh'.hoh

KLIK UNTUK SHOPPING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright(c) All Right Reserved by Qasehraihan